Sudah seakan menjadi trend PKR, setiapkali menceritakan halatuju perjuangan politik mereka, maka ‘Rakyat’ dikaitkan. Atas semangat ‘kebangkitan’ yakni rakyat inginkan perubahan, inginkan ketelusan, inginkan keamanahan dalam berkerajaan. Seolah-olahnya gambaran buruk terus dipalitkan kepada kerajaan BN. Seolah-olahnya, PKR dan sekutunya dalam PR, bersih dan suci dari lambakan dosa dan penyelewengan dalam profil berkerajaan. Rakyat dijadikan sebagai ‘aset’ politik, meskipun ia amat berpatutan, tetapi kerana berselindung dari apa yang dikatakan ‘kebangkitan’ rakyat ,maka sebarang isu yang melanda PKR dan PR, semuanya bisa ‘diampunkan’ kerana mereka berada dikalangan rakyat, kononnya. Benarkah atau ia adalah startegi politik berulang lewat 1998, ketika DSAI ‘diturunkan’ dari kerajaan dan parti.
Apabila DSAI dihadapkan di mahkamah atas tuduhan liwat siri II yang dihadapinya, maka ‘rakyat’ juga dipergunakan. Entahkah benar atau tidak ‘rakyat’ berada di belakang mereka. Kerana yang Nampak hanyalah beberapa kerat penyokong setia DSAI. Slogan bahawa rakyat sudah muak dengan kezaliman,penindasan dan pakatan politik jahat, Nampak begitu selekeh untuk diangkat,kerana kalau berdasarkan kepada itu,bukankah Saiful juga adalah “rakyat” yang wajar diberikan hak dan peluang untuk menuntut keadilan dan kebenaran. Dimanakah pendirian PKR dalam soal ini ..?
Ketika mahkamah persekutuan mengumumkan keputusan mengekalkan Dr. Zamry sebagai MB Perak yang sah…reaksi DSAI juga terus mengaitkan dengan isu ‘kebangkitan rakyat’ . Lihat ulasan DSAI seperti dalam blognya :
Kepada mereka yang mahu terus hidup mengabdi kepada kekuasaan, silakan, nikmatilah segala laba yang dihamburkan selagi masih berpeluang. Tunggulah saatnya nanti apabila laungan Rakyat Hakim Negara bergema menggegar bongkah-bongkah keangkuhan yang dibina dari darah dan air mata rakyat!
Bukan setakat itu sahaja,malahan Pendapat KU LI juga dijadikan sebagai penguat kepada hujah politik PKR bahawa rakyat memang inginkan perubahan dan perubahan itu ada bersama dengan PKR.
Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan raya yang adil dan saksama.
Apa yang menjadi tanda tanya kita ialah apakah benar berlakunya ‘kebangkitan’ rakyat seperti yang didakwa oleh PKR itu..? Apakah keberjayaan PR menawan 4 negeri pada PRU 12 yang lepas adalah bukti kepada ‘kebangkitan’ yang dikatakan.? Atau krisis yang mula dihadapi PR yang berselang tubi itu juga adalah signal kepada ‘kebangkitan’ rakyat yang mula sedar kerana terpedaya dan terpesona dengan permainan politik DSAI..? Fikirkanlah.
10 ulasan :
Salam KM..
kalau ada kebangkitan rakyat pun rasanya tidak berlaku di KB..
salam KM,
Satu posting menarik dari blogger harapan kota belud. apapun boleh terjadi dalam politik. masing2 ada prinsip dan persepsi sendiri. seperti KM berhak mengutarakan hujah dan pendapatnya begitu juga dengan kami. seperti saya antara penyokong tegar PAS berbeza pendapat dalam kes2 yang disebutkan. seperti kes liwat, kalaulah anda diliwat, adakah anda menghebahkan kepada umum? namun jika dibayar dengan jutaan ringgit ada kali antara kita yang mahu kan.. tu saya cuma bertanya dan anda sendiri memikirkannya. jawapan sendiri mahu ingat. tentang kasus perak kemenangan 5-0 memberi kegembiraan dengan BN perak. tahniah kepada BN kerana memperoleh kemenangan di mahkamah. bagi saya rakyat perak bertuah kerana mahkamah yang menentukan kerajaan mereka, mungkin di masa hadapan mereka tidak perlu keluar mengundi.. berhujah terus dimahkamah dan tentukan kerajaan. namun PRU13 jika rakyat diberi peluang mengundi di perak saya yakin dan pasti kemungkinan besar kemenangan 5-0 di mahkamah bertukar dengan hanya BN memenangi 5 kerusi sahaja.itu pendapat peribadi sayalh..hehehe..jangan marah ya.. di kota belud kebbangkitan rakyat boleh berlaku bergantung pada calon parti bertanding. jika sekali lagi DSSK dan TSP dipinggirkan atau DARD kekal di parlimen saya yakin dan pasti parlimen KB bakal dirampas walaupun DSSK diberi usukan.pendapat seorang budak hingusan sahaja ini tuan...
