Thursday, February 25, 2010



Apabila Najib membayangkan bahawa akan berlaku proses Re-branding BN pada Konvensyen yang akan diadakan pada penghujung tahun ini, ramai yang mula membuat perkiraan politik. Melihat impak dan ketelusan hajat Najib ini. Membuka secara terus keahlian BN kepada 3 kumpulan sasar iaitu, orang-perseorangan, NGO dan kumpulan politik menggambarkan satu lagi transformasi drastic ‘bakal’ meninggalkan parti-parti komponen BN yang masih ‘bergelumang” dengan krisis dalaman yang tragis. Bisa membuatkan MCA, MIC, GERAKAN DAN PPP tidak senang duduk lantaran masalah dalaman parti mereka belum pun menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang memberangsangkan. Maka bagaimanakah, ‘Proses Re-branding ini bisa diikuti ..? Logiknya, disaat parti komponen lain masih ‘bergulap gulita” dengan pelbagai krisis kepimpinan, bagaimana Transformasi BN ini menjadi reality?



Di satu sudut pandang lain, cerita meminda beberapa fasal perlembangaan BN ini, dilihat mempunyai ‘dalang’ di sebaliknya. Ramai pemerhati politik yang kontra BN mengandaikan dengan seseungguhnya bahawa Tun Mahathir menjadi ‘mentor’ tersembunyi mengenai hal ini. Kerana mereka beranggapan bahawa ketika era Pak Lah, bukan kepalang ramainya, orang-orangan Tun Mahathir yang dikesampingkan dan gagal mendapat tempat, selain daripada beberapa kerat yang menerima pemecatan dari UMNO yang kemudiannya bergerak dalam Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan kecenderungan kepada UMNO.



Ramai yang tahu bahawa disebalik NGO PERKASA , adalah Tun Mahathir, dan Presidennya Ibrahim Ali adalah antara yang begitu menyanjungi mantan PM ini. Kerana iaitu apabila PERKASA ditubuhkan, maka orang-orang Tun Mahathir berpusu-pusu menganggotainya. PERKASA sekarang begitu signifikan sebagai berada di belakang ‘keputusan’ kerajaan BN. Maka desas-desus kedengaran bahawa proses Transformasi BN yang bakal direalisasikan itu, akan ‘menjemput’ Ibrahim Ali dan ahli Perkasanya untuk menyatakan ‘sokongan’ berpadu kepada UBN. Walaupun masih banyak NGO lain yang boleh dibawa bersama seperti ABIM, MBM dan lain-lain, tetapi PERKASA lah yang akan mendahului NGO-NGO ini.



Dari sudut positif, proses Transformasi ini akan lebih memantapkan BN, terutama kepada kemasukan ahli secara terus. Walaupun pembukaaan keahlian ini mendapat reaksi berbeza dari Tun Mahathir, dengan ulasan yang cukup memberi gambaran akan keberkesanannya “ Boleh dipertimbangkan”, Namun ramai yang melihat bahawa BN akan terus dengan agendanya ‘membawa’ masuk ramai penyokong UMNO dan BN yang telah ‘meninggalkan’ parti itu atas beberapa ketidakserasian dengan pucuk pimpinan sebelumnya. Apa yang agak membimbangkan ialah, apakah kayu ukur kepada keterbukaan Najib dalam perkara ini ..? Adakah jaminan bahawa NGO dan orang perseorangan yang ‘memasuki’ sempadan politik BN ini adalah benar-benar Ikhlas..? atau ia akan menjadi seperti ‘anai-anai’ yang memakan keutuhan kayu BN dari dalam ?



Tidak cukup dengan itu, pemerhati yang cenderung kepada pembangkang, juga melihat bahawa ia adalah satu usaha untuk menyingkirkan orang-orangan Pak Lah termasuk KJ dari terus menyusun gerak mereka ‘menguasai’ peradaban politik UMNO. Pada PRU 13, akan datang ramai juga yang berkeyakinan bahawa akan ramai ”calon Helikopter” dan “bidan terjun” BN pada PRU12 yang lepas ‘bakal’ digugurkan.



Tidak dapat kita pastikan sangat, akan keikhlasan itu..tetapi dari gerak dan isyarat Najib..memperlihatkan bahawa ‘kelajuan’ keretapi yang menjadi kenderaan Najib tidak dikurangkan had lajunya, malahan sudah dipasang dengan turbo berganda meninggalkan ramai penumpang yang masih bermegah dengan V6 perdana mereka.Namun harus diingat bahawa ‘kemalangan’ keretapi biasanya melibatkan kesemua gerabak panjangnya. Di mana Najib dan PERKASA pada waktu itu..?

6 ulasan :

Unknown said...

salam KM,

berjaya dan gagalnya politik diukur dengan nombor atau bilangan bukan keikhlasan. kalau bilangan kerusi BN lebih banyak dari PR maka BN yang berkuasa walaupun mungkin daripada bilangan itu ada yang tidak ikhlas.

mengukur ikhlas atau tidak dalam konteks politik belum ada kayu ukurnya yang dipersetujui. mungkin jika dilihat secara kasar tindakan 3 ADUN Perak, 1 Adun Selangor, MP Pulau Pinang Datuk Zahrain sebagai tidak ikhlas kepada PR. tetapi kepada BN apa istilahnya?

jika terlalu banyak keraguan terhadap sesiapa yang sokong BN dan sentiasa melihat keikhlasan, lebih baik BN jgn terima sesiapa jadi ahli atau penyokong! samada individu atau NGO.

Namun ingat akhirnya "its just a numbers game" kata Datuk Najib. kalau number cukup sudah tentu 16 September Anwar jadi kenyataan.

