Masyarakat Kota Belud sudah masak dengan permasalahan Tanah Adat, Tanah Simpan Ternakan (Padang Ragut) dan Tanah Kampung. Bagi masyarakat Kota Belud kesemua kategori ini dianggap sebagai Tanah Warisan Turun Temurun.
Status tanah-tanah ini semua sukar dirungkai menggunakan perundangan yang bertulis. Oleh kerana itu soal-soal kebijaksanaan, budibicara, intelek yang bermaruah dan norma tolerasi yang tinggi perlu digunapakai. Kota Belud sendiri sebahagian besarnya ialah Tanah Simpan Hidupan Liar yakni habitat burung dan statusnya tidak terbatal dengan sendirinya.
Di Kota Belud ini beberapa Kawasan Padang Ragut ternakan telah dikenal pasti dan diperuntukkan. Padang Ragut Gunasama (Dulunya dipanggil Padang Ragut Pintasan), Padang Ragut Kg Sadok-Sadok, Padang Ragut Kg Rosok Surun dan Padang Ragut Rampayan Ulu.
Sedikit masa lalu, saudara-saudara kita di Kampung Labuan berhimpun kerana membantah tindakan kerajaan "menggunakan" Padang Ragut Gunasama untuk program Agropolitan. Mereka bersatu menentang apa yang disifatkan sebagai "penafian" hak mereka ke atas Padang Ragut Gunasama itu.
Tetapi yang and tidak pernah dengar barangkali ialah hilangnya Status Tanah Padang Ragut Rampayan Ulu yang keluasanya melebihi 700 ekar yang lenyap beberapa puluh tahun yang lalu. Ceritanya tanah ini diberikan kepada Syarikat swasta konon untuk dimajukan AGAR DAPAT GENERATE INCOME KEPADA PENDUDUK SEKITAR DAN LIMPAHAN PEMBANGUNAN EKONOMINYA (Economic spill over effect) DAPAT DIRASAI OLEH RAKYAT SETEMPAT berserta PELUANG PEKERJAAN YANG TERWUJUD!!.
Tanyalah masyarakat setempat kini APA LIMPAHAN EKONOMI YANG MELIMPAH setelah tanah Simpan Padang Ragut Rampayan Ulu itu diberikan kepada pihak swasta? Jawabnya ZERO! atau KOSONG. Inilah ke genuine "Dagang Lalu Ditanakkan". Pemimpin luar itu kembali ke asalnya dan tanah yang diluluskan kepadanya itu digadainya atau dimorgage untuk mendapat wang tunai!. Kalaupun tanah ini tergadai, apa ruginya pihak swasta yang mendapat tanah ini? Nothing!. Sekali lagi "Dagang Lalu Ditanakkan".
Berapa banyak lagikah tanah warisan, tanah adat, tanah padang ragut dan tanah simpan yang bakal diserahkan kepada syarikat swasta atas alasan LIMPAHAN EKONOMI dan PELUANG PEKERJAAN? dan PROGRAM BESAR? Tidakkah kita sedar bahawa penduduk di Karambunai di mana terbinanya Hotel Nexus dan Padang Golfnya yang terbentang akan sedikit masa lagi akan dihalau dan terhalau dari tanah yang mereka diami sejak turun temurun. Kenapa? Kerana tanah Kampung Karambunai tiada status NCR! ker? Atau kerana ada pemimpin yang berbuih mulutnya menusuki ubun-ubun pemikiran rakyat bahawa LIMPAHAN EKONOMI DAN PELUANG PEKERJAAN akan datang berbondong bondong dan bertali arus?
Setelah Hotel Nexus terbina sebagai "some say its heaven", MANA LIMPAHAN EKONOMI DAN PELUANG PEKERJAAN kepada penduduk Kg Karambunai? Berapa ramai pendatang asing atau buruh asing yang berkerja di Karambunai?
Dan tidak jauh dari Karambunai anda akan melihat KKIP...Ke mana perginya penduduk dan pemilik tanah KKIP dahulu setelah omongan LIMPAHAN EKONOMI DAN PELUANG PEKERJAAN yang diluahkan para "teknokrat" yang belajar dari Israel!? Ke saku untuk mempertahankan kedudukan?
Ehsan:
15 ulasan :
As Salam,
Saya setuju dengan pandangan sdra Kibin dalam article sebum ini yang mengatakan bahawa Pemba Hunan yang dijanjikan ini belum pasti mendatangkan kebaikan berupa peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Sebaliknya, syarikat yang berkenaanlah yang berada pada kedudukan "advantage" sebenarnya. Apa tidaknya, Samada projek berkenaan Akan berjalan spt dirancang atau sebaliknya kelak, maka untung Sudah dalam tangan andai Tanah telah diperolehi. Kita semua tahu, untuk menjual tanah, tidak memerlukan kelulusan apa-apapun.
