Saturday, February 6, 2010


Saya melihat PRU13 begitu genting kerana seseorang calon pilihan raya tidak lagi "menumpang" kepada pengaruh parti politik. Tetapi kehebatan calon itu sendiri. kebolehannya berpidato, berdebat dan berhujah untuk menawan hati rakyat.: Komen sdr MO dalam blog KM


Sekilas pandang tajuk penulisan ini begitu ‘besar’ dan ‘berat’ untuk diperbincangkan. Ia memerlukan satu ruang vakum pemikiran yang terlatih dan diteraskan atas prinsip ilmiah. Membuka satu “keteruangan” majlis seumpama pentas perdebatan, mahkamah keilmuan dan juga boleh sampai kepada tahap pembentangan tinta fikir oleh segerombolan ilmuan di daerah ini. Namun penulisan KM kali ini hanya luaran, tidak sampai ke tahap itu. Ia sedikit membuka ruang fikir kita, atas desakan naluri kemanusiaan, bahawa masyarakat kita di daerah ini harus dianjak sedikit daya fikir mereka dalam soal pematuhan dan pemilihan pemimpin.



Sejak kebelakangan ini, agak kerap KM mengeluarkan posting berkaitan dengan Sdr MUsli Oli (MO ), terutama apabila blogger KB ini begitu ‘terangkat’ bersama NGO PERKASA-nya. Ini bukanlah bertujuan untuk ‘melariskan’ Sdr MO, bukan juga sengaja memperbesarkan idea YDP PERKASA SABAH ini..kerana sepintas lalu, ia seakan idea biasa yang menjadi ‘kebiasaannya’ dikeluarkan oleh pemimpin NGO lain. Ini juga bukan bermakna pujian melalu bagi sdr MO, kerana sebelum inipun KM pernah mengkritik “Kewajaran pengedaran Buku Konspirasi Melayu” tulisan sdr MO,tatkala persidangan pemilihan G7 di Kota Belud.



Namun kali ini kewajaran idea Sdr MO, saya hargai, guna ‘Memperkasa’ pemikiran pengundi kita di daerah ini.Kerana selama ini, para pengundi dikaitkan dengan pertimbangan yang di dorong oleh factor kebendaan dan kepartian semata-mata.



Kata-kata seperti letak "tunggul kayu pun menang" jika mewakili parti-parti politik tertentu sudah berakhir. Rakyat sudah terlalu bijak membuat penilaian. Mereka tidak mudah dipengaruhi kempen, wang ringgit, provokasi, psy war, dan bermacam-macam teknik perang saraf! Mereka mempunyai "value judgement" tersendiri terutama golongan muda yg terdidik! : Apakah kata-kata sdr MO ini ada kebenarannya..?


Idea ini mungkin ada kebenarannya, ketika golongan muda terdidik mula mengambilalih peranan masyarakat pengundi di Kota Belud. Walaupun tidak keseluruhannya, namun ada sudah ke arah itu. Termasuk apa yang diistilahkan sebagai ‘Pengundi Atas Pagar’. Biarpun skop pengertian PAP ini, luas, tetapi sesiapapun termasuk orang perseorangan, golongan minoriti, golongan anak muda dan golongan terbiar hatta golongan majoriti juga punya pengundi atas pagar. Kerana itu, golongan muda harus memperbetulkan apa yang silap dengan membuat beberapa siri peranan yang boleh dimainkan diperingkat cawangan atau kampung, supaya mentaliti pengundi tatkala memangkah calon PRU akan terpimpin. Memilih calon yang bukan sekadar atas nama parti tertentu, tetapi juga atas kemampuan calon tersebut dari segi daya fikir,pendekatan, pemerolehan peluang membawa pembangunan, penekanan kepada modal insan dan sentiasa mendekati rakyat. Menolak prinsip mengaut kepentingan dan keberuntungan peribadi, mempersenda mandat rakyat, memperolok sokongan sehingga membiarkan rakyat terbiar, memohon ehsan bila menghadapi masalah kehidupan.



Kerana penglibatan golongan terpelajar dalam membuat pengubahan sokongan Atas Pagar kepada pemimpin tertentu, maka sudah sampai masanya, para pemimpin melihat bahawa ada kewajaran atas membawa bersama pemikiran golongan muda ini dalam penggubalan kepimpinan mereka. Aspirasi rakyat dan golongan muda juga harus diambil kira termasuk membasmi penggangguran dan ketidapedulian pemimpin kepada golongan ini. Aspirasi mereka adalah apa yang ada di depan mata. Penilaian mereka atas apa yang dilihat dan keputusan mereka atas apa yang dirasai. Maka benarlah apa yang dikatakan oleh PM bahawa ,rakyat akan hanya berhanti mempertikaikan kebertanggungjawaban kerajaan dan parti apabila mereka sudah melihat, menyentuh dan mengalaminya sendiri.

