Tidak ramai yang mengetahui bahawa pekan Kota Belud selain daripada pernah mengeluarkan variasi kepimpinan politik yang dominan, pekan tanah tumpah darah pejuang ini nyata mempunyai keunikan tersendiri dari segi politik berbanding dari pekan atau daerah lain di sabah. Kerana masyarakat yang mendiami pekan koboi ini, saban waktu sepanjang tahun, disensaiskan dengan cerita-cerita politik yang sentiasa panas dan bercelaru.
Apakah tidak, kalau dulunya kedai-kedai kopi atau restoran di pekan ini sentiasa sesak dengan pengunjung yang hanya menghirup secawan kopi atau teh panas tetapi duduk berjam-jam untuk mendengar tukang karut dan penglipurlara politik yang sentiasa menyajikan dengan isu dan perkembangan terkini ahli-ahli politik dan pemimpin di daerah ini.
Nampak gayanya, budaya bercerita di kedai kopi ini terus diwarisi oleh generasi baru masa kini yang turut mengatur skrip lakonan politik di daerah ini. Bermula dengan cerita-cerita bahawa akan bakal berlaku perubahan di daerah ini lewat PRU 13 akan datang, dengan andaian bahawa jika pun tidak ada calon pembangkang terutama PKR dan PAS dapat merebut kerusi Dun , namun kata mereka akan berlaku penurunan undi yang paling mengaibkan. Kerana mereka kata, pemimpin politik yang ada di KB sekarang, Nampak luarnya berkebolehan tetapi kusut dengan kemelut persefahaman antara mereka.
Apabila saya berkesempatan mendengar celoteh politik yang mendebarkan itu , rasanya ada berangkalian cerita itu menjadi mitos dan ada juga kebarangkalian ia akan menjadi reality. Itulah dunia politik di KB terus diulit seribu macam perkiraan dan cerita sensasi yang mengasyikkan.
Golongan muda di KB, dikatakan oleh segolongan daripada tukang cerita di kedai kopi ini, bukannya tidak berminat dengan parti UMNO, tetapi muak dengan kepimpinan sedia ada yang dilihat terlalu bersengketa. Datuk Salleh dan datuk haji Musbah dikatakan tidak mempunyai kesepakatan politik yang boleh dicontohi. Dari satu segi mereka mempertikaikan kewajaran datuk salleh menjadi penasihat sains kepada CM. Kerana kata mereka DSSK hanya mempergunakan USBO sebagai loncatan untuk kepentingan politik peribadinya.
Selama ini kata mereka USBO tidak ada program berkesan untuk membela sekumpulan suku yang bernaung di bawahnya. Apakah benar atau mungkin boleh diperbahaskan secara lebih terperinci. Kewibawan DSSK juga terus dipersoalkan sejurus selepas berlakunya banjir besar yang melanda Kota Belud beberapa bulan yang lepas. Bukan sahaja Ketua UMNO KB ini gagal melaksanakan tanggungjawab secara peribadinya, sebagai mantan pemimpin terulung di Kb dengan rekod pernah menyandang sebagai ADUN Usukan dan MP Kota Belud,malahan peranan sebagai ketua UMNO bahagian juga gagal dipelihara dengan baik dan berkesan. Malahan kata seorang AJK UMNO Bahagian Kota Belud yang sempat saya temui dan dengar penjelasannya juga mempertikaikan peranan DSSK yang hanya mengadakan mesyuarat Umno Bahagian secara alah kadar, sedangkan resolusi mesyuarat tidak pernah dilaksanakan.
Jika bersandarkan kepada ucapan Datuk seri Najib Tun razak beberapa minggu lepas bahawa wujud sekelompok pemimpin dalam parti yang tidak diterima oleh masyarakat, maka ia menjadi satu cabaran kepada UMNO terutama dalam pemilihan calon PRU akan datang. Justeru adakah kelompok itu sudah ada dalam UMNO Bahian KB..?
Kecelaruan politik KB juga tidak sunyi daripada cerita-cerita panas terutama MP Kota Belud Datuk Rahman Dahlan. Biarpun pemimpin muda ini begitu bersemangat membuat perubahan dan merealisasikan pembangunan di daerah ini, namun kata mereka ada juga terdapat beberapa isu yang menyemarakkan ketidak puasan hati kepada MP kota Belud ini. Selain daripada lawatannya ke kampung-kampung yang mengusung para wartawan dan pemberita, ia juga menjadi bahan lawak jenaka di kalangan peminat Sarapan pagi di restoran di KB ini. Ketika banjir besar yang lepas Datuk Rahman dengan tabiatnya membawa pemberita dan wartawan termasuk TV 3 menaiki helicopter meninjau keadaan banjir yang berlaku di daerah ini. Dari satu segi ada baiknya kata mereka kerana ia memberikan info sebenar keadaan malapetaka itu, namun ia sewajarnya di buat dengan niat yang ikhlas terutama ketika mengagih-agihkan bantuan kepada mangsa banjir.