Maka itu, pada hemat saya matlamat sebenar syarikat berkenaan hanyalah untuk mendapat tanah berkenaan semata-mata Dan bukannya melaksanakan projek pembangunan untuk kepentingan masyarakat KB. Kalau benar, hasrat DARD menyokong Sykt berkenaan Atas Nama membangunkan masy KB Khususnya dikampung berdekatan, kenapa mereka tidak diajak untuk bebincang atau merancang bersama-sama dari peringkat awal? Setidak-tidaknya, perkara ini tidak Akan sampai serumit sekarang ini.
Saya Ada terbaca penjelasan DARD dalam blog beliau. Namun, penjelasan berkenaan pada hemat saya tidak boleh digunapakai dalam konteks isu ini. Saya bersetuju bahawa seseorang wakil rakyat sememangnya bertanggungjawab membawa kemajuan ke kawasan yang diwakilinya, namun pembangunan yang Bagaimana? Sedangkan kemudahan asas saja masih jauh dari cukup, Bagaimana agaknya projek pembangunan yang dirancang Akan beroperasi kelak. Tanpa Bekalan air bersih, Bekalan elektrik yang sering terputus Dan ketiadaan jalanraya, bolehkah pusat peranginan berkenaan beroperasi? Siapa agaknya si dungu yang mahu menginap di tempat yang sedemikian YB? Saya fikir, monyet pun tidak ingin menginap disitu.
Andai kekangan tersebut menyebabkan projek pembangunan Impian DARD ini tidak viable, kenapa ianya diteruskan? DARD pakar ekonomi, maka Sudah pastilah beliau masak benar dengan kemungkinan ini. Soalnya, kenapa diteruskan? Apakah mungkin ada "sebab"Nya?
Kalau benar DARD ingin membawa perubahan Dan mampu pula melakukannya, kenapa tidak selesaikan dulu masalah kemudahan asas yang lebih mendesak tersebut?
Ibarat budak, perancangan yang dilakukan oleh YB kita ini saya nampak umpama belum pandai bertatih, sudah berangan mahu berlari.
Apapun, Malay DARD benar mementingkan rakyat KB Berbanding Sykt berkenaan, DARD masih mampu melakukan sesuatu agar urusan berkenaan dibatalkan. Atas hubungan DARD yang agak rapat dengan DMA yang semua orang tahu mengenainya, DARD boleh minta supaya cabinet negeri tidak meluluskan permohonan berkenaan, saya percaya itu Akan meredakan keadaan.
Pun begitu, kit a tunggu Dan lihat kebijaksanaan DARD. To dalam dan keputusan beliau Akan menu Julian kepada kit a semua Samara beliau lebih sayangkan masyarakat KB ataupun syarikat berkenaan. Kit a tunggu Dan lihat.
Salam format
BELUM PENDEKAR
As Salam,
Saya setuju dengan pandangan sdra Kibin dalam article sebum ini yang mengatakan bahawa Pemba Hunan yang dijanjikan ini belum pasti mendatangkan kebaikan berupa peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Sebaliknya, syarikat yang berkenaanlah yang berada pada kedudukan "advantage" sebenarnya. Apa tidaknya, Samada projek berkenaan Akan berjalan spt dirancang atau sebaliknya kelak, maka untung Sudah dalam tangan andai Tanah telah diperolehi. Kita semua tahu, untuk menjual tanah, tidak memerlukan kelulusan apa-apapun.
Maka itu, pada hemat saya matlamat sebenar syarikat berkenaan hanyalah untuk mendapat tanah berkenaan semata-mata Dan bukannya melaksanakan projek pembangunan untuk kepentingan masyarakat KB. Kalau benar, hasrat DARD menyokong Sykt berkenaan Atas Nama membangunkan masy KB Khususnya dikampung berdekatan, kenapa mereka tidak diajak untuk bebincang atau merancang bersama-sama dari peringkat awal? Setidak-tidaknya, perkara ini tidak Akan sampai serumit sekarang ini.
Saya Ada terbaca penjelasan DARD dalam blog beliau. Namun, penjelasan berkenaan pada hemat saya tidak boleh digunapakai dalam konteks isu ini. Saya bersetuju bahawa seseorang wakil rakyat sememangnya bertanggungjawab membawa kemajuan ke kawasan yang diwakilinya, namun pembangunan yang Bagaimana? Sedangkan kemudahan asas saja masih jauh dari cukup, Bagaimana agaknya projek pembangunan yang dirancang Akan beroperasi kelak. Tanpa Bekalan air bersih, Bekalan elektrik yang sering terputus Dan ketiadaan jalanraya, bolehkah pusat peranginan berkenaan beroperasi? Siapa agaknya si dungu yang mahu menginap di tempat yang sedemikian YB? Saya fikir, monyet pun tidak ingin menginap disitu.
