Keberanian seorang ahli politik bukan harus dipandang dari sudut percakapannya, tetapi melalui 'tindakan' yang dilaksanakan walaupun 'tindakan' itu diluar batas kewarasan pemikiran manusia biasa. Kerana dalam politik 'tindakan' itulah yang menjadi penanda aras kepada 'keberanian' seseorang ahli politik. Mungkin benar apa yang pernah disuarakan oleh seorang pemimpin politik di KB suatu ketika dulu dalam kempen Pilihanrayanya, bahawa ahli politik sentiasa ada perasaan 'terancam' sama ada ancaman itu berupa dari rakan politik atau pun dari musuh politik yang ingin menjatuhkannya. Hatta bunyi kentut pun di sangka, bom peledak untuk membunuhnya. Sama ada benar atau tidak, terpulang kepada anda membuat penilaian.!
Sebelum KM mengutarakan persoalan 'keberanian' ini, adalah lebih baik kita mengakui bahawa antara kerusi PRU 12 paling panas di Kota Belud adalah kerusi Parlimen. Atas beberapa sebab iaitu, kerana kawasan Parlimen kota Belud pada PRU 11 adalah 'dimilik' secara runding terus dengan rakyat melalui sokongan Pengundi kepada mantan Ketua Menteri Sabah, yang juga Ketua Umno KB sekarang iaitu, Datuk Salleh Said Keruak (DSSK). Maka yang menjadikan kepanasan kepada kerusi itu, ialah kerana DSSK telah digugurkan pada PRU itu, dan kemudiannya diserahkan kepada DARD dari Tuaran yang juga masih baru menjadi wakil rakyat.
'Kepanasan' itu kerana, penggantian yang berlaku bukan atas 'kerelaan' si pemilik asal. DSSK digugurkan dan digantikan dengan DARD. Dari kaca mata masyarakat kelas pertengahan yang enggan melibatkan situasi itu dengan percaturan politik, mengkhendakkan agar pengganti akan lebih baik dari yang diganti. Maka yang menjadi berani sahaja yang sanggup menerima pelawaan politik untuk menggantikan DSSK di kawasan Parlimen KB. Kerana bukan senang melapisi populariti DSSK apatah lagi banyak jawatan politik dan kerajaan yang pernah di sandangnya. Kebetulan pula yang mengganti itu adalah 'orang luar' yang belum tahu kedudukan politik di daerah ini.
Itulah rasanya 'keberanian' DARD yang paling pratikal dalam percaturan politiknya. Dan setelah lebih 2 tahun mempamerkan 'keberanian' itu, DARD nyata bukan 'pengecut' politik yang boleh diperhambakan oleh kepentingan peribadi. Malahan pendekatan dan aspirasi muda serta gagasannya menjadikan DARD adalah antara pemimpin yang paling menyerlah kini di daerah Kota Belud. Bukan sahaja di peringkat kelas masyarakat ketiga, tetapi pada kelas kedua yang terdiri daripada golongan muda berpendidikan, nyata DARD juga hampir di hati mereka. kerana 'tindakan' yang kita sifatkan sebagai 'perlu' dan 'tepat' menjadikan DARD begitu diperlukan di Kota Belud.
Jika pun keberanian DARD itu ditinjau dari segi saingan politiknya, maka terdapat beberapa tokoh yang mungkin beralasan akan lebih daripada DARD apabila diberikan kerusi parlimen ini. Misalnya, setelah Sdr Musli Oli mengumumkan secara terbuka untuk bertanding pada PRU 13 akan datang di kawasan Parlimen Kota Belud, maka ia seakan menjadi 'ancaman politik ' buat DARD. Apatah lagi sdr Musli juga memberi bayangan bahawa ada kemungkinan jika rezeki memihak kepada beliau, maka bertanding atas tiket UMNO.
Dalam ilmu politik, 'kesediaan' seseorang membuat pengumuman secara terbuka, menunjukkan persediaan dan persiapan rapi yang telah dirancang sebelumnya. Sebagai seorang penggiat politik juga YDP PERKASA Sabah, Sdr Musli dilihat mempunyai advantage politik untuk membuatkan DARD sentiasa dalam kegelisahan. Kerana itu apabila DARD menubuhkan skuad Parlimen yang ditugaskan dari kampung ke kampung, dikhabarkan adalah bermotif politik dan kempen mengekalkan popularitinya. Malahan dari berita pemerhati politik KB juga mentafsirkan kunjungan DARD dari kedai-ke kedai berbangsa Cina di KB, baru-baru ini semata-mata untuk mengucapkan "Selamat Tahun Baru Cina" dan di buat terlalu awal adalah 'kempen' secara senyap untuk mengaut sokongan masyarakat Cina di KB, sekiranya DARD terpaksa bertarung mempamerkan pencak silat politiknya dengan menghadapi 'musuh' yang terang iaitu SDR MUSLI OLI.