SALAM KELAPA MAWAR
kes liwat DS anwar bukan bermotifkan modal insan tp bermodal kan politik semata mata.
di kota belud, PR semakin rancak pergerakan mereka, kebangkitan masyarakat di kota belud tidak terserlah sebagimana di semenanjung. walupun bgtu masyarakat kin dpt menbezakan politik peribadi atau tidak.
murai .kb sentiasa peka dengan suasana politk di kota belud. pergerakan mereka telah di carur dengan bijak oleh kuasa politik yang bprestij.
salam hormat dari murai.kb
-muraik.b-
KM..
Isu kali ini nampak berat kerana melibatkan tokoh paling berprestij di malaysia iaitu DSAI..
Namun begitu..apa yang berlaku ini adalah bukti bahawa politik semakin dikotorkan oleh mereka yang menghalalkan apa juga bentuk fitnah dan pengaruh untuk mendapatkan kuasa..
saya setuju dengan pandangan anak buah saya watasikadi bahawa pada masa akan datang, rakyat di perak tak usah mengundi lagi..datang saja di mahkamah utk memilih pemimpin..hahahahah
Salam KM,
Kecundangnya PR di Perak, kalau kita masih ingat bahawa Nizar yg memilih sistem kehakiman sebagai pengadilan dan penyelesaian, dia yg membawa kes ke Mahkamah kerana tidak puas hati dgn " MOHON DERHAKA" terhadap perlaksanaan bidang kuasa Sultan Perak....pada 13/02/2009 ketika memfailkan tuntutan supaya dirinya diisytiharkan sebagai MB Perak yg sah, Nizar pasti mempunyai keyakinan terhadap kebebasan dan keadilan sistem kehakiman, Mahkamah Tinggi menyebelahainya pada 11/05/2009, Nizar dan pembangkang menyifatkan keputusan tepat, sehari kemudian apabila Mahkamah Rayuan menangguhkan perlaksanaan keputusan ini mereka kembali mencemuh sistem yang sama...apa ceta ni En. Nizar, kena akur lah dgn keputusan Mahkamah yg awak sendiri memilih utk mencari jalan penyelesaian.
Salam kembali Watababai..
kebangkitan rakyat berlaku di mana-mana mungkin cepat atau lambat sahaja yang berbeza.
ma kasih kerana berkunjung.
sdr watasikadi..
ma kasih atas sokongan sdr dalam setiap penulisan KM, saya amat-amat menghargainya. Walaupun pandangan kita berbeza namun kita tetap sama dari segi perjuangan memertabatkan masyarakat di Kb ini..
saya amat tertarik dengan pandangan sdr bahawa di masa hadapan rakyat perak tidak perlu keluar mengundi...
ia membuatkan saya berfikir tentang itu.
sdr Muraikb..
saya hargai kehadiran sdr dalam isu ini..sekiranya isu liwat DSAI itu bermotifkan politik maka sewajarnya dihentikan..rakyat adalah hakim yang sentiasa membuat penilaian.
Pakcik Amin...
politik bukan kotor tetapi kadangkala manusia yang mengotorkannya.
ma kasih atas sokongan ini
Sdr kunyit....
Saya amat menhgargai idea dan pengetahuan sdr mengenai hal ini. saya begitu teruja membacanya kerana ia adalah rententan kepada peristiwa yang berlaku..
ma kasih kerana memberikan pandangan.
Post a Comment