Tuesday, February 2, 2010


Blogger Katakamu, adalah antara pengunjung setia blog Kelapa Mawar.


Awalnya Kelapa Mawar, tindak ingin sangat melayan apa-apapun isu berbangkit mengenai Jajarkan ke Tengahrakan-rakan blogger di KB. Dan penulisan inipun bukan bermakna sebagai 'layanan istimewa' tetapi ia sekadar memperjelaskan hakikat sebenar apa yang ada di hati sanubari Kelapa Mawar.


Buat pengetahuan Kekanda semua, sejak kehadiran blog Kelapa Mawar dalam dunia cyber di daerah pejuang ini, memang tersemat dalam kalbu, bahawa setiap penulisan yang disajikan buat para pengunjung dan pembaca yang budiman, adalah penulisan yang bebas dari "SERANGAN PERIBADI' Dan juga CERCAAN kepada individu. Atas prinsip 'keintelektual' maka KELAPA MAWAR mendendangkan pelbagi isu politik dan masyarakat yang berkaitan dengan daerah kita. Jarang ada isu menyentuh diluar kotak daerah Kota Belud.

Keputusan menceritakan prihal pemimpin di KB, bukan bertujuan untuk MEMALUKAN Dan MENGAIBKAN mereka. Kerana itu, KELAPA MAWAR tidak pernah berbuat sesuatu untuk menyerang peribadi pemimpin ini. Mana yang wajar dilakukan, maka Kelapa Mawar akan paparkan sebagai satu 'kredit" bagi pemimpin ini. Mana yang diluar kewajaran , juga KELAPA MAWAR paparkan untuk renungan kita masyarakat di KB dengan andaian supaya isu-isu ini akan mendapat response dari pihak yang berkenaan, seterusnya ada daya dan usaha untuk mengubah kaedah pendekatan YANG DILAKUKAN itu. termasuk sebagai apa yang kita katakan sebagai 'kegagalan' bermusim yang dilakukan oleh pemimpin di kala mereka berada dalam zon selesa.

Tidak ada lain tujuan KELAPA MAWAR hanyalah untuk keharmonian masyarakat sejagat terutama GENERASI MENDATANG yang mahu supaya maklumat diperolehi tanpa berat sebelah. Walaupun ada beberapa posting KELAPA MAWAR yang dikatakan menyebelahi para pemimpin tertentu, namun percayalah dan yakinlah bahawa KELAPA MAWAR bukan diwujudkan untuk kepentingan dan agenda politik pemimpin tertentu. Semua yang dipaparkan itu secara kebetulan, menyebelahi pemimpin berkenaan di KB, kerana itupun adalah hakikat yang benar-benar berlaku.


KELAPA MAWAR bukan agen sesiapa,bukan mencetuskan isu suku dan bangsa, jauh sekali memperlekehkan ketuanan kaum tertentu, tetapi kerana itulah yang sebenarnya yang berlaku kepada suku tertentu di KB, maka KELAPA MAWAR dedahkan dengan tujuan supaya isu itu dapat dicerna secara ilmiah dan dewasa sifatnya. Mengenepikan api perkauman, sebaliknya membincangkan isu dengan ruang lingkup ilmiah dan keilmuan. KELAPA MAWAR mempunyai darah keturunan dari 3 bangsa di KB, Iranunya, Bajaunya juga Dusunnya. Apalah sangat jika memperkatakan sesuatu mengenai kelemahan suku ini untuk diperjelaskan secara lebih terbuka dan matang.

Suatu ketika Blog KELAPA MAWAR dipergunakan oleh seseorang untuk ';menyerang' peribadi seseorang, maka saya mengambil jalan mudah dengan tidak menyiarkan ulasan yang berupa serangan peribadi itu, dan KELAPA MAWAR secara terbuka memohon maaf atas kesalahan yang tidak dilakukan oleh KELAPA MAWAR, tetapi atas dasar mengutamakan perbincangan secara matang, maka KELAPA MAWAR harus bertindak sedemikian.

Selepas itu, ada pula yang mengaitkan KELAPA MAWAR sebagai sdr Musram Rakunman, walaupun sudah dinafikan oleh blogger ini. Seketika kemudian, wujud pula blogger SENYUM KAMBING yang mengaitkan KELAPA MAWAR dengan individu bernama ROSLAN HJ. MANSHOR. Blogger abu Nawas pula diwujudkan untuk mengeruhkan suasana.Dengan pelbagai tuduhan liar. Namun itu juga dinafikan sekeras-kerasnya oleh KELAPA MAWAR, bahawa individu yang disebutkan itu, BUKAN lah KELAPA MAWAR yang sebenarnya.

Apabila blogger Katakamu, mula 'mencarut' dengan pendedahan yang tidak berkaitan dengan posting KELAPA MAWAR, maka saya juga mengambil keputusan untuk tidak terlibat sama dengan tidak menyiarkan ulasan blogger ini. Tuduhan ke atas Kekandaku Seliu-liu, bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Saya hanya inginkan ulasan yang membina supaya dunia keterbukaan kita dalam cyber ini lebih bermanfaat.

