Tidak ada siapa yang dapat menyangkal bahawa disepanjang jalan politik BN menjadi parti pemerintah di Negara ini, tahun 2008 merupakan tahun paling mencabar, bukan kerana berlakulah peralihan tampuk kuasa dari Pak Lah kepada Najib, bukan juga kerana Najib menjadi PM. Tetapi kerana pada tahun itu, sejarah telah tercatat bahawa yang sesungguhnya BN memerintah dengan keadaan “simple Majoriti” yang belum pernah dialami oleh parti perikatan ini sejak lebih 50 tahun lampau. Banyak factor yang menjadi penyebab kepada fenomena tsunami ini. Ada yang menyatakan kerana factor UMNO selaku ‘teras’ dalam BN begitu goyah dan bercakaran. Ada yang menyatakan kerana factorPeribadi DSAI yang ‘dibebaskan’ dari penjara sg. Besi. Ada juga yang mengutarakan bahawa ‘rakyat’ telah bosan dan rimas dengan politik BN ,kerana itu memberi sokongan kepada PR, walaupun PR bukanlah gabungan parti politik yang utuh.
Tidak banyak yang melihat bahawa, strategi PR ‘ satu lawan satu’ di semenanjung telah menjadi ‘cabaran’ terbesar kepada keupayaan BN di peringkat nasional. Strategi ini tidak banyak memberi pilihan kepada rakyat selain daripada, memangkah PR jika calon BN begitu memuakkan mereka. Strategi ini juga telah menyebabkan focus isu kempen ketika PRU menjadi lebih relevan, kerana rakyat melihat dan mendengar bagaimana isu yang ditimbulkan oleh pembangkang boleh ditangkis oleh calon BN. Hujah dan kehebatan menangkis propaganda politik musuh menjadi begitu signifikan pada waktu ini. Kelembaban dalam Kepetahan berhujah dan kecederasan minda mempersoal tindak tanduk musuh politik telah menyebabkan BN ‘gagal’ mendapat sokongan daripada rakyat seperti sebelumnya.
Keadaan di Sabah dan Sarawak, memperlihatkan startegi ‘satu lawan satu’ ini ‘gagal’ diparktikan oleh pembangkang. Malahan tidak wujud kerjasama erat antara mereka, walaupun di peringkat nasional persetujuan telah dapat digapai. Di Sabah tidak kurang daripada 5 kerusi boleh diperolehi dengan mudah oleh pembangkang jika wujud kerjasama antara mereka. DAP dan PKR meletakkan calon mereka di beberapa kawasan yang sama, sehingga memberi kelebihan dan kemenangan kepada calon BN, terutama di kawasan yang majoritinya dalah orang Cina. Begitu juga di Sarawak.
Apabila DSAI mengumumkan bahawa PR akan menggunakan startegi yang sama pada PRU akan datang di Sabah dan Sarawak, ramai yang mempersendakan kerana bagi mereka iklim politik di Sabah dan Sarawak tidak sama dengan di Semenanjung. Selain daripada factor yang pelbagai suku , Sabah dan Sarawak juga tidak banyak dipengaruhi oleh perkembangan politik di Tanah Besar Semenanjung. Itu kata mereka. Sedangkan mereka lupa dan sesungguhnya alpa bahawa, bukankah di Semenanjung juga suatu ketika, tidak pernah terbayang di benak kita bahawa akan wujud PR biarpun dihuni oleh 3 parti berlainan idealogi politik, tetapi akhirnya bersepakat meletakkan calon ‘satu lawan satu’.?
Sepatutnya pengumuman DSAI ini harus dilihat sebagai satu “ancaman” terbaru kepada BN yang mula tersedar dari mimpi yang panjang. BN harus segera mencari formula mendekati pengundi dan rakyat di Sabah dan Sarawak supaya startegi PR ini tidak mampu memancing nekad mereka. Namun apa yang membimbangkan kita ialah BN masih dengan isu ‘transformasinya’ sehingga kalut dengan perubahan yang dilakukan. Sedang pada waktu yang sama PR telah pun mengumumkan strategi politiknya secara terang-terang dan menunggu tindak balas dari BN.
Jika BN masih terus bermimpi, maka nyata Jalan BN makin kian berliku. Akan berlaku apa yang dikatakan oleh DSAI sebagai “Malaysia baru dan harapan baru”.
5 ulasan :
Di Sabah keadaan itu tidak akan berlaku kerana pembangkang mempunyai matlamat yang berbeza..mereka lebih mementingkan kemenangan individu daripada parti..
PRU Sarawak yang berlangsung bulan Jun atau Julai sebenarnya amat bernilai bagi PR kerana daripada 71 kerusi yang dipertandingkan pada 2008 9 daripadanya sudah dimenangi oleh pembangkang..
kalau dapat praktikan formula satu lawan satu ini ada kemungkinan Pembangkang menambah kerusi..
Salam KM..
jalan BN tidak akan berliku kerana dari awal BNJ sudah bersedia..di Kota Belud..satu lawan satu sukar untuk direalisasikan kerana akan ada calon BEBAS bertanding..terdiri daripada mrk yang hanya mempopularkan diri selain daripada strategi pihak lawan untuk memecahkan undi monopoli..
Ma kasih sdr katakamu..
PRU sarawak sebelum ini pada 2006 bukan 2008..harap dapat rujuk kembali fakta itu..
Kerbau berhias..
siapa calon BEBAS di KB..?
ma kasih.
Post a Comment