12 ulasan :

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar dan kalian,
Sekali lagi katakan bahawa post KM kali ini menarik dan releven untuk di hayati atau pun di bincang secara akedimik (pada pendapat saya)... Tahniah.

Secara am nya, saperti KM saya juga setuju dengan pendapat Sdra Musli, “Saya melihat PRU13 begitu genting kerana seseorang calon pilihan raya tidak lagi "menumpang" kepada pengaruh parti politik. Tetapi kehebatan calon itu sendiri. kebolehannya berpidato, berdebat dan berhujah untuk menawan hati rakyat.”

Dengan izin, saya suntik kan beberapa perkara yang saya rasa perlu kita fikirkan bersama sebagai tambahan atau pun anjakan seterusnya;

i) Kemahiran dan ‘creativity’ seseorang itu dalam mengenal pasti prioriti yang berkaitan dengan ‘masaalah pokok’ rakyat setempat. Sama ada perlu di tangani serta merta (saperti banjir bermusim) atau dalam jangka masa yang jauh ( kemiskinan dan pengangguran).

ii) Berkebolihan merancang dan memantau ( jika perlu) perkara-perkara yang ada hubung kait dengan pembangunan insan dsn di kawasan yang berkenaan.

iii) Mempunyai rekod yang ‘Consistent’ dalam ketelusan untuk membantu rakyat sebelum dan sesudah di pilih sebagai wakil rakyat.

iv) Mudah di hubungi bila-bila masa yang perlu dan bertindak secara ‘proaktif’ bila mana berhadapan dengan masaalah rakyat.

v) Sebelum dan selepas di pilih sebagai wakil rakyat, seseorang itu seharus nya mempunyai iktibar ( yang ada ‘originality’) bahawa jawatan tersebut ada lah di anggap sebagai amanat dari rakyat yang perlu di hormati dan di kotakan sebaik mungkin.

Otherwise, penilaian rakyat( terutama sekali kaum belia) terhadap kehebatan seseorang itu tidak akan memenuhi syarat kualiti pemimpin yang dinanti-nantikan selama ini.

Soal penting nya mewakili sesebuah parti itu, terpulang lah kepada kalian untuk memikir nya… Melalui pengalaman saya, ia nya agak perlu juga sebagai platform bantuan.

Saperti biasa semuga kalian sukses

palingberani said...

SALAM KM..

Saya ikut seronok membaca komen sdr MO ini..kerana ia membawa satu idea harapan untuk melihat rakyat di Kb memilih pemimpin melewati batas kebendaan semata-mata tetapi pemilihan itu digantung atas peranan yang boleh dimainkan nya bila bergelar wakil rakyat.

menjadi 'wakil' kepada rakyat dan bukannya 'mewakilkan' orang lain bila berhadapan dengan masalah rakyat.

watasikadi said...

salam KM,
bila bercakap tentang memperkasakan pemikiran, ia lebih kepada program yang dirancang secara telus dan ikhlas tanpa niat untuk berkempen untuk diri dan parti yang disertai.bila program dirancang dengan penuh telus baru ada percambahan minda yang menanjakkan sekaligus memperkasakan pemikiran..namun bila pemikiran disekat dengan ugutan dan penangkapan dengan kebebasan berhujah berat sebelah, sukar untuk melaksanakan apa yang dikatakan memperkasakan pemikiran.cakap sikit ISA, kalo PR la, tapi kalo orangs sendiri siasat dulu sampai orang ramai lupa kemudian tutup kes..stop la saya nanti kena tangkap pulak..apa pun saya menyokong program untuk memperkasakan pemikiran rakyat KB.

kunyit said...

