Friday, February 19, 2010


Kalakau, 55, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Buruh pada tahun 1986 hingga 1990 dan merupakan Ketua Pemuda Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) negeri selama 12 tahun sejak 1985.


Bukan sedikit yang mempersendakan keputusan Kalakau Untol yang mengisytiharkan keluar dari BN dan memberi bayangan akan menyertai PKR. Kerana kata mereka di saat PKR bergelumang dengan 'najis' politik yang maha kotor iaitu 'perpecahan' sehingga membawa kepada tidak kurang dari 5 orang MP nya meninggalkan parti itu, dan ketika BN kata mereka hampir kebah dari 'demam' kurang 2/3 di Parlimen..maka ramai yang mempertikaikan bahawa 'keputusan' Kalakau Untol itu satu percaturan politik yang menguntungkan.


Malahan bagi BN di Sabah, Kalakau Untol bukanlah "policital performens" yang wajar dikesali keputusannya meninggalkan BN. Kerana dari rekod sedia ada politik di Sabah,Kalakau Untol hanyalah nama yang sudah lama dilupakan kerana dalam sejarahnya,hanya PBS sahaja yang memberikannya gelaran 'wakil rakyat' itu pun sekali dan selepas itu, sama ada dalam AKAR dan kini UPKO, personaliti politik ini nyata 'gagal' menyerlah, terutama di Tuaran dan sekitarnya. Oleh yang demikian, apalah sangat jika kalakau Untol meninggalkan UPKO dan BN.


Keputusan Datuk kalakau Untol ini, harus dilihat dari persepsi yang seimbang, iaitu tidak terkongkong oleh minda politik berat sebelah yang kebanyakkan dimiliki oleh pemerhati sedia ada. Kerana bagi PKR Sabah, Datuk Kalakau Untol adalah 'aset' yang bernilai dalam usaha memantapkan penyatuan PKR Sabah.


Mungkin Datuk Kalakau Untol, selain Dr. Jeffry yang dari suku KDM dalam PKR Sabah yang memberikan kelebihan sokongan puak itu kepada pembangkang. walaupun seawalnya dikatakan Datuk Kalakau Untol bukan 'pemain' politik yang baik,namun pengalaman dan keterlibatannya dalam PBS, AKAR dan UPKO akan memberikan satu 'alternatif' kepada puak KDM di Sabah. Aura Dr. Jeffry yang mula menurun dengan tindakannya cuba-cuba meninggalkan PKR dan berbalah dengan team Datuk Ansari akan menjadikan Datuk Kalakau Untol sebagai 'penenang' kepada kemelut itu.


Walaupun di sandarkan bahawa Datuk Kalakau Untol akan bertanding atas tiket PKR pada PRU 13 akan datang di kawasan Tuaran, sama ada kerusi Adun atau Parlimen, seharusnya keadaan ini akan menjadi lebih menarik, kerana di Tuaran Datuk Ansari akan lebih 'bertenaga' dengan kehadiran Datuk Kalakau Untol ini.


Persoalan sama ada PKR akan berjaya memenangi 1 atau keseluruhan 3 Adun atau MP Tuaran adalah masih terlalu awal kerana jalan PKR masih berliku. Di peringkat Pusat bercakaran, di Sabah berbalahan. Namun dari sudut politik PKR, 'kehadiran' Datuk kalakau Untol adalah amat berharga untuk 'menggertak' Dr Jeffry dan membuatkan MP Tuaran, mula kepanasan.


Sudah sampai masanya, puak KDM melihat bukan satu bahkan dua atau lebih kredibiliti pemimpin puak ini dalam PKR . Bukan hanya kata orang Sabah "sumur-umur" Dr. Jefry !. Maka disinilah letakkan pengukuhan sokongan mereka kepada PKR. Biarpun ada parti alternatif seperti UpKO dan PBS, namun jangan lupa bahawa Dr Jefrry masih dilihat sebagai pejuang Sabahan yang harus diberikan sokongan. Kelantangannya memperjuangkan 'hak-hak" Sabah dalam 20 Perkara masih dijadikan asas kepada sokongan itu.


Dan inilah juga yang dikatakan oleh Kalakau Untol ketika menjawab pertanyaan Pemberita bahawa beliau telah kehilangan kepercayaan kepada kerajaaan BN dalam mengembalikan hak dan kedaulatan negeri Sabah terutama dalam isu Pendatang Tanpa Izin. Walaupun ia hanyalah premis politik semata-mata, namun bagi golongan atas pagar dalam puak KDM, ia adalah antara penerus perjuangan Dr. Jefrry.


