Monday, February 22, 2010

Kesepakatan yang longgar dikalangan pemimpin KB membawa persepsi yang negatif dikalangan rakyat.

Adatnya politik, dimana-mana sama ada berada atas kapal parti politik besar, parti kecil, parti serpihan, parti pemerintah apatah lagi berada dalam parti pembangkang..akan kita temui isu perpecahan, isu puak dan pengikut, isu persengketaan pendapat dan ada juga isu perbalahan yang berpanjangan. Yang menjadi mangsanya ialah rakyat dan penyokong, kerana mendukung pimpinan tertentu, rakyat jadi berbalah, rakyat jadi sasau silaturahimnya..dan di pihak pemimpin, ia menjadi satu kebanggaan kerana mendapat sokongan dan dukungan rakyat yang dipergunakan.

Isu Umno dan pimpinan di Kota Belud yang berkelompok dan 'nafsi-nafsi' bukanlah satu cerita baru. Bahkan telah lama berakar umbi dalam parti itu, seingat kita sejak UMNO mula memuntahkan inti perjuangannya di Usukan belasan tahun yang lampau. Sejak itu UMNO KB tidak sunyi dari isu perbalahan pemimpin yang membawa kepada beberapa insiden "kekufuran" politik berlaku, yakni taksub kepada pemimpin tertentu, sehingga tidak boleh ditegur, tidak boleh di kritik dan tidak boleh dipersoalkan tindak dan tanduk apatah lagi keputusan dan pendekatan kepada Rakyat.

Isu ketidak sepakatan pemimpin ini jelas berlaku apabila UMNO KB di bawah pimpinan Datuk Salleh Tun said, mengadakan program "juara Rakyat" pada dua tiga hari yang lepas. Paling mendukacitakan kerana ia bukan sahaja berkaitan dengan kehadiran rakyat jelata, tetapi juga turut membuatkan segelintir rakyat neutral di daerah ini membisikkan rasa pelik dan terkilan dengan kehadiran pemimpin dan wakil rakyat di daerah ini.

Bayangkanlah namanya sudah membawa kepada satu program yang disasarkan kepada 'rakyat" program "juara rakyat" namun langsung tidak menampakkan bahawa ia membawa kepada satu pengertian akan berlaku penerimaan rakyat kepada UMNO KB. Para pemimpin yang lain seperti Datuk Rahman Dahlan, Datuk Haji Musbah dan juga Datuk Japlin Akim langsung tidak 'memunculkan' diri turut menyertai program itu. Protes dan ketidaksetujuan mereka terhadap Ketua Umno Bahagian KB ditunjukkan dengan tidak menghadiri program berkenaan. Malahan banyak program yang dilaksanakan oleh pemimpin ini juga seakan dipulau oleh DSSK dan lainnya.

Barangkali bagi Datuk Rahman Dahlan, ketidakpeduliannya terhadap program rakyat Umno KB ini kerana disandarkan bahawa beliau bukannya ahli Umno KB, tambahan lagi, ketidaktentuan statusnya sebagai MP KB pada PRU 13 akan datang, membuatkan beliau tidak sangat mempedulikan natijah program itu dalam kerjaya politiknya. Lantas menjawab persoalan kenapa selama ini DARD hanya mendiamkan diri tatkala di minta untuk campurtangan menyelesaikan konflik jalanraya bypass KB-Kudat yang dikatakan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat dibeberapa perkampungan terlibat. Begitu juga dengan program Songom setemu-temu, anjuran Persatuan sama Sabah (PSS) yang dirasmikan oleh DARD turut tidak ternampak kelibat pemimpin lainnya.

Begitu juga dengan Datuk Musbah Jamli, kegagalan beliau mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian pada pemilihan yang lalu,bukan sahaja meletakkan pemimpin ini dalam dilema perjuangan yang berpanjangan tetapi juga dilihat 'enggan' memberikan kerjasama dan seakan 'memulau' segala programyang dirancang oleh UMNO KB. Datuk Musbah bukan sahaja disibukkan oleh pelbagai program persendirian yang dirancang oleh beliau, termasuk program turun padang dan projek Jelapang Padi nya, tetapi juga dikhabarkan beliau turut 'gagal'; memberikan dan mencarai jalan penyelasaian terhadap kemelut Projek Jalan raya Bypass KB- Kudat.? Walaupun isu ini berlaku bukan melibatkan kawasan DUN Tempasuk, tetapi sekurang-kurangnya Datuk Musbah berusaha mencari jalan penyelesaian.

Bagi Datuk Japlin Akim, kehadirannya dalam mesyuarat Umno beberapa bulan yang lepas, seakan membawa satu cahaya penyatuan UMNO KB apabila selama ini beliau dikatakan turut membiokot setiap perancangan dan mesyuarat Umno KB. Mungkin disebabkan kerana faktor kes yang dihadapinya.

