Monday, February 22, 2010


Dalam pilihanraya 2004, Umno mencatatkan prestasi terbaiknya dengan memenangi 101 ahli parlimen. Bagaimanapun, selepas pilihan raya umum 2008, jumlahnya merosot 23 orang, kepada 78.


Walaupun PRU 12 sudah 2 tahun meninggalkan kita ,namun bagi parti-parti politik ia sememangnya ada 'kemanisan' dan tidak kurang juga yang merasa 'kepahitan'. Itulah lumrahnya politik. Bagi PKR dan seangkatannya dalam PR, PRU12 adalah antara pencapaian tertinggi gabungan itu 'menjahanamkan' pengaruh Umno dan BN. Kerana kata mereka pengurangan majoriti di Parlimen telah membuatkan BN nampak begitu 'lemah' pada balang kaca rakyat. Sekaligus kata mereka ia juga membawa khabar gembira , kononnya PR bersama kebangkitan hampir sejuta Rakyat.




Namun bagi UMNO dan BN ia seakan menjadi satu pengajaran berharga. Kerana beberapa kesilapan telah menjerumuskan UBN ke lembah kekalahan yang mengaibkan. Sehingga kini dan kapan bila, sejarah 'tsunami politik 2008' akan menjadi catatan sejarah yang sukar dilupakan. Ini membuatkan UBN semakin mencari penyelesaian kepada pengembalian sokongan bersepadu rakyat kepada parti perikatan tertua itu. Ramai di kalangan kita yang terus-terusan menuding jari kepada kekhilafan UMNO sebagai parti teras dalam BN. Kata Mereka'kerana budak tingkat 4" itu menyebabkan ramai pemimpin lama UMNO tunjuk 'protes senyap'.



Seperti yang dikatakan oleh Datuk Sahrir Samad, bahawa kesilapan UMNO pada PRU 12 yang lepas adalah kerana pemilihan calon ang menyaksikan calon-calon PRU adalah 'diluar' kawasan pengundi.Menurut beliau, calon yang diletakkan itu adalah orang luar dari kawasan pengundi. Oleh itu para pengundi tidak boleh menerima calon yang bukan dari kawasan mereka.



Hujah ini, mungkin ada kebenarannya, kerana selain di semenanjung, di sabah juga menyaksikan situasi ini berlaku..pun begitu keadaan dan keputusan berlainan, kerana UBN di Sabah masi mencatat kemenangan bergaya. Misalnya di Kota Belud, walaupun DARD diletakkan namun ia masih juga menggapai kemenangan di Parlimen KB. Walhal beliau adalah orang Tuaran yang dikhabarkan gagal memperolehi tempat di daerah itu.



Maka sebagai saranan kepada itu, Datuk Sahrir Samad, memberikan cetusan penyelesaian supaya permasalahan dan kesilapan memilih calon ini tidak berulang supaya pada PRU 13 akan datang, UBN akan mencapai kemenangan yang lebih besar.



Kekalahan BN pada PRU 12 yang lepas juga membuktikan bahawa UMNO adalah tunjang kepada keutuhan politik BN. Dengan andaian bahawa UMNO melakukan kesilapan..adalah 'hodoh' sama sekali kerana parti MCA, MIC, GERAKAN, dan lainnya juga menerima tempias penolakkan rakyat.

14 ulasan :

rojokobog said...

Salam KM,
Oleh kerana Khairy Jamaludin Bin Abu Bakar ingin menjadi Perdana Menteri termuda dan teringin naik cepat beliau adalah salah seorang yang terpenting ketika era Pak Lah Menjadi PM bagi menentukan calon Parlimen pada PRU-12, jadi untuk itu beliau telah memilih calon dikalangan pemimpin UMNO yang sebulu dgn nya sahaja walaupun calon tersebut bukan berasal tempat yang ditandingi, ini adalah kuasa yang ada pada Khairy Jamaludin,putih kata Khairy maka putih lah kata bapa mentua, sebagai contoh Dato' Azim Zabidi Ketua Bahagian UMNO Bukit Bintang Wilayah Persekutuan KL telah menjadi calon BN di Bukit Gantang Perak dan akibatnya telah menerima kekalahan yang teruk ditangan Pakatan Rakyat, kuasa yang ada didalam tangan Khairy Jamaludin ketika itu amat dihormati oleh Pak Lah sendiri dan barisan kabinet hinggakan bila Khairy lalu Menteri tunduk hormat, ucapan-ucapan Khairy Jamaludin semasa berkempen agak sombong dan bongkak seolah-olah beliau lah Perdana Menteri,sedangkan beliau hanya Naib Ketua Pemuda UMNO saja, dalam senyap-senyap rakyat memendam rasa dan tidak memangkah BN terutama dikalangan pengundi muda, satu lagi masalah ketika itu ialah sifat sombong dan tinggi diri, berlagak sesetengah pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan Negeri, naik mercedec, kereta sport dan kereta-kereta mewah lain hinggakan timbul rasa kebencian dikalangan rakyat yang menyaksikan perbuatan mereka, akibatnya 5 negeri tergadai termasuk Wilayah Persekutuan.

SUARA RAKYAT KUNAK said...

Bagi pendapat saya, kekalahan UBN bukan soal calon impot, tetapi Rakyat di SM lebih terdedah dengan Pembohongan2 yang di lakukan oleh UBN nampak dengan jelas berbanding kita di Sabah. Salah 1 nya, jika ada Menteri Besar guna kereta Impot, terus ada teguran. Kalau di Sabah pulak YB YB nya lebih dari kereta Impot, Ninja King, Ferari berderet deret di depan rumah YB, tak pun di ambil tindakan. Sebab nya, Bos Besar nya tinggal Roket saja belum di beli nya.