Salam KM,
Memperkasa membawa erti menguatkan @ menjurus kpd pemikiran yang bijak, pengundi hari ini khususnya di Kota Belud terdiri drpd golongan amat bijak, bijak dan kurang bijak,,jika direnung sejak daripada zaman BERJAYA, PBS dan BN pemilihan calon bersandarkan kepada ketokohan dan sedikit kecemerlangan seseorg, namun senario ini berubah sejak akhir-akhir ini, budaya aku peduli apa!, aku tetap tidak undi dia!, siapa-siapa pun di undi dan menang kita begini juga!, ungkapan-ungkapan diatas sering kedengaran bila tiba musim PRU, bila NKRA diperkenalkan oleh PM, pemimpin dinilai oleh rakyat yg ada jaminan untuk bertanding pada PRU-13 nanti, maka berebut-rebut pemimpin turun padang, tak kira hujan panas, ribut taufan, majlis-majlis kenduri kahwin, kematian, pesta-pesta di kampung-kampung dan sebagainya, bila pemimpin di jemput hadir maka ini adalah peluang bagi mereka turun menjenguk rakyat,budaya turun padang ini agak baru di Negeri Sabah ini, kalau dulu jarang kita nampak pemimpin turun ke kampung-kampung, bila tiba PRU baru mereka muncul, ini kita tidak dapat nafikan tapi pengundi waktu itu tidak ada pilihan, siapa calon pilihan parti yg memerintah itu lah yg mereka undi, senario sekarang ini pemimpin turun padang disiarkan dalam media masa seperti iklan menjual kereta, tak cukup dua hingga 3 hari disiarkan, panggil TV3 kalau boleh CNN pun di panggil sama, pemimpin yang terlalu lama berada di atas harus kita turun kan, ganti dgn org baru yang berpendidikan dan dapat bersaing diperingkat Nasional dan antarabangsa, cakap org putih pun boleh tahan, boleh membawa pelabur masuk ke Kota Belud, untuk mencari peluang pelaburan dalam sektor perkilangan yang boleh mengurangkan pengangguran agar belia kita tidak keluar mencari pekerjaan di luar daerah, kalau sekadar pandai berpidato, berdebat dan berhujah, tidak sampai kemana hujah tersebut, apa yang penting pemimpin kena buktikan yang mereka bijak dlm menjana dan mengubah ekenomi akar umbi yang selama ini tenggelam, org kaya bertambah kaya, yang miskin terus papa...

Anonymous said...

Salam KM

Pengundi memang perkasa sudah, tinggal lagi pemimpin yang belum

BELUM PENDEKAR said...

Salam KM,

1. Mohon singgah sebentar untuk memberi sedikit pandangan.

2. Saya bersetuju bahawa pemikiran penundi terutamanya di KB perlu diperkasakan agar dapat menilai dan memilih pemimpin yang benar-benar berkualiti bagi mewakili mereka di arena politik. Atas kesedaran ini, maka acapkali kita baca pengundi mempersoalkan kewibawaan serta tindakan pemimpin mereka yang kononnya begitu dan begini.

3. Pun demikian, andai kata kita benar-benar berhasrat untuk maju, barangkali amat perlu juga untuk setiap kita menoleh dan merenung apa pula kelemahan dan kekurangan kita sebagai pengundi. Adakah kerana kita adalah pengundi maka kita tidak mempunyai tanggungjawab yang perlu dimainkan dalam memajukan masyarakat serta bangsa keseluruhannya?.. Pada saya, selain perlu rasional tentang kemampuan pemimpin kita, kita juga perlu memainkan peranan masing-masing agar pemimpin dapat melaksanakan tugas serta tanggungjawabnya dengan lebih mudah.

4. Apa yang saya maksudkan dengan keupayaan pemimpin di atas ialah, bahawa jawatan sebagai wakil rakyat tidak bukanlah tiket besar yang membolehkan mereka meklaksanakan semua projek pembangunan yang diperlukan oleh rakyat. Perlu juga diketahui bahawa, bagi projek-projek yang memerlukan peruntukan yang besar, wakil rakyat hanya boleh mencadangkan kepada agensi pusat namun terserahlah kepada agensi berkenaan untuk mempertimbangkannya selepas mengambilkira keperluan pembangunan didaerah-daerah yang lain juga. Jadi, tanggapan bahawa wakil rakyat boleh merealisasikan semua kehendak rakyat adalah tidak betul.

5. Berkaitan tjwb serta peranan kita sebagai pengundi, saya percaya kita biasa mendengar bagaimana sesuatu projek pembangunan misalnya tidak dapat dilaksanakan kerana "sianu" tidak membenarkan projek berkenaan melalui tanah beliau. dan, kalau nak lalu juga kena bayar jumlah tertentu yang kadang-kadang tidak munasabah. Justeru, projek tersebut terpaksa dipindahkan ke t5empat lain dan rakyat lain tidak dapat menikmati manfaat daripada pelaksanaannya. Selai itu, ada pula dikalangan rakyat yang mengharapkan wakil rakyat melakukan "semua" perkara untuk mereka. Kalau ini lah mentaliti kita, saya fikir siapa pun wakil rakyat yang kita pilih... harapan dan hasrat kita untuk maju kehadapan tidak akan tercapai.

