“Tahun ini merupakan tahun akhir tempoh RMK-9 dan amat signifikan dari segi pencapaian sasaran di bawah rancangan itu bagi pembangunan Sabah amnya dan pembasmian kemiskinan khususnya,” Datuk Musa Aman.
Laporan beberapa akhbar tempatan, mengenai kebanjiran warga belia Sabah ke Semenanjung untuk mencari pekerjaan hampir mencecah puluhan ribu orang. Di Kuala Lumpur Sahaja, dianggarkan ratusan orang belia Sabah dalam keadaan "berkeliaran "dan ada yang merempat kerana gagal mencari pekerjaan yang sesuai. Malahan bukan itu sahaja, bukan sedikit bilangannya yang terlibat dalam kegiatan tidak bermoral termasuk hubungan bebas, kutu jalan dan Mat Rempit. Keadaan ini seharusnya perlu diteliti oleh kerajaan BN di Sabah, termasuk sebab dan faktor berlakunya kebanjiran belia Sabah ke luar negeri termasuk cara mengatasi dan membawa pulang di samping mewujudkan ruang pekerjaan di negeri yang dikatakan mula membangun di bawah pentadbiran Musa Aman ini.
Walaupun Sabah dikatakan sudah menurun paras kemiskinan berdasarkan kajian separuh Penggal RMK ke 9 tahun 2007 iaitu penurunan kepada 16% daripada 23% pada tahun 2004. Namun tidak dapat dinafikan bahawa faktor kemiskinan adalah faktor utama kearah penghijrahan yang berlaku ini. Keadaan dan cara hidup yang miskin terutama di luar bandar dan kawasan pedalaman seperti di kota Marudu dan Pitas selain dari beberapa kawasan lain di Pantai Timur telah menyebabkan ramai belia berumur antara 16-30 tahun yang terkandas dalam alam persekolahan mengambil keputusan berhijirah di Semenanjung untuk mencari pekerjaan . Dan biasanya pekerjaan yang menjadi tumpuan para belia dan beliawanis ini ialah kerja-kerja kilang Pembuatan dan Pemprosesan. Ibu Kota seperti Kuala Lumpur ,Pulau Pinang dan Johor Bahru adalah antara tempat yang menjadi tumpuan rakyat sabah ini.
Bagi pembangkang di Sabah, selain faktor kemiskinan mereka juga menyalahkan Kerajaan BN yang 'gagal' mewujudkan peluang pekerjaan di negeri ini, walaupun pembangunan fisikal begitu rancak di beberapa kawasan terpilih di negeri ini kata mereka. Pembangkang juga turut mempertikaikan projek Koridor Sabah yang dikatakan menyediakan peluang pekerjaan kepada mencecah 100 ribu belia Sabah. sehingga kini ia menjadi isu retorik politik yang diulang-ulang dan gagal direalisasikan. Dimanakah janji BN ini..?
Kebanjiran Pendatang Tanpa Izin ( PATI ) di negara ini juga dikatakan adalah antara faktor kepada penghijrahan belia Sabah ke Semenanjung. Ekoran kerana banyak peluang pekerjaan telah dikuasai dan dimonopoli oleh PATI sehingga sektor pertanian dan pembinaan gagal 'ditembusi' oleh golongan belia Sabah sendiri. Termasuk juga faktor harga atau upah buruh PATI ini yang rendah dan senang di perolehi.Menyebabkan belia di negeri ini seakan dianaktirikan.
Secara jangka panjangnya, fenomena aliran keluar Belia Sabah yang begitu tinggi akan memberikan kesan kepada prestasi ekonomi negeri. Bukan sahaja kita kehilangan buruh separuh mahir dan mahir tetapi juga akan menyebabkan kawasan perkampungan dan pedalaman yang ditinggalkan akan terus mundur. Bayangkanlah jika purata 12-24 orang belia yang menganggur di satu-satu kampung mengambil keputusan untuk berhijrah ke semenanjung saban tahun, apakah yang akan tinggal buat negeri Sabah guna sebagai pekerja dan buruh untuk membangunkan negeri ini.?
Fenomena inilah juga yang menjadi 'beban' dan halangan kepada kerajaan PAS di Kelantan ,apabila dilaporkan ribuan penduduk negeri itu 'keluar' berhijrah ke negeri lain, ekoran ketiadaan peluang pekerjaan di negeri itu. Cuma yang bezanya ialah Kelantan di Bawah pembangkang dan kegagalan menyediakan peluang pekerjaan itu menjadi tanggungjawab PAS di negeri Sitti Wan Kembang itu. Bagaimana pula di Sabah yang ditadbirurus oleh kerajaan BN..? Apakah juga akan menghadapi dilema yang sama? Jangan hanya kita bersandarkan kepada kajian dan data, sedangkan realiti masyarakat di Sabah masih berada pada paras kemiskinan.
Seharusnya limpahan pembangunan yang dibawa oleh BN, sekurang-kurangnya dapat meningkatkan taraf hidup dan frasarana di luar bandar. Setiap tahun kedengaran peruntukan ratusan juta ringgit disalurkan di Sabah tetapi impak kepada rakyat masih terlalu perlahan..? Di mana silapnya..?