Dari kaca mata rakyat, turut mempersoalkan kesepakatan para pemimpin ini. Malahan ketika rakyat menghadapi bencana alam seperti banjir baru-baru ini, rakyat dikejutkan dengan tembelang pemimpin tertentu yang asyik bercakap dengan perlunya mendekati rakyat, melakukan tranformasi, merealisasikan kejuaran kepada rakyat tetapi pada yang waktu yang sama, apabila rakyat menghadapi masalah, pemimpin ini 'hilang' kelibat' nya.

Jika secara sinisnya bahawa perkara ketidaksepakatan pemimpin ini berlarutan, maka ia akan menjadi perhatian rakyat. Sayugia diingatkan bahawa rakyat bukan lagi seperti beberapa musim pilihanraya yang lepas, kini rakyat sudah celik , rakyat tidak segan mengkritik, rakyat juga 'mendahului'gagasan pemimpin terutama berkaitan dengan program kehendak dan aspirasi mereka.

Golongan muda yang mewakili 30% daripada jumlah pengundi di daerah ini, mempunyai silent killer politik yang boleh dipergunakan untuk "melaknat" pemimpin tertentu.Ia membawa persepsi bahawa 'perlaknatan' itu adalah manifestasi daripada penolakkan secara total pemimpin tersebut. Bila sudah 'dilaknat" yakni di tolak secara jelas oleh rakyat pada PRU akan datang, maka apakah 'jadahnya' Pemimpin ketika itu memperkatakan lagi tentang isu penyatuan dan pembangunan.



10 ulasan :

rojokobog said...

Salam KM,
Minta penjelasan daripada yang empunya badan:
1. Datuk Rahman Hj Dahlan
2. Datuk Musbah Hj Jamli
3. Datuk Japlin Hj Akim
4. Datuk Herbert T Lagadan
5. Datuk Salleh HJ Said
Wahai anak-anak haji kecuali Datuk Herbert tolong beri penjelasan sejujur-jujurnya dan seikhlas-ikhlasnya apa sudah jadi...samada anda semua memboikot, malas mau datang, sibuk, ada program lain dan sebagainya,apa yang jelas ada unsur boikot diantara satu dgn yang lain....

PIPIT PEKEPA' said...

Kelapa Mawar,

Prinsip utama menjadi pemimpin politik ialah "Kill or be Killed". Tiada ayat muafakat dalam hati, hanya lakonan luaran jika pun ada kelihatan perpaduan atau muafakat. Hidup dipenuhi dengan kepura-puraan.

Senyum dan ketawa yang dipaksa. Salam yang tak digenggam erat. Tepuk-tepuk belakang mencari tempat isi lembut untuk senang ditikam.

Yang kerap bersaing adalah dikalangan pengikut. Penyokong SSK, Penyokong Musbah, Penyokong Rahman dll.

Jadi janganlah heran ya Kelapa Mawar.

rojokobog said...

Salam KM,
Datuk Japlin ada menghadiri mesyuarat UMNO beberapa bulan yang lalu?, maksud KM Mesyuarat AJK Bahagian UMNO Kota Belud kah? boleh kah Datuk Japlin hadir, sedangkan keahlian UMNO beliau telah digantung selama 3 tahun.

Unknown said...

Kelapa Mawar dan rojokobog,

YB Datuk Japlin boleh hadir sebagai ADUN Usukan bukan sebagai Naib Ketua UMNO. Sungguhpun keahlian Japlin digantung namun nengikut peraturan UMNO, wakil rakyat yang bukan AJK boleh hadir sebagai pemerhati.

Semasa SSK jadi MP Kota Belud, UMNO bahagian tidak pernah jemput beliau hadir sebagai pemerhati.

salam MO

Pendekar Tua said...

KM..

saya tidak terkejut dengan keadaan politik diKB yang begini..Sebab sejak dulu lagi para pemimpin di KB berebut-rebut untuk menjadi YB tanpa
memperdulikan nasib rakyat..


Dalam politikkeadaan ini berlaku..Saya setuku dengan apa yang dikatakan oleh Pipit Pekepa ini.

kelapa mawar said...

Salam Rojokobog..

ma kasih kerana turut sama membincangkan isu ini..

amat mendukacitakan kita selaku anak jati KB apabila para pemimpin di daerah ini gagal menunjukkan penyatuan di kalangan mereka..

bagaimana kita dapat memberikan sokongan kalau di kalangan mrk saling bertelagah.

kelapa mawar said...

Pipit..

itulah adatnya politik, banyak yang tersembunyi daripada yang tersirat...

ma kasih.

kelapa mawar said...

sdr rojokobog..

satu kejutan apabila Datuk Japlin Akim ada hadir bersama...Sempat lagi beliau menjawab beberapa kemusykilan perlantikan JKKK, di kwsn Usukan.

kelapa mawar said...

Sdr MO..

ma kasih kerana memberikan maklumat berharga itu.

kelapa mawar said...

Pendekartua..

inilah yang melanda pemimpin kita di usukan..mrk saling tidak bersefahaman...