6. Justeru, dalam kita menilai pemimpin... nilai juga diri kita sendiri. Ingatlah bahawa, seorang jurulatih bola sepak hanya akan berjaya membawa pasukannya menjadi juara sekiranya semua pemain melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan baik terutamanya semasa perlawanan. Jika tidak, jurulatih yang baik dan bertaraf dunia seperti Filippe Scolari pun terpaksa dibuang dari Chalsea walhal pemainnya yang tidak memberikan kerjasama.

kelapa mawar said...

Salam sdr Solymone..

Pertama sekali ma kasih atas kesudian yang terus kepada sdr memberikan idea dalamtopik ini..

Secara amnya saya bersetuju dgn pendapat sdr MO ini, kerana itu saya publishkan, bertujuan untuk kita memikirkan di mana peranan kita sebagai pengundi di KB..dan itu tanpa kita sedari kita tunaikan 5 gtahun sekali..tetapi tidak kita fikirkan selepas itu, apakah tindakan kita wajar dilakukan atau sebaliknya..

Prioriti yg sdr katakan itu juga saya rasa perlu dimiliki oleh calon terutama kreativitinya mengenalpasti permasalahan rakyat..

sedangkan apa yang berlaku sekarang ialah ramai calon tidak mempunyai kreaviti menarik minat sokongan kp nya termasuk tidak mempunyai kelebihan berpidato dan berhujah w/pun itu bukanlah kreateria utama.

Rakyat sekarang lebih melibat bagaimana peranan sebagai pemimpin itu terlaksana dan memberi kelebihan dan kemudahan kp mereka.

Salam buat sdr, semoga sukses selalu.

kelapa mawar said...

Salam sdr Palingberani..

saya tertarik dengan komen sdr ini :

menjadi 'wakil' kepada rakyat dan bukannya 'mewakilkan' orang lain bila berhadapan dengan masalah rakyat.


Saya berharap agar sdr terus memberikan ulasan di masa akan datang. Ma kasih.

kelapa mawar said...

Sdr watasikadi..

Sdr Kembali sekali lagi dengan komen-komen yang menggegarkan jiwa golongan muda..Syabas..!

Memperkasakan pemikiran harus disertai dengan program pembangunan modal insan yg bersepadu dan berterusan...makanya pendidikan dan maklumat adalah sangat penting supaya mudah dibangunkan dari kejumudan pwmikiran dan dari belenggu politik yang bersifat kepartian semata-mata tanpa mengaitkan dengan kewajipan melantik pimpinan dari sudut moral dan agama.

Ma kasih atas idea itu..saya teruja membacanya.

kelapa mawar said...

sdr Kunyit..

budaya aku peduli apa!, aku tetap tidak undi dia!, siapa-siapa pun di undi dan menang kita begini juga!,


budaya yg sdr katakan itu memang berlaku dalam masyarakat kita seakan ada ketidapedulian terhadap kesan daripada tindakan mereka..bukankah tindakan itu kesanya sepanjang 5 tahun ketika mereka memangkah meilih pemimpin dalam PRU..?

Pemimpin juga wajar berubah untuk mendapat sokongan beterusan dr rakyat.

ma kasih atas idea sdr ini. semoga sukses selalu.

kelapa mawar said...

sdr Syaptrcus..

ma kasih kerana idea sdr itu nyata membuatkan saya jauh lebih berfikir sebelumnya.

kelapa mawar said...

sdr Belum Pendekar..

Ma kasih kerana berkunjung sekali lagi dan memberikan ulasan yang sangat relevan mengenai posting kali ini..

Jiwa dan minda rakyat perlu melalui vakum perubahan selaras dengan perkembangan maklumat yg cepat dan pantas. Sayugia bukan sahaja perana pemimpin di persoalkan namun peranan diri sendiri juga harus tidak terlepas dari penilaian sendiri.

semuanya bermula dengan pendidikan dan ilmu kerana itu rakyat harus disajikan dengan itu dan bukannya berupa kebendaan semata-mata..walaupun pembangunan ekonomi dan kebendaan itu perlu namun pembangunan modal insan tidak sepatutnya di pinggirkan..

semoga sdr terus sukses di berkati.