Tuesday, February 16, 2010


Setelah sudah dua kali pusingan menjadi wakil rakyat di DUn Tempasuk, rasanya pada pusingan kedua inilah rekod DHMJ begitu membanggakan. Itupun kerana atas projek pembangunan sektor pertanian yang dibawa atas daya usaha pemimpin ini. seawal pada pusingan pertama menjadi wakil rakyat Tempasuk, Datuk Musbah hanya dilihat sebagai penerus kepada penguasaan BN di kawasan tersebut. Apatah lagi, ramai yang menyatakan bahawa 'kerelaan' Tan Sri Pandikar ketika itu memberi laluan kepada Datuk Musbah, adalah atas kepentingan peribadi dan bukan percaturan politik kepartian yang jelas.


Sebagai seorang ahli perniagaan yang agak berjaya pada waktu itu, Datuk Musbah tidak banyak kelebihan jika dibandingkan dari pemimpin lain di KB. seperti yang dikatakan oleh ramai penyokong AKAR, kerana pada waktu itu masih tidak wujud 'keserasian' antara TSP dan DSSK dalam persefahaman politik, kerana itu TSP melihat Datuk Musbah sebagai 'rakan kongsi' yang boleh dijinakkan. Namun semua itu meleset, apabila, TSP digugurkan pada PRU 12, sekalipun mempunyai 'jasa besar' dalam penyatuan UMNO dan BN Sabah sehingga membawa kepada pembubaran AKAR pada sebelumnya.


Kini, apabila Datuk Musbah menjawat pembantu Menteri, maka peluang itu dipergunakan untuk mendekati rakyat dan merealisasikan projek pertanian di kawasan Tempasuk. Namun apakah cukup dengan membawa Projek Jelapang Padi di daerah ini, maka akan menjadi satu 'jaminan' kepada keutuhan politik Datuk Musbah di Tempasuk..? bagaimana dengan banyak keperluan asas di kawasan itu yang masih di tahap 'mendukacitakan' ? Bagaimana dengan bekalan air bersih yang masih menjadi 'duri dalam daging' bagi penduduk kawasan Tempasuk ? Berapa peratuskah perkampungan di kawasan ini yang menikmati jalan raya yang beraspal serta keperluan asas yang baiki ?


Perkara-perkara seperti ini harus jelas supaya tidak dimanipulasikan oleh pihak tertentu. Apatah lagi apabila pemimpin ini dikatakan sebagai antara pemimpin yang kerap turun padang menyelami permasalahan rakyat di kawasannya. ketika banjir besar melanda Kota Belud sebulan yang lepas Datuk Musbah adalah antara yang paling awal dan bertungkus lumus memberikan bantuan kepada mangsa banjir berkenaan. Kerja keras yang ditunjukkan oleh pemimpin dari orang biasanya ini, begitu melonjakkan nama dan kepimpinannya sehingga kedengaran suara-suara jelas dari orang perseorangan dan masyarakat di Tempasuk..bahawa Datuk Musbah harus dikekalkan pada PRU 13 akan datang. Rasa cinta dan sayang kepada YB bertubuh montok ini bukan lagi cerita rahsia bahkan ramai yang sudah mengetahuinya.


Biarpun begitu Datuk Musbah Jamli tidak terkecuali daripada pelbagai isu yang mewarnai sepanjang kerjaya politiknya. Malahan Datuk Musbah dikatakan adalah antara pemimpin yang mempunyai skandal pemilikkan harta di luar kemampuannya. Malahan di katakan datuk Musbah memiliki rumah kediaman yang mewah dengan pelbagai koleksi kereta mewah yang diluar daripada pendapatannya.Hal ini mendapat perhatian Exco Muda Angkatan Keadilan Rakyat (PKR) Pajudin Nordin seperti yang dilaporkan oleh http://www.sabahkini.net/:bila-sprm-akan-siasat-kes-berprofail-tinggi-di-sabah.


Apakah kes-kes seumpamanya ini akan menyebabkan tersingkirnya Datuk Musbah di Tempasuk? Atau adakah rakyat sudah mengetahui bahawa ini adalah permainan politik golongan tertentu untuk menjahanamkan politik datuk Musbah? Terlalu sukar untuk dipastikan kerana, apapun yang berlaku, nyata Datuk Musbah sebegitu dekat dengan masyarakat di Tempasuk. Realiti semua ini ada di tangan anda!.