Dan terbaru ialah apabila MP Kota Belud itu menubuhkan satu skuad yang bertujuan untuk menerangkan isu pembangunan di perkampungan di daerah ini.Termasuk kata mereka membantu dan menolong serta mengenalpasti keadaan kampung yang harus diberikan keutamaan. Namun kata mereka skuad ini, hanya luaran sahaja kerana data E-kasih pun di Kota Belud bercelaru dan bercampur aduk dengan senarai nama yang sepatutnya tidak layak memperolehi bantuan. Sewajarnya kes seumpama itu diberikan perhatian den keutamaan.
12 ulasan :
salam kelapa mawar
sekali lagi saya tertarik dengan penulisan ini.
menurut murai, golongan muda tidak menolak 100% kepimpinan UMNO di kota belud, hanya segelintir kepimpinan sahaja. golongan muda ada nafsu untuk berpolitik juga, tapi persoalan nya politik yang bagaimana? adakah politik yang sedi a ada atau politik yang diperbaharui inti pati nya?
UMNO kb sedikit sebanyak membantu golongan muda juga sebenarnya antaranya untuk menjadi pemerhati senario politik yang berlaku, tapi perlu di fahamkan pemerhati politik di daerah ini memerhati senario politik bukan senario the movie pemimpin.
murai.kb.
KM,
Saya terpanggil untuk menjelaskan beberapa fakta yang terkandung dalam penulisan anda supaya pembaca anda akan dapat memahami keadaan sebenarnya.
(1) Helikopter yang digunakan adalah ehsan Kerajaan Persekutuan melalui program perkhidmatan helikpoter untuk MP. Helikopter tersebut hanya mampu membawa 4 orang penumpang. Saya bawa kedua-dua ADUN Tempasuk dan Usukan bersama pegawai daerah kerana merasakan mereka perlu melihat keadaan banjir di kawasan masing-masing melalui udara. Dan ternyata ianya berkesan kerana melalui pemandangan dari udara barulah keadaan banjir secara keseluruhan nampak di depan mata.
(2) Wartawan TV3 tidak pernah dijemput untuk bersama-sama saya menaiki helikopter. Mereka hadir di Kota Belud pada pagi itu kerana memang mereka mahu membuat liputan berita banjir dan kebetulan Kota Belud adalah antara daerah yang terjejas teruk.
Mereka hanya sempat menemuramah kami berempat setelah mereka dengar kami akan mendarat di kawasan Taun Gusi. Setelah kami mendarat, mereka bergegas ke lokasi pendaratan untuk menemuramah kami.
Dan oleh kerana mereka mahu visual dari udara untuk dirakamkan, maka saya benarkan mereka menaiki helikopter itu untuk 10 minit (memandangkan minyak amat terhad) supaya dapat merakamkan visual tersebut.
Tiada motif politik sama sekali.
(3) Berkenaan dengan Skuad169, saya tubuhkan pasukan sukarelawan itu setelah mendapati orang-orang kampung dan peniaga kecil-kecilan dan sederhana di Kota Belud tidak mendapat maklumat mengenai peluang-peluang perniagaan, peluang berkursus, peluang mendapatkan dana dan tabung bantuan kerajaan. Bayangkan kerajaan mengumumkan dana atau tabung beratus juta, tetapi rakyat kebanyakkan di Kota Belud tidak mendapat maklumat tersebut. Bukankah itu satu kerugian besar. Kerajaan perihatin dan mengujudkan banyak program tetapi malangnya maklumat tidak sampai kebawah.
Selain dari itu, Skuad169 ini akan dijadikan platform atau landasan untuk generasi muda menyemarakkan semangat sukarelawan di kalangan mereka. Sekarang ini, semangat kesukarelawanan hampir pupus di negara kita dan ini akan membantutkan usaha mengujudkan masyarakat yang lebih perihatin terhadap permasalahan di sekeliling mereka.
(4) Berkenaan senarai e-kasih, saya sudah maklumkan kepada Pejabat Daerah mengenai kelemahan yang terdapat dalam senarai e-kasih di Kota Belud. Saya juga sering menyuarakan masalah e-kasih ini di Parlimen (sila rujuk penyata rasmi hansard). Antara lain masalah ujud kerana proses mengenal pasti orang miskin (pengklasifikasi) adalah lemah. Jabatan Perangkaan yang terlibat tidak menggunakan saluran tempatan untuk mengenalpasti keluarga miskin. Mereka terlalu bergantung kepada pembanci sementara yang rata-ratanya orang muda dan tidak begitu arif tentang kawasan yang dibanci oleh mereka.