ISAC said...

X juga SRK,


Kata pengalisis politik, media baru juga banyak memainkan peranan. Tapi kini dengan adanya blogger2 pro UBN, terbukti apa yang dahulunya dikatakan sebagai "kebenaran" sebenarnya hanyalah "fitnah dan "tohmahan".

PIPIT PEKEPA' said...

Kelapa Mawar,

Banyak faktor yang menyumbang kepada kehilangan majoriti 2/3 BN pada PRU 12 Mac lalu. sungguhpun begitu faktor calon helikopter yang KM paparkan adalah antara faktor utama.

Datuk Rahman Dahlan adalah "orang luar". Tun Mustapha, Datuk Hamid tun Mustapha, Yahaya Lampong juga orang luar yang pernah menjadi pemimpin di KB.

KB memang tempat buangan sejak dulu kerana pengundi KB memang tiada maruah. Semua kejar duit. Pemilihan UMNO kalau tiada 30K tidak boleh menang.

Pilihan raya akan datang kalau Ketua Pemuda Sipitang, Hafiz Aman iaitu anak Musa Aman bertanding di DUN Tempasuk, berebut Irranun, Bajau dan Dusun yang diketuai Datuk HJ Musbah mencium tangannya!

Rahman akan terpilih semual sebagai calon utk terus menghina pengundi dan pemimpin UMNO KB! Semua miskin dan Rahman akan bagi duit berebutlah mereka ke Taun Gusi rumah keluarga Rahman. Sanggup baris sampai subuh minum kopi o rumah Hj Junaidi.

Kota belud memang tempat rakyat yang tiada maruah!

kunyit said...

Salam Pipi Pekepa,
TIDAK semua pengundi di Kota Belud tidak bermaruah, dan TIDAK semua juga pengundi mengejar Duit semata-mata.

PIPIT PEKEPA' said...

salam KM,

pipit tidak kata semua rakyat KB tiada maruah dan kejar duit, sebab itu ada juga yang tidak undi Datuk Rahman dan BN. Tapi majoriti orang-orang politik di KB mata duitan!

Sebab itu pemimpin yang ada pendidikan seperti Abdullah Sibil, Jenar Lamdah dan Datu 13 susah jadi pemimpin kerana mereka tidak suka bagi-bagi duit macam Musli Oli dan lain-lain

Pak Cik Amin said...

salam KM..

ulasan Pipit Pekepa tidak wajar dipublishkan kerana ia menghina penduduk KB..

kenyataannya bahawa .."Kota belud memang tempat rakyat yang tiada maruah!.. adalah keterlaluan dan prejudis serta mewujudkan kebencian dikalangan pembaca..

ulasan keduanya juga membawa kepada serangan peribadi orang tertentu seperti Sdr MO yang dikatakan membahagi-bahagikan duit..

kita cabar Pipit Pekepa supaya membuktikan perkara ini..

kelapa mawar said...

Salam juga Rojokobog..

Ma kasih atas kunjungan ini..ulasan sdr menggambarkan sdr juga begitu terlibat dalam dunia politik negara..pengetahuan yg luas termasuk nama tokoh dan tempat adalah kelebihan buat sdr..


Kesilapan Umno pada 2008 yg sdr katakan itu..nampak gayanya masih berlaku tetapi agak terhad..di Sabah apakah pengaruh KJ masih releven?

Bersama kita fikirkan.

kelapa mawar said...

SRK..

pertama ma kasih kerana mengunjungi blog KM ini..first time agaknya..

Pemilikkan harta yang melimpah ruah antara lain kerana persepsi pemimpin yang ingin mengaut keunt8ungan dalam politik. Mendapatkan kuasa utk mendapatkan kontrak berjuta untuk kroni dan proksi..lalu keuntungan yg diperolehi masuk ke dalam poket mereka..projek yg dilaksanakan alah kadar dan tidak berkualiti.

kelapa mawar said...

Isac..

makasih kerana hadir semula..saya amat menghargainya..

memang benar pendapat sdr bahawa selain faktor yg disebutkan media baru memainkan peranan yang penting terutama para blogger seperti kita...

walaupun begitu masih ada yg mencurigai peranan blogger di negara ini..

kelapa mawar said...

Pipit Pekepa..

ma kasih kerana memberikan pandangan..saya menghargainya..

mungkin pendapat sdr tidak berapa tepat tetapi ada yg berlaku..mungkin memakan masa untuk merubah paradiga pengundi di KB.

kelapa mawar said...

sdr Kunyit..

persoalan sdr sudah dijawab oleh pipit pekepa..harap berpuas hati..

ma kasih kerana memberikan komen.

kelapa mawar said...

Pakcik Amin..

tidak apa..kalau tidak tepat pandangan sdr Pipit kita pebetulkan secara lebih matang..

ia memerlukan pandangan dari orang tua macam pakcik Amin..

SUARA RAKYAT KUNAK said...

Bagi pendapat saya, kalau di SM, Umno tak silap meletak calon, cuma silap nya Umno di SM, Rakyat da tahu menelai kepiminan yang boleh memperjuangkan hak Rakyat. ke 2, di SM waktu pilihan raya, terutama yang di jaga Hantu datang mengundi. Di Sabah pulak tak ada yang jaga Hantu, itu la siapa2 saja calon yang di letak mesti menang. Untuk pengetahuan kalau waktu pilihan raya, Hantu ini datan dari Estet yang berjauhan dari tempat mengundi agar tak dapat di kesan. Saya sendiri pernah bertemu dengan Hantu yang pernah mereka gunakan waktu pilihan raya. Cuma kita berharap dalam PRU ke 13, Hantu ini dapat di tangkap, di masukan ke dalam Kubur semula.