23 ulasan :

watasikadi said...

salam km,
satu posting direct terus orang kata... sekuat mana pun penurunan padang wakil rakyat UMNO, tidak menjamin pemilihan mereka untuk menjadi calon..seperti PRU lepas sudah membuktikan UMNO tidak mendengar suara rakyat dan ahli seluruhnya.kemenangan mungkin hanya kerana veteran UMNO masih menyayangi parti. namun pada saya percaturan di tempasuk lebih memihak pada baharul sawi kali ini. namun jika sekali lagi irranun tidak diberi satu kerusi pun di antara 4 kerusi dipertandingkan, maka kesilapan UMNO akan jelas terlihat. jika DSSK diberi peluang menentukan calon maka pasti DHMJ tidak dicalonkan.salam.

rojokobog said...

Salam KM,
Kemungkinan Tersingkir!!apa yg bermain dibenak fikiran saya adalah, adakah Dtk Musbah akan terima hakikat bahawa dia tidak terpilih sebagai calon pada PRU-13 nanti, di sini lah kita akan lihat sama ada pemimpin ada telor atau sebaliknya, dan kalau tidak terpilih akan adakah kerjasama daripada beliau bagi mempastikan kemenangan calon BN mengekalkan kerusi N6 Tempasuk khususnya, adakah beliau akan keluar negara?, ke Kuala Lumpur kerana sakit tak dapat jadi calon?, kalau pun ada kerjasama dari beliau setakat mana? adakah sekadar melepaskan batuk di tangga..Datuk Musbah harus ingat peristiwa ini pernah menghantui beliau ketika tidak terpilih jadi calon satu ketika dulu, gate/pagar pejabat yang ada kita nampak sekarang ini milik beliau di Taun Gusi dikunci rapat, beliau menghilangkan diri entah kemana...ada kemungkinan juga beliau tidak turun mengundi ketika itu, di sini lah kita akan dapat menilai setakat mana kesetiaan dan kepatuhan pemimpin..kepada Kelapa Mawar dan semua rakan-rakan sama-sama lah kita perhatikan nanti...TAPI kalau Dtk Musbah terpilih jadi calon pada PRU-13 nanti maka agak mudah bagi beliau mengekalkan kerusi DUN N6.

Unknown said...

Salam KM,

Tepuk dada tanya diri sendiri, apakah DHMJ mampu menjadi seorang pemimpin politik yang effektif di Kota belud dan Sabah amnya?

Umumnya, seorang yang bermula sebagai seorang ahli perniagaan tidak akan menjadi seorang ahli politik yang baik dan sedia berkorban untuk rakyat. Ini kerana lumrahnya seorang yang menjadi peniaga yang berjaya ialah seorang yang sentiasa mengambil kira "untung". Apa pun yang dilakukan mesti memberinya faedah dan keuntungan! Kepuasan pokok ialah kekayaan dan kemewahan hidup diri sendiri!!!

Mungkin DHMJ ada kelainan. Mungkin Musbah berbeza dan tidak begitu. Barangkali YB Tempasuk itu tidak tergolong dalam kategori orang yang memikirkan untung dan mencari kemewahan hidup. Barangkali, dia bukan seorang peniaga yang tamak seperti ahli perniagaan yang biasa. Barangkali DHMJ seorang yang rela membelanjakan harta dan kekayaan peribadi untuk membantu orang kampung. Sanggup membina masjid dan surau kampung hasil dari poket sendiri dan untung perniagaan bukan daripada wang peruntukan kerajaan sahaja.

Barangkali DHMJ ada keistimewaan sendiri yang membezakan beliau daripada peniaga-peniaga yang biasanya akan mengambil kesempatan dalam politik kerana KUASA yang ada ditangan mereka.

Rakyat sedang memerhati dan rakyat amat bijak membuat penilaian. Orang memberi kita merasa. Sama-sama kita nantikan sumbangan-sumbangan daripada DHMJ hasil dari kebijaksanaannya dalam bidang perniagaan.

fikir-fikirkanlah.

Salam MO

Pendekar Tua said...

KM..

DHMJ pernah mengkhianati TSP, biarpun mrk pernah berkawan. TSP pernah berikan pelunag kp DHMJ utk calon di Tempasuk, tetapi selepas itu DHMJ tidak mempedulikan TSP..dan nitu diakui sendiri oleh TSP, terutama bila TSP bersama dgn angkatan DSSK dalam USBO...

Kemewahan DHMJ tatkala bergelar wakil rakyat begitu menarik perhatian,,,kerana bukan sahaja rumah bernilai jutaan ringgit tetapi kereta mewah dan aset juga begitu banyak...

