Monday, February 15, 2010


DSSK Dan TSIS : Popular dalam parti atau di mata rakyat ?


Kedua-dua tokoh Umno ini mungkin ada persamaan yang boleh diperkatakan, biarpun nyata banyak perbezaan yang juga boleh diperbincangkan. Tetapi atas factor Umno telah merentes perubahan ahli dan organisasinya. Dan atas nama Umno akan menjadi “juara rakyat” kepada rakyat. Adalah berpatutan jika dua tokoh ini dilihat dari segi persamaan percaturan politik mereka dan kehendak akar umbi yang menuntut kepada pertimbangan rakyat di kawasan yang mereka menjadi wakil rakyat.



Walaupun DSSK hanya pernah menyandang jawatan sebagai MT Umno, dan Tan Sri (TSIS )Isa Samad pernah menjadi naib presiden, namun kedua-dua pernah menjawat jawatan tertinggi eksekutif di negeri masing-masing. TSIS pernah menjadi MB negeri Semibilan dalam jangka masa yang panjang, berbeza dengan DSSK yang bernasib baik menjadi CM sabah hanya kerana “ehsan” system penggiliran Ketua Menteri yang begitu kontravesi dari segi hak perundangan dan kelogikan politik pada waktu itu. Singkat , kerana DSSK hanya lebih kurang 18 bulan menjadi CM.



Apabila TSIS didapati bersalah oleh J/kuasa displin parti kerana kesalahan Politik wang, maka jawatan sebagai menteri Persekutuan dan Naib Presiden Umno terpaksa ‘dilepaskan’ dan seketika, TSIS menjadi ‘rakyat’ biasa dalam heareki politik Negara. Begitu juga DSSK apabila di’gugurkan’ dalam pru 12 beliau menjadi tidak ‘ketentuan’ dan ‘sasau’ politiknya.Walaupun kembali bertaut pada USBO sebuah NGO yang 'dipolitikkan".



Ketika PRK di Bangan Pinang, TSIS adalah calon yang dipertimbangkan biarpun pelbagai pandangan diberikan termasuk Tun Mahathir Mohammad yang menyarankan supaya calon yang bersih dipilih untuk melonjakkan imej parti yang ketika itu sudah semakin merudum ekoran pengurangan majority dalam Parlimen. Tetapi atas kehendak akar umbi dan kepopularan TSIS di mata para pengundi, maka TSIS telah mencapai kemenangan yang begitu memukau sehingga menjadi ‘asas’ kepada kebangkitan semula semangat perjuangan ahli Umno setelah beberapa kali dalam PRK sebelumnya ‘diaibkan’ oleh PR. Dalam konteks inilah, memberikan satu bayangan kepada seluruhnya rakyat dan UMNO bahawa popular dalam parti bukan sandaran penting menjadi popular di mata rakyat.



Apakah DSSK juga dilihat dari sudut popular dalam parti akan menjadi sebegitu popular di mata rakyat..? Penerimaan DSSK semula dalam rangka dan teras pentabdiran Musa Aman dengan pelantikkannya sebagai Penasihat bertaraf menteri..apakah ini juga akan membuka ruang yang maha luas untuk menjadi “penasihat” kepada rakyat di Kota Belud..?



Jika disandarkan penelitian politik ini di Kota Belud, maka akan ada kemungkinan DSSK dicalonkan semula.. Namun kalaupun menjadi wakil rakyat apalah ertinya jika majority kemenangan hanya mencatat ratusan orang sahaja. Kalau TSIS Berjaya memulihkan imej dan perjuangan UMNO, apakah DSSK jika tercalon pada PRU 13 akan datang juga dapat memelihara dan memulihara kembali Imej UMNO di Kota Belud? Bersama kita tunggu, kerana dalam politik imej parti dan calon adalah antara dua perkara yang berbeza.

2 ulasan :

Penyokong Datuk salleh said...

Assalamuwalaikum...Kelapa Mawar.

sudah sekian lama saya memerhatikan penulisan Kelapa Mawar ini..kadang-kadang logik kadang-kadang langsung tidak masuk akal..

Macaam mana DSSK bole diszamakan dgn Tan Sri Isa..sbb DSSK tidak disabitkan dgn rasuyah dan politik wang sedangkan Isa Samad sudah digantung dari jawatan Umno..

kalau nak buat perbandingan,,,buatlah betul-betul..jangan asyik nakkelirukan orang ramai sahaja.

kelapa mawar said...

sdr penokong dssk..

ma kasih atas pandangan.. hasrap sdr dpt bersabar dan membaca kembali artikel ini