Begitu juga proses membersihkan senarai itu juga berjalan dengan lembab. Bancian hanya dilakukan dua tahun sekali (kalau saya tidak silap) dan proses memutihkan senarai itu kadang-kadang menemui kebuntuan kerana melibatkan sifat manusia yang mahukan subsidi kerajaan walaupun mereka tidak layak.
Saya berharap dengan penjelasan ini, pembaca blog anda akan dapat gambaran yang sebenarnya mengenai beberapa fakta yang tertulis dalam artikel anda.
Terima kasih
Abdul Rahman Dahlan
Ahli Parlimen Kota Belud
Salam KM..
Salam juga buat YB Dato Rahman..
Saya tinggal di Tawadakan ketikabanjir besar itu dan adalah antara yang terperangkap di rumah lebih kurang 24 jam.
Walupun bantuan agak lambat sampai tapi kami bersyukur kerana dapat ditempatkan di pusat pnempatan banjir di smk taun gusi..
membaca blog YB bahawa YB ketka itu dari luar negara terus ke pusat pekan KB melihat keadaan banjir adalah satu tindakan yg proaktif dan berkemanusiaan.
mengenai cerita di kedai kopi yg mempersendakan tindakan YB membawa wartawan itu dan penubuhan skuad parlimen itu memang banyak kedengaran tetapi bagi saya sebab maklumat dan penerangan tidak sampai kepada mereka.
Saya telahmembaca ulasan YB dalam Blog KM ini dan saya berterimakasih kp YB kderana mengambil berat dgn masyarakat di daerah kb..tahniah YB..
semoga keikhlasan YB akan mendapat balasan yg setimpal.
Politik KB memang panas dan sentiasa bercelaru kerana para pemimpin nya yang asyik bertelagah merebut jawatan.
Salam Semua,
Keterbukaan dan kesediaan DARD adalah contoh yang baik kepada pimpinan KB dan kita semua.
Penerangan panjangna sudah cukup menjadikan dia bertanggungjawab kepada tindakannya untuk rakyat yang diwakilinya khasnya dan umum amnya.
Selamat Beruang untuk Nusa dan Bansa Datuk.
Sembiraiku.
KM..
Apa jua tindakan orang politik pasti ia akan mendapat teaksi yg berbeza mengikut penerimaan terhadap tindakan itu,
mungkin ada rakyat yang bolkeh menerima tindakan DSSK tidak turun padang ketika banjir kerana pabila beliau hadir pada majlis di SK Peladok dia di sambut bagai nak rak..
betul kata KM, mentaliti masyarakat kita sukar untuk di ubah.
manakala niat suci DARD membantu mangsa banjir dengan membawa para wartawan dipertikaikan..sedngkan pada waktu itu DARD masih kepenatan baru balik dari Luar Negeri.
Saya menjangkakan bahawa cerita sensasi politik di Kb harus ditapis sebelum diteria sebagai fakta politik yang boleh dibincangkan.
Murai KB..
Golongan muda biasanya melihat dari jauh apa yang berlaku dan itu akan menjadikan mereka SEBAGAI pemerhati yang setia..segala kepincangan yanjg berl;aku akan dijadikan sebagai hambatan untuk mereka mencurah bakti..
ma kasih atas ulasan itu.
Salam YB Ahli Parlimen KB..
Pertama sekali ma kasih atas penerangan yang panjang dan ini membuatkan keadaan yang berjerebu bertambah jelas.
Inisiatif datuk memberikan penerangan yang sewajarnya membuktikan bahawa datuk seorang pemimpin yang ikhlas dan berjiwa rakyat..
kerana itu cerita-cerita kedai kopi ini biasanya suara dari akar umbi, biarpun hanya setakat penceritaan kedai kopi namun ia cepat merebak dan kadang-kadang diterima sebagai satu fakta politik.
Tindakan memperjelaskan keadaan yang sebenar, akan menjadi isu tersebut terhenti setakat itu sahaja..
teruskan niat dan perancangan Datuk..KM akan terus mengikutinya ..semoga Datuk tidak serik memberikan bantuan kepada masyarakat KB.
Pak cik Amin..
ma kasih atas maklumat itu..sekurang0kurangya memberi pengajarn kepada pihak yang terlibat supaya mengenepikan birokrasi dalam penagagihan bantuan ketika bencana alam berlaku..
saya amat menghargai kehadiran pak cik dalam blog KM ini.
Kota Belud Ku..
ma kasih atas ulasan sdr ini.,kehadiran sdr dihargai.
Sdr sembiraiku..
ma kasih atas lawatan berhemah sdr kali ini..saya amat menyanjungi keterbukaan sdr dalam hal ini.
semoga sdr terus sukses.
Sdr palin berani..
saya amat etruja membaca komen sdr yang nampak lebih matang dan bernas,,saya setuju dengan apa yang sdr katakan itu..
teruskan memberikan komen dlm BLOG KM ini ..saya amat mengharagianya.
Post a Comment