Saya mendenagr cerita orang politik kerana itulah DHMJ pertahankan Jelapang padi..sebab ada keuntungan di sebalik itu..terpulanglah kepada orang ramai utk menilai..

Saya lebih suka pemimpin baru dari kaum wanita atau pemuda yang bertanding di Tempasuk supaya kita tidak ketandusan pemimpin muda..

Apakata kalau Sdr MO bertanding di Tempasuk ? kalau barur rasanya sukar untuk dibayangkan.

Pak Cik Amin said...

Salam KM..

Ketika tadi pagi saya minum pagi bersama rakan di Restoran Ria..ada seorang rakan lama membisikkan bahawa Kelapa Mawar menulis tentang Datuk Musbah...Saya selepas minum bergegas ke kedai Cyber berdekatan untuk mengikuti isi penulisan ini..

Terima kasih kepada Anakanda KM atas penulisan yang terbuka ini. Saya rasa sudah ada asasnya kenyataan ini..kerana saya sendiri pernah datang ke rumah Datuk Musbah di KK dan mata saya sendiri melihat kemewahan yang dikecapi oleh beliau..

Sebagai rakyat biasa, bukan tujuan kita untuk berdengki dgn beliau, tetapi itulah yang saya nampak...Walaupun saya tertanya-tanya dari mana beliau perolehi aset yang banyak itu..ttpi saya diamkan sahaja kerana beliau sendiri adalah pemimpin kita di tempasuk..

Kenyataan sdr Musli mengenai DHMJ ini begitu prejudis..mempertikaikan kewibawaan YB Tempasuk ini..?

Bukankah ramai juga pemimpin poliitik yg terlibat dlm perniagaan ?

Penyokong Datuk salleh said...

Assalamuwal;aikum..Kelapa Mawar..

Ini kali kedua saya memberikan komen tentang penulisan KM...tetapi saya rasa kita perlu lebih berterus terang dalam hal ini..

Ketika DSSK mencabar DHMJ sebagai Ketua UMNO KB, ramai yang melemparkan tuduhan kononnya DSSK berbuat begitu untuk kepentingan politiknya..malahan ada yang menyatakan DSSK kemaruk jawatan sebab tidak dicalonkan dalam PRU 12..tidak ramai yang melihat kenapa berlaku perebutan itu..

DSSK melihat jika DMHJ terus dibiarkan mengemudi UMNO KB..sampai mana ? bolehkah DMHJ dapat menembusi kepimpimpinan UMNO Negeri dan Pusat?

Ada kebenarannya apa yg Musli katakan itu..bahawa di mana label DMHJ sebagai pemimpin politik ?

Bukan kita memperkecilkan kredibiliti beliau, tetapi itu adalah hakikatnya..

Akan ada kepentingan atas projek dan pembangunan yang cuba di bawa masuk..?

Peningkatan pemilikkan harta yang melimpah ruah harus diambil kira kepada 'keikhlasan' seorang ahli perniagaan untuk tidak mengaut keuntungan..

Unknown said...

salam KM.

Salam Pakcik amin yang saya hormati,

Tiada yang prejudis dalam komen saya mengenai ADUN Tempasuk. Saya hanya menyuarakan pandangan umum termasuk Tun Mahathir yang satu ketika pernah berkata "kehancuran UMNO bermula bila golongan kontraktor dan peniaga mula mengambil alih kepimpinan UMNO daripada kalangan guru-guru dan golongan aktivis politik. Bertitik tolak dari situ maka muncullah politik wang kerana golongan peniaga sanggup MELABUR wang untuk mendapatkan KUASA. Daripada Kuasa maka mereka mendapat keuntungan"

Hujah saya jelas. Saya kata mungkin Datuk Hj Musbah tidak tergolong atau sebahagian daripada mereka. Mungkin Musbah berbeza kerana dia seorang pejuang jika sanggup menggunakan wang ringgit dari poket sendiri membantu rakyat termasuk satu masa nanti akan membina surau dan masjid hasil dari keuntungan perniagaannya.

Mohon Pakcik Amin melihat konteks ayat saya.

Salam MO

Idahan said...

Salam KM..

Blog saya digodam ole org tertentu..saya tidak dapat guna blog saya..

saya harap sapa-sapa yg bole tolong kasi baik saya punya blog bole hubungi saya..

harap maklum.

Pak Cik Amin said...