Kegelisahan sdr Pipit Pekepa tentang penulisan KELAPA MAWAR, saya layan dengan penuh ilmiah dan terbuka. Atas kebertanggungjawaban saya dalam penulisan, maka KELAPA MAWAR cuba menjelaskan apa sebenarnya maksud di sebalik penulisan saya itu, biarpun KELAPA MAWAR dituduh sebagai mencetuskan isu perkauman dan menghina kaum tertentu. Namun begitu dalam soal mewujudkan 'kefahaman' ,maka itu diluar kemampuan KELAPA MAWAR. Terpulang kepada blogger berkenaan untuk memperhalusi penerangan Kelapa Mawar itu.

Maka sebagai, akhirnya, ingin KELAPA MAWAR, menyatakan dengan seseungguh dan seikhlasnya,bahawa kehadiran para blogger ini, saya amat hargai, atas keterbukaan mereka memberikan komen dan ulasan. Namun begitu harap agar, tidak ada usaha-usaha tertentu untuk mengaibkan orang lain dengan ulasan yang sangat menyimpang dari isu yang diperbincangkan.

Salam hormat dan sukses buat semua.

KELAPA MAWAR.

10 ulasan :

Murai.KB said...

salam kelapa mawar

saya telah mengatakan kepada rakan blogger yang lain, buat apa mengenalpasti siapa kelapa mawar, kerana tujuan nya hanya lah untuk tontonan kita sebagai penduduk kb yang di pimpin oleh beberapa tokoh politik.

kegagalan dan masalah yang di hadapi oleh pemimpin ini harus kita ketahui untuk mengatasi masalah bersama, namun ramai blogger yang tidak berpuas hati.

saya dgn jujur menyokong penulisan kelapa mawar ini. walaupun hakikat nya ada sesetengah penulisan kelapa mawar yang kurang releven, namun saya ambil itu sebagai kekhilafan sebagai seorang penulis blog.

terus penulisan anda, murai.kb sentiasa menyokong andaaaaaa!!!!

Pak Cik Amin said...

Seharusnya idea diteruskan jangan mudah mengalah dan mneyalahkan orang lain...

paparkan yang benar biarpun pahit untuk ditelan..

Katakamu said...

Kelapa mawar..

siapa yang buat serangan peribadi..saya atau si Azrone ?

Saya ada bukti yang kukuh bahawa itu blog sitti farhana adalah blog si Azrone..

dan juga beberapa blog yang lain.

saya boleh jumpa dengan Kelapa Mawar kalau mau bukti itu..tetapi dengan syarat, kelapa mawar kena keluarkan dalam blog nanti..

harap ulasan ini dapat dikeluarkan.

PIPIT PEKEPA' said...

Salam. Kelapa Mawar adalah anaknda saya. Kalau KM menghina saya yang tegur. Itu hak saya sebagai ayahnda. Rotanpun, kalu saya ada kesempatan, saya akan rotan.

Ingatlah jangan terpengaruh dengan "heretan" emosi penulis tertentu yang memperkata tentang suku dan bangsa orang lain sehinggalah keturunan orang lain. Elakkan dengan sebenar-benar elak dari memperkecil sumbangan orang lain walaupun sekecil-kecilnya kerana kita bukan penilai yang hakiki dan Haq. Allah SWT jua yang berhak.

Saya tidak akan membiarkan ananda-anaknda saya mencarut dan menghina. Saya pasti rotan walau siapapun.

Semoga anaknda-anaknda seklian sentiasa dilindungi Allah SWT dari perbuatan yang buruk dan mungkar. Allahu Akbar.

Ingat Rotan Masih Di tangan Ayahnda. Pasutku kam dangan-dangan amun nia mekali!
SEMBIRAIKU.

bayugunung said...

Hidup kelapa Mawar!

kelapa mawar said...

Sdr Murai KB..

Ma kasih atas sokongan sdr Murai Kb dgn KM, saya amat bersyukur kerana masih ada blogger byg minat mengikuti penulisan KM

Semoga sdr juga terus memeriah dunia cyber di daerajh kita.

kelapa mawar said...

Pakcik Amin..

ma kasih atas nasihat yang berguna itu saya amat menghargainya..atas sokongan pak cik saya ucapan ribuan ma kasih ..

semoga pak cik dan keluarga terus sukses.

kelapa mawar said...

Sdr katakamu..

ma kasih kerana terus memberikan ulasan biarpun saya merasakan isu ini cukup setakat di sini sahaja..kita berikan idea yang releven untuk kemajuan kita..

salam sekali lagi.

kelapa mawar said...

Ayahanda Pipit Pekepa..

ma kasih atas pandangan itu, namun KM mengharapkan agar sdr terus memberikan komitmen atas penulisan ini.

semoga sdr juga terus sukses.

kelapa mawar said...

Hidup juga untuk anda Bayugunung!!

Hidup Bayugunung ! 3X