Jika menjadi kenyataan, bahawa Datuk kalakau Untol akan bertanding di Parlimen Tuaran pada PRU 13 akan datang maka ia akan nampak lebih menarik apatah lagi sebagai ujian kepada perjuangannya menggunakan pentas politik yang berbeza. Sama ada'untung' atau 'rugi' kepada PKR akan terjawab sejurus selepas PRU 13 .

Dari sudut lain, kata-kata Kalakau Untol ini harus difikirkan:


“Saya yakin dengan kesepakatan pimpinan Pakatan Rakyat dalam konvensyen yang pertama yang diadakan tahun lalu, di mana mereka bersetuju menyemak semula kepentingan negeri Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam 20 Perkara untuk Sabah dan 18 Perkara untuk Sarawak, seperti yang telah dipersetujui dalam rundingan pelbagai pihak semasa penubuhan negara Malaysia pada tahun 1963.

“Perkara dan agenda ini hanya akan dapat direalisasikan dengan pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang baru di bawah pimpinan Pakatan Rakyat. Begitu juga dengan isu pendatang tanpa izin (Pati), perkara ini yang telah berlarutan sekian lama tidak akan dapat diatasi oleh pemerintahan kerajaan BN,”

5 ulasan :

Unknown said...

salam KM,

Datuk Kalakau Untol adalah specis pejuang politik yang hampir pupus di Sabah! Berapa ramai pemimpin politik seperti Kalakau yang berada dalam zone selesa, sebagai Pengerusi syarikat dan orang penting dalam parti UPKO kerana hubungan rapat dengan Presiden tetapi meninggalkan BN??

Saya bersama Kalakau beberapa bulan lalu. Kami berbincang mengenai isu Sabah, hak anak negeri,termasuk isu perjanjian 20 Perkara dan lain-lain isu yang berkaitan.

Isu kepentingan Sabah, hakikatnya bukan isu Dr Jeffrey tetapi isu yang melibatkan kepentingan semua rakyat Sabah. Malangnya tidak semua berani seperti Kalakau. Atau barangkali juga pemimpin-pemimpin Sabah dalam BN ada saluran lain untuk menyatakan perasaan mereka. Barangkali...

Hanya yang musykilkan saya ialah sejauhmana keberanian mereka membawa suara hati rakyat termasuk golongan muda yang semakin tidak puas hati dengan "Federalism" dalam semua aspek pentadbiran negeri Sabah di ketika mereka ada kepentingan perniagaan dan menjaga kedudukan dalam kerajaan?

salam MO

Pak Cik Amin said...

Salam anakanada KM..

saya masih kebingungan melihat telatah Kalakau Untol ini, kerana tidak cukup dgn keselesaannya dalam BN di menganut fahaman PKR pula.

Siapa yang berjaya menarik minat KU masuk PKR ? Ansari, Tamrin, atau DR Jefrry sendiri..? kalau berpandukan kp sidang berita yg dibuatnya hanya Ansari yg hadir dan beberapa pemimpin kecil PKR Tuaran..

ertinya Ansari puya kejayaan mempengaruhi KU masuk PKR..ini menaikkan imej Ansari di mata DSAI...

kelapa mawar said...

Salam kembali sdr MO..

saya berterima kasih atas maklumat ini ia amat bermakna

saya tertarik dengan idea dan persoalan sdr ini..

Hanya yang musykilkan saya ialah sejauhmana keberanian mereka membawa suara hati rakyat termasuk golongan muda yang semakin tidak puas hati dengan "Federalism" dalam semua aspek pentadbiran negeri Sabah di ketika mereka ada kepentingan perniagaan dan menjaga kedudukan dalam kerajaan?

ia harus difikirkan.

kelapa mawar said...

pakcik Amin..

ma kasih kerana datang memebrikan komen mengenai perkara ini.

SUARA RAKYAT KUNAK said...

Salam KM, Pendapat saya macam ini, Kalakau Untul mewakili sebahagian dari Suku KDM, untung hya PKR Sabah ialah, buatmasa ini ada 2 Pemimpin yang mewakili KDM, jadi kalau merajuk 1, ada lagi 1. Sebab Pemimpin ini kalau merajuk susah di pujuk. Walau pun Kalakau Untol nama yang jarang di sebut2, tetapi tempias nya amat besar bagi Dun yang di wakili nya. Saya dari Suara Rakyat Kunak mengucap kan tahnia kepada En, Kalakau Untol anda ada lah Pejuang Rakyat KDM. Saya berharap agar ramai lagi Pemimpin BN menyertai PKR.