Saya mohon menjelaskan utk Musli Oli..

Saya rasa jangan kita salahkan kehadiran golongan kontrektor dlm politik..kerana politik itu juga satu perniagaan dan ia ada keuntungan..bukankah kuasa itu adalah keuntungan besar..?

Apa yang jelas ialah, ketahanan dan moral yang tidak ada di kalangan pemimpin UMNO..sebab itu politik wang berlaku..

Misalnya Tun Ghafar baba adalah bekas guru..dan dia adalah pejuang sejati..

Bagaimana dgn bekas MB selangor Mohd Taib..dia juga bekas guru..tetapi apa jadi dgn skandalnya membawa wang berjuta ke luar negeri..?

ini adalah kaitan dgn moral..dan bukannya pekerjaan seseorang wakil rakyat..?

Walaupun sdr MO,nampak memberikan komen dengan agak selamat tetapi ada prejudis kepada wakil rakyat yg ada bertaraf ahli pernioagaan..

harap sdr MO akui.

PIPIT PEKEPA' said...

Anakanda KM dan Pakcik Amin,

Sebenarnya si Musli tidak suka orang bisnes masuk politik cuma dia cakap pusing-pusing dan tidak terus terang.

Datuk Musbah sdh buktikan dia seorang pintar berurusan dalam perniagaan dan ramai anak Bajau, Irranun dan Dusun yang jadi jutawan kerana bimbingan beliau. Orang yang rapat dengan beliau seperti Anafiah (Bajau), Baghdad (Irranun), dan Abar Gumpai (KDM) sudah pernah jadi jutawan atas sokongan Musbah sebagai YB dan pembantu menteri.

Sekarang Siang Sibin sudah ada ladang kelapa sawit 3000 ekar atas usaha Musbah. Pipit harap jangan nominee pulak.

Tidak lama lagi beratus orang jadi jutawan hasil jual padi, jual beras dll. Pipit paling suka Musbah kerana jelapang padi. Berapa dia dapat itu rezeki dia. Yang penting bila padi banyak, pipit bolehlah pekepa di mana-mana yang padi sedang masak. Kenyanglah pipit ikut Musbah ni.

rojokobog said...

Salam KM,
Harap Sdra Anafiah Hj Abd Razak, Sdra Baghdad Turugan, Sdra Abar Gumpai dan Sdra Siang Sibin dapat menjawab dakwaan yang dikemukakan oleh Sdra Pipit Pekepa.

Anonymous said...

Assalamualaikum wbk

Pandangan yang diberikan oleh saudara MO memang ada kebenarannya walaupun tidak dalam semua hal. Ahli perniagaan 'umumnya' memang mempunyai kecenderungan untuk menilai sesuatu perkara berlandaskan untung atau rugi, dan sekiranya kuasa (politik) itu boleh mendatangkan untung, kenapa tidak DHMJ melabur ke arah itu.

Umumnya juga ahli perniagaan-cum-ahli politik seperti ini selalunya gagal menjadi statesmen yang sejati, lantaran itu perjuangan mereka akan berbaur prejudis, tamak, pentingkan diri sendiri, jatuh menjatuhi, tikam belakang dan sebagainya kerana itulah lumrah dalam perniagaan.

Adakah DHMJ tergolong dalam kumpulan ini, Sama-sama lah kita nilai. Tapi umumnya juga semua pemimpin yang kita ada di KB adalah ahli perniagaan kan.??

PIPIT PEKEPA' said...

Salam kelapa mawar,

Satu hakikat yang amat pahit untuk ditelan rakyat Kota Belud terutama anggota UMNO ialah bila mana pemimpin yang bernama Datuk Musbah semasa menjadi Ketua UMNO telah "menjual UMNO dan maruah orang Kota Belud" kepada Datuk Musa Aman dengan bersetuju menguggurkan nama SSK dan TSP sebagai calon serta bersetuju menerima calon luar menjadi calon parlimen KB.

Jika pun semua itu adalah arahan daripada pucuk pimpinan, sewajarnya UMNO Kota Belud ada minit mesyuarat yang mengatakan mereka TIDAK BERSETUJU meletakkan orang luar!

Ini bukan era Tun Mustapha yang kita terima dahulu tetapi sekarang sudah terlalu ramai anak-anak KB yang layak menjadi calon dan mungkin lebih baik dari Musbah dan Rahman Dahlan. Akan tetapi kerana kepentingan dirinya, Musbah sanggup jual UMNO Kota Belud kepada Musa untuk bunuh karier politik anak-anak tempatan yang juga boleh di ketengahkan.