Kelapa Mawar berilah cadangan bagaimana mengukur keikhlasan kerana setahu saya keikhlasan itu adalah antara individu dengan Tuhan.

Saya memimpin PERKASA di Sabah juga dipersoalkan keikhlasan saya.

Salam MO.

kelapa mawar said...

Salam Sdr MO..

ai sdr kenapa terlalu sensitif lagaknya?

Posting KM ini hanya satu pandangan dari sudut petentangan dgn pandangan sedia ada yg ada dalam minda penyokong BN dan Perkasa..

Ia bukan mempersendakan keikhlasan Sdr MO..

Dalam politik unsur keikhlasan seharusnya dijadikan "paksi" kerana ia adalah 'amanah'. Bagaimana agaknya kita berhadapan dgn Tuhan tatkala kita hanya mementingkan "number" dan bukan 'ikhlasan' kita membela nasib rakyat.

memang keikhlasan itu milik ilahi yang dipinjamkan kp manusia..alangkah indahnya ahli pollitik kita yang benar-benar ikhlas utk memperjunagkan nasib bangsanya yg mundur..

sekarang ramai yang berselindung di sebalik keikhlasan..sedangkan lebih mementingkan diri...

semoga sdr MO terus memimpin PERKASA Sabah..

KM ingin melihat lebih dekat bagaimana PERKASA di bawah Sdr MO.

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar Dan Sdra Musli

Dalam membicarakan persoalan yang agak serius lagi ‘High level talks’ ini, ada lah terlalu awal untuk menentukan sejauh mana kah kesan Re-branding BN-Najib style ini, kepada rakyat Malaysia, terutama sekali kepada penggundi-pengundi di Malaysia Timur ini.

Saya setuju bahawa ada petanda, Najib telus dalam usaha beliau untuk menyatu padu rakyat di Negara ini melalui Tranformasi dan program 1Malaysia.

However, kemuskilan mungkin timbul sama ada pemimpin bawahan beliau mampu menari mengikut rentak musik yang Najib main kan.

Contoh nya di Sabah, kita maseh menunggu-menunggu sejauh mana kah usaha pemimpin-pemimpin di sini bergerak laju dalam menarik minat rakyat untuk mencintai BN semula saperti sedia kala. Terutama sekali UBN.

Setakat ini, kita belum pun melihat aktiviti cergas UBN Sabah dalam mempromosikan sistem re-branding itu disini.

Seada nya, pemimpin UBN di sini maseh belum pun bermula untuk bergerak aktif untuk menyusun semula cawangan masing-masing.

Saya pernah berbincang dengan beberapa orang ketua cawangan UMNO di kawasan Tuaran sama ada mereka telah berinterksi dengan pemimpin-pemimpin bahagian mereka dalam usaha untuk menghidupkan kembali semangat ahli-ahli mereka di peringkat cawangan selaras dengan kehendak BN Pusat.

Malang nya, hingga setakat ini, mereka belum pun di hubungi mengenai perkara tersebut. Maseh menunggu kata mereka.

Pada pandangan peribadi saya, ada lah amat susah untuk badan NGO yang pro BN saperti PERKASA untuk menjalankan missi dan tugas mereka dengan cemerlang kalau instituasi politik BN itu sendiri maseh belum bergerak.

Disamping itu, kesangsian dikalangan mereka maseh belum diselaraskan dengan sepenuh nya.
Atau pun mungkin UBN Sabah itu mempunyai agenda tersendiri ?

Apa-apa pun, rakyat dan penggundi juga akan jadi penentu sama ada usaha Najib ini ada impak atau pun tidak di masa akan datang..Kita pasti nya sedang menanti.

Semuga kalian sukses

Senjaliza said...

MO, Sly, and KM.
Illusion is something beyond our reach as ordinary human beings. Why do we go around the bushes in this posting. Perkasa and BN convention are both in reality NOT illusion. Anybody suffering from hallucination? Well, continue going around the bushes BUT at the end you'ld see none! Be real and go real. Love perjuangan membela bangsa Agama dan tanahair w/o no question asked.

-noreen PJ.

kelapa mawar said...

salam sdr Solymone..


ketangkasan sdr membaca dan menyelami setiap posting KM begitu mengagumkan saya... Kerana apa sdr berfikiran demikian ? nyata cukup menhairankan saya..tetapi saya bersyukur yang sangat-sangat kerana sdr mampu memberikan idea yang begitu terbuka dan neutral..

Inilah isu yang mendebarkan kita di Sabah..bagaimana program dan pendekatan BN yang tidak pernah berubah dalam menyelami hati rakyat..

perubahan yang dibuat bukan sahaj meninggalkan ramai pemimpin BN dalam kotak fikir mereka sendiri tetapi turut membimbangkan rakyat..


Saya juga bertanya kepada beberapa sebilangan penyokong BN di peringkat bawahan, apakah bahang perubahan itu turut dirasai oleh mereka, nampaknya mereka menjawab bahawa perubahan yang dikhendaki oleh pucuk pimpinan begitu lambat utk sampai di peringkat akar umbi..mana silapnya?

mas kasih atas kunjungan ini..semoga sdr terus sukses.

kelapa mawar said...

Dear SL..

Live illusion when we think that all those happened were of interest in on the other hand.

Strong which comprises of Tun Mahathir 's people would ensure that in they UMNO be back in accept.

Good PERKASA or UMNO "berilusi", real we expect so that UMNO free from Opportunis grip.

Many political analysts thought that PERKASA is platforma Tun Mahathir to return approach UMNO. Ibrahim Ali not only is Tun 's faithful follower Mahathir but also have been fired from UMNO..

What scarecrow acceptance such in BN will guarantee BN integrity as political party which are undergoing changes?

Thanks...