Keakraban Sdr Musli Oli dengan DSSK sejak kebelakangan ini juga memungkinkan akan berlaku apa yang dikatakan oleh Sdr Musli sebagai 'hak' seorang warganegara Malaysia. Maka demi yang sesungguhnya 'keberanian' DARD 2 tahun yang lepas, nyata kini berhadapan dengan 'keberanian' Sdr Musli Oli. Memangnya politik penuh dengan 'keberanian'.

7 ulasan :
Salam KM,
Daripada pandangan mata kasar bukan senang utk meletakkan calon pada PRU-13 nanti, samada pada peringkat DUN atau Parlimen, ukuran bukan lagi dipandang kepada popularnya seseorang itu, tapi banyak aspek yang harus diteliti dan diambilkira, keberkesanan kerja yang telah dilaksanakan, pencapaian membangunan ekenomi akar umbi, mengurangkan tahap miskin tegar, semua ini adalah diantara kretria yang akan dinilai oleh para pengundi dan pihak-pihak yang berkenaan,,,kalau dilihat dan dipantau oleh kita sendiri di Kota Belud, pencapaian DARD memang terserlah walaupun ada sedikit cacat celahnya adalah perkara biasa, DARD tidak ada jawatan dalam parti UMNO tapi ada jawatan dalam Syarikat milik Kerajaan Negeri, jadi beliau tidak sesibuk penjawat awam yang lain, maka dengan itu DARD dapat menumpuhkan hampir 100% khidmat beliau di kawasan Parlimen Kota Belud, ini adalah advantage yang ada dengan DARD dan beliau telah menggunakan kelebihan ini dengan amat berkesan untuk menyerlahkan yang beliau adalah ahli Parlimen yang berkelibar dan mampu berkhidmat keseluruh pelusuk kampung dalam Daerah Kota Belud, dan mungkin beliau memikirkan bahawa tiada kerugian yang amat sangat jika dapat menyumbangkan jasa bakti utk masyarakat Kota Belud...adakah merupakan satu kerugian kpd masyarakat di Kota Belud jika DARD tidak terpilih sebagai calon pada PRU-13 nanti?????
salam kelapa mawar,
Saya mengucap setinggi tahniah kepada DARD atas perlantikan sebagai Setiausaha BN Negeri yang baru menggantikan Datuk Karim Bujang.
Salam MO
KM..
saya merasa terpanggil dengan isu ini kerana bagi pendapat saya..rakyat mempunyai keberanian yang tiada tolok bandingnya. Mereka boleh menaikkan dan menurunkan pemimpin yang dikatakan berani itu..
setiap kali PRU pasti ada terserlah keberanian rakyat..
salam hormat
PT
Kelapa Mawar..
tahniah buat MO yang dilantik sebagai YDP PERKASA SABAH..satu jawatan yang tertinggi bagi badan NGO itu..
Salam ziarah KM..
jika mengikut pertimbangan politik, ada kemungkinan keakraban MO dgn DSSK akan mewujudakan persefahaman politik..kalau benar ada kemungkinan MO dapat bertanding atas tiket MP dan DSSK du Usukan untuk kembali dalam kabinet MA..
Kalau ini berlaku DARD mungkin tidak ada tempat di KB.kalau pun DAR%D pulang ke Tuaran, saya berkeyakinan beliau tidak ada tempat di sana..kerana orang -orang Datuk hajiji juga menginginkan tempat..?
Jadi fikirkanlah dimana letaknya 'keberanian' DARD itu..?
KM..
apa punya cerita kau ini...soal keberanian..saya ingat si ama e bagagir lagi berani...
pernah di potong kepala masa jepun..
Anakanda Kelapa Mawar..
seorang pemimpin yang berani ialah apabila sanggup meredah belantara, mengharungi banjir lumpur, merasai perit maung rakyat, empeti pada kesusahan masyarakat, tidak bersikap suka meneguk di air keruh, berani menyuarakan kepentingan dan kebajikan pengikutnya,tidak berpura-pura dan sentiasa bersama rakyatketika susah dan senang..
Apakah ciri-ciri di miliki oleh DARD?
Apakah ciri ini dimiliki oleh Musli Oli..?
Apakah ciri ini dimiliki oleh DSSK..?
Apakah ciri ini dimiliki oleh Datuk Musbah Jamli..?
dan apakah ciri ini dimiliki oleh Datuk Japlin Akim?
Hanya tuan-tuan sekalian yang boleh menjawabnya..kerana saya dah tua dan kurang sedikit rasa menyelidik tentang keberanian para pemimpin kita di Kota Belud ini..
Post a Comment