Andai kekangan tersebut menyebabkan projek pembangunan Impian DARD ini tidak viable, kenapa ianya diteruskan? DARD pakar ekonomi, maka Sudah pastilah beliau masak benar dengan kemungkinan ini. Soalnya, kenapa diteruskan? Apakah mungkin ada "sebab"Nya?
Kalau benar DARD ingin membawa perubahan Dan mampu pula melakukannya, kenapa tidak selesaikan dulu masalah kemudahan asas yang lebih mendesak tersebut?
Ibarat budak, perancangan yang dilakukan oleh YB kita ini saya nampak umpama belum pandai bertatih, sudah berangan mahu berlari.
Apapun, andai DARD benar mementingkan rakyat KB Berbanding Sykt berkenaan, DARD masih mampu melakukan sesuatu agar urusan berkenaan dibatalkan. Atas hubungan DARD yang agak rapat dengan DMA yang semua orang tahu mengenainya, DARD boleh minta supaya cabinet negeri tidak meluluskan permohonan berkenaan, saya percaya itu Akan meredakan keadaan.
Pun begitu, kita tunggu Dan lihat kebijaksanaan DARD. Tindakan dan keputusan beliau Akan menunjukkan kepada kita semua Samada beliau lebih sayangkan masyarakat KB ataupun syarikat berkenaan. Ki a tunggu Dan lihat.
Salam hormat
BELUM PENDEKAR
Dalam memikirkan kes pembangunan Pantai Mas- Nanamun- Rampayan Laut, pada mula nya, saya merasa aneh kenapa kes saperti ini boleh meletop sehinggakan ia nya menjadi satu isu sensasi yang negatif kepada penduduk di kawasan tersebut.
Walhal pada dasar nya, pembangunan mega saperti ini boleh menganjakkan lagi nama Kota Belud kesatu tahap yang boleh dibanggakan. Termasuk barangkali, menaikkan lagi harga assets yang berdekatan kawasan yang dibangunkan.
Dan dalam masa yang sama, membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak muda dan mungkin juga ia nya akan menyuntikkan lagi pertumbuhan ekonomi sampingan kepada penduduk disana khas nya dan Kota Belud pada keseluruhan nya. Ini, termasuk memperbaiki dan menaikkan lagi taraf kemudahan asas yang sedia ada.
Semasa saya bertugas di Kota Belud, saya pernah bincang dengan Sdra Kibin Hj Samad (selaku Setiausaha Politik Kementerian Kerja Raya Negeri Sabah) bahawa betapa indah nya kawasan pesisiran pantai tersebut disamping banyak potensi untuk dimajukan sebagai satu resort pantai bertahap antarabangsa…Saperti yang terdapat di negara Amerika dan Europe.
Dari aspek tanah, Kebanyakan kawasan disana, direjabkan sebagai ‘sanctuary’ burung-burung mergastua. Dan Dalam masa yang sama, saya difahamkan bahawa penduduk disana; sejak dari dulu lagi menganggapkan kawasan tersebut sebagai ‘ sacred ground’ atau pun tanah warisan. Dalam ertikata yang lain, ‘boleh ditonton tetapi tidak boleh dipegang’.
Walau macammana pun, perbincangan saya dengan Sdra Kibin hanya lah sekadar ilham dan wawasan. Saya tidak terfikirkan ia nya dapat direalitikan kerana situasi yang boleh dikatakan komplek untuk tujuan pembangunan dan pengunaan tanah disitu.
Justeru, saya tidak masukkan nya dalam ‘blue print’ perancangan ‘ Cadangan Pembangunan Bersepadu Koridor Utara Bersepadu’ pada suatu ketika.
Apa yang saya rasa menarik dsini, ia lah persoalan kenapa Ketua atau pun wakil penduduk dikawasan tersebut tidak dijemput dalam perbincangan ketika pemaju (pemimpin, kerajaan dan syarikat) mula merancang untuk menggunakan tapak dikawasan tersebut untuk dimajukan?
Dari apa yang saya tahu, dalam apa jenis perancangan yang mega dan melibatkan sentiman orang ramai, pandangan agensi-agensi yang berkenaan saperti penduduk kawasan Pantai emas-Nanamun dan Rampayan Laut sepatutnya diambil kira.
Antara strategi yang boleh digunapakai ia mengumpul maklