Tengku Razaliegh atau Ku LI bukanlah satu watak baru dalam politik UMNO, tetapi beliau merupakan watak politik yang sentiasa membuatkan ramai penganalisas tidak dapat melelapkan mata akibat dari percaturannya yang begitu terkedapan dan bersifat gentelmen. Seorang mantan Menteri kewangan juga pengasas kepada parti Semangat 46 yang terang-terangan adalah parti serpihan UMNO ekoran pengharaman UMNO oleh Mahkamah atas krisis dan perebutan antara Tun Mahathir dengan Ku LI menjadi presiden UMNO lewat 1987.
Kekalahan Ku Li dalam perebutan Jawatan Presiden UMNO paling tragis dalam sejarahnya hanya mencatat lebihan undi yang kecil. Biarpun pelbagai analisis dilakukan kepada punca kekalahan itu sehingga pada waktu itu dikatakan 'politik wang' sudah bermaharajalela dalam UMNO, namun kekalahan KU LI itu telah mencatat detik paling hitam dalam sejarah politik orang Melayu apabila UMNO diharamkan.
Pengharaman inilah akhirnya ,lahir parti Semangat 46 yang membawa kepada peniupan kembali 46 semangat yang terkandung dalam penubuhan asal UMNO yang disifatkan oleh KU LI dan Koncon-konconya sebagai telah dikhianti oleh UMNO. KU LI bertindak 'keluar' dari UMNO dan sejak itu, politik KU LI terus 'gerhana' sekalipun pernah bersama-sama dengan logo bulan Purnama (PAS) menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU ). Kata sesetengah pemerhati politik, Ku Li kena sumpahan 46 semangat Umno. Secara berseloroh para pemerhati ini juga melabelkan Ku Li sebagai 'harimau kehilangan taring".
Apabila Ku Li membubarkan semangat 46 dan kemudian menyertai UMNO, tidak banyak perkara menarik yang berlaku. Tun Mahathir dilihat sebagai langsung tidak mengendahkan kehadiran KU LI. Bukan sahaja Ku LI tidak dibawa 'kembali' dalam jawatan UMNO tetapi juga tidak diberikan peluang merasai jawatan dalam kabinet..? Apakah kerana Tun Mahatir ketika itu terus dibayangi sejarah 1987, atau kerana beliau takut Ku Li akan 'menggoncangkan' kembali perpaduan UMNO..?
Biarpun begitu KU LI tetap dengan stail politiknya yang selalu menentang. KU LI bukan sahaja menawarkan diri dalam merebut jawatan tertinggi parti iaitu PRESIDEN UMNO, tetapi juga turut menyatakan bahawa tindakan beliau itu adalah untuk menyuburkan demokrasi dalam parti yang disifatkannya sebagai Demokrasi sudah lama mati dalam UMNO. Beberapa percubaannya dibuat, sehingga pencalonan ke jawatan itu hanya menyaksikan Bahagian Umno Gua Musang dimana Ku Li menjadi ketua bahagiannya sahaja yang mencalonkan beliau. Biarpun mendapat sindiran dan cemuhan, tetapi itulah KU LI seorang ahli politik yang berani.
Terbaru UMNO goncang lagi, apabila KU LI secara terang-terangan tidak bersetuju dengan tindakan Kerajaan Pusat yang enggan memberikan royalti minyak kepada kerajaan Kelantan. Ramai yang beranggapan bahawa itu adalah helah KU LI untuk menarik minat orang ramai kepada beliau yang semakin kesuntukan masa untuk mencapai cita-cita agung politiknya. Namun tanggapan itu benar-benar berlaku apabila, KU LI menggunakan platform pembangkang untuk menyatakan pendirian mengenai 'kelayakkan' Kelantan untuk memperolehi Royalti Minyak. Sebagai bekas pengerusi Petronas, KU LI dilihat sebagai seorang yang tahu 'serba-serbi' tentang perjanjian antara Kelantan dan Petronas.. Namun kenapa hal ini tidak diambil tahu oleh Najib?
Apabila TPM Tan Sri Muhyidin membayangkan bahawa KU LI bakal dihadapkan ke Jawatankuasa Displin Parti, maka ramai penganalisis politik berkeyakinan, UMNO akan kehilangan KU LI sekali lagi..Dan jika benar KU LI akan 'keluar' dar UMNO. apakah percaturannya itu akan mengembalikan nostalgia politik 1987..? Atau apakah kali ini 'keluarnya' KU LI adalah sebagai seorang wira? Dan adakah selepas ini, UMNO akan bertambah tenat dengan kehilangan satu lagi MP nya..?
Sesungguhnya terlalu banyak persoalan yang berlegar dalam minda kita.. Kerana politik itu penuh dengan kemungkinan dan kemungkinan itu tidak wajar dilihat berdasarkan situasi tersurat semata-mata.

4 ulasan :
Selalunya seorang politikus sememangnya seorang yang opurtunis.
salam kelapa mawar
KU LI memang seorang politik yang berani. menentang secara terang terangan dan menyanggah setiap perkara yang bercangga dgn nya.
senario politik di semanjung lebih hebat dari sabah. apatah lagi di daerah kota belud.cukup kecil.
Salam sdr ISAC
ma kasih kerana mengunjungi blog KM ini..saya amat menghargainya.
Datu Pitung..
Ma kasih juga dengan cetusan pandangan ini..Keberanian seseorang ahl;i politik diukur pada tindakannya.
Post a Comment