Inilah dosa politik Musbah kepada generasi penerus perjuangan UMNO di Kota Belud. Jika beliau masih dipilih mungkin tidak tahu apa lagi Musbah akan gadai kepada Ketua Menteri Sabah.

Penyokong Datuk salleh said...

KM..

Sikap dan pendekatan datuk Musbah ketika menjadi ketua UMNO KB begitu mengguris hati ramai pihak terutama penyokong DSSK dan TSP..lebih-lebih lagi apabila beliau tidak mempertahankan kedua pemimpin yang banyak membantu karier politiknya..

DSSK telah mmeberikan peluang kp Datuk Musbah dgn tidak mempertahankan jawatan ketua bahagian UMNO KB..tetapi itu Datuk Musbah tidak hargai..apabila dia merestui supaya DSSK digugurkan pada PRU 12..

TSP juga memberikan laluan kepada Datuk Musbah bertanding di tempasuk..itupun tidak dihargainya ...

Kini apabila rkyat sedar siapa Datuk Musbah..kita mengharapkan supaya DSSK dan TSP tidak akan terpedaya dengan janji seorang kawan politik yang sangat pentingkan diri.

kelapa mawar said...

salam kembali watasikadi..

ma kasih atas pandangan itu..rasanya DHMJ akan terus dicalonkan di tempasuk..kita tunggu..

kelapa mawar said...

Sdr Rojokobog..

satu malapetka kp seorang ahli politiik apabila tidak dicadangakn pada PRU

kelapa mawar said...

sdr MO

saya mempunyai pandangan yg sama dgn sdr mengenai hal ini..apakah jaminan bahawa seorag ahli perniagaan tidak akan mengambil kesempatan dan keuntungan dari setiap projek yg berjaya di usahakannya...

ma kasih atas opandangan itu.

kelapa mawar said...

Pendekartua..

cerita tikam menikam memang lumrah dlm dunia politik..sama ada luka besar atau tidak terpulang kp kesediaan ahli politik semasa tikaman dibuat..

ma kasaih harap dapt berkunjung lagi

kelapa mawar said...

Pak cik Amin..

ma kasih atas pandangan itu dan sdr MO dapat terangkan dgn baik semoga sdr dapat memikirkannya

kelapa mawar said...

Penyokong DSSK..

ma kasih kerana turut memberikan pandangan mengenai hal ini..walaupun sdr penyokonmg kp DSSK harap sdr lebih terbuka dlm memberikan komen dan ulasan suapaya suasana perbincangan dapat dijalankan dengan baik.

kelapa mawar said...

Sdr Pipit..

makasih atas pandanagn sdr itu saya hargainya..semoga sdr terus memberikan ulasan di masa akan datang.

kelapa mawar said...

Sypatarcus..

ma kasih kerana sdr terus memberikan kunjungan di blog KM ini..saya amat mengharagia kehadiran sdr ..saya terus berfikir mengenai pandanagn sdr itu

getah lastik said...

DHMJ SANGUP SOKONG PEMIMPIN IMPORT DARI TUARAN BERBANDING PEMIMPIN ASLI TEMPATAN YG BERKUALITI DISEBABKAN BERHARAP AGAR PEMIMPIN IMPORT INI TIDAK DPT MENGGUGAT BELIAU D KB DGN TERSINGKIRNYA 2 PEMIMPIN BERKUALITI KB(SSK&TSP).TAPI MALANGNYA DGN KUALITI YG ADA KPD 2 PEMIMPIN INI,MRK TERUS SURVIVAL DLM DUNIA POLITIK TMPATAN DAN KEBANGSAAN. DAN
AGAK MALANG KPD RAKYAT D N6 TEMPASUK SBB TAK MEMPUNYAI PEMIMPIN KEMAJUAN RAKYAT(PKR).SATU2NYA ADUN D NGRI SABAH YG TIADA PKRNYA.KSIANN ORG TEMPASUK.DMHJ TAK MAU LANTIK PKR BARU MENGGANTIKAN PKRNYA YG TELAH RESIGN.MUNGKIN BELIAU TAKUT KALAU2 PKR BARU INI LEBIH MENONJOL DARI BELIAU.SKALI LAGI DMHJ TAK MAU KARIER POLITIK BELIAU D GANGU GUGAT TERUTAMANYA PEMIMPIN BERASAL DARI N6 TEMPASUK.FIKIR2KAN....