Terbaru apabila Sabah akan mendapat RM100 juta daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk Program Bantuan Rumah (PBR) tahun ini di bawah Program Rangsangan Ekonomi yang akan dilaksanakan di seluruh negeri ini. Menurut Ketua Menteri Datuk Musa Aman, dibawah program itu, kerajaan merancang untuk membina 2,500 unit rumah PBR di Sabah dan tahun tahun lalu sebanyak 1,165 unit rumah berkenaan telah pun dibina. Mungkin kata-kata Timbalan ketua menteri datuk Joseph Kitingan ini boleh difikirkan..
“Harapan rakyat semakin meningkat dan kejayaan kita hari ini tidak lagi diukur hanya berdasarkan kepada jumlah peruntukan atau kuantiti projek dan perkhidmatan yang diberikan, sebaliknya ia dinilai berdasarkan kualiti, impak dan faedah jangka panjang,”

4 ulasan :
Salam Kelapa Mawar,
Berkenaan dengan isu belia-belia Sabah yang terkandas dan berkeliaran di Semenanjung itu, saya rasa ia nya lebih merupakan masaalah SOSIAL dari POLITIK.
Kerana isu ini hanya timbul sejak akhir-akhir ini, jadi ada lah amat tidak adil untuk kita terus mempersalahkan pehak kerajaan am nya dan kerajaan BN Sabah khas nya.
Mungkin kalau di beri peluang untuk memerentah, pehak pembangkang pun akan terkucar kacir juga untuk menyelesaikan fenomena yang agak complex ini.
Sebenar nya bukan mudah untuk kita mengenal pasti situasi sebenar nya. Terutama sekali dari segi statistic, logistic dan lokasi permasaalahan ini.
Dalam hal ini, saya telah berbincang secara mendalam dengan beberapa orang ‘anak buah’ saya yang baru balik dari semenanjung.
Menurut mereka sememang ini isu ini ada. Cuma agak susah juga untuk mengenal pasti punca sebenar nya dan lokasi belia-belia yang terlibat. Seada nya mereka kini berada di merata-rata tempat di sana.
Apa yang perlu disini, ada lah usaha kerajaan atau pun NGO untuk mencari jalan untuk menyelesaikan masaalah ini sebelum ia nya ia nya akan bertambah teruk sehingga menjadi kan nya kes yang tidak di ingini saperti jenayah .
Cadangan saya, antara lain ia lah untuk mengujudkan satu tabung dsn, yang boleh digunakan untuk mengurangkan masaalah ini. Bantuan dari segi moral dan material oleh Ahli-Ahli YB dari Sabah di sana ada lah amat penting dan sangat-sangat dialu-alukan.
Semuga sukses selalu
salam KM,
Ada dua faktor utama punca migrasi belia ke KL dan bandar-bandar utama di Semenanjung. Faktor tolakan dan faktor tarikan.
Faktor tolakan:
1. masalah belia sukar mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan akademik.
2. Pertumbuhan Industri dan kilang-kilang yang lembab di Sabah gagal menyedia peluang pekerjaan sungguhpun telah diujudkan KKIP.
3. Kehadiran pekerja asing termasuk PTI telah mengurangkan peluang pekerjaan dalam bidang perladangan.
4. Jabatan-jabatan Persekutuan masih memberi keutamaan kepada pekerja dari Semenanjung Malaysia.
5. Bilangan pegawai bertaraf PTD dari Sabah masih terlalu kurang
Yang di sebut diatas adalah antara faktor tolakan.
Faktor tarikan:
1. Tambang murah untuk ke Semenanjung dengan adanya tambang murah Air Asia, ramai belia cuba nasib di KL dan bandar-bandar lain.
2. Mencari pengalaman baru dan golongan belia suka kepada cabaran baru.
3. lebih ramai pelajar yang menuntut di IPTA dan IPTS serta kolej2 di Semenanjung. Lepasan kolej ini lebih tertarik dengan kehidupan muda-mudi di KL
4. Projek IC palsu. Kebanyak kes jenayah yang dikatakan rakyat Sabah sebenarnya dilakukan rakyat Filipina dari Sabah yang juga tertarik ke KL
5. Peluang mendapat perkerjaan dengan pendapatan lumayan termasuk menjadi tukang urut di Bukit Bintang dan hotel-hotel. Ada juga yg terlibat dengan pelacuran.
6. faktor tarikan lain ialah usaha agensi-agensi pekerjaan yang menjanjikan bermacam-macam peluang untuk mendapat pekerjaan yg lumayan.
Banyak lagi faktor2 lain...
Salam MO
Salam Kembasli sdr Solymone..
KM berpendapat bahawa antara sebab kepada masalah sosial itu ialah kerana tidak ada pembangunan insan juga krisis kehidupan yang berlaku..masing-masing ada peranan termasuk kerajaan..
kebanjiran belia Sabah ke KL lebih banyak disebabkan oleh faktor kemiskinan dan kurang pekerjaan.
kita harap kerajaan akan dapat melihat isu ini sebagai satu keperluan utk diselesaikan.
semoga sdr terus sukses.
ma kasih atas perhatian sdr.
Sdr Musli..
ma kasih atas komen ini..saya hargai..dengan beberapa faktor yg sdr senaraikan itu..
semoga sdr terus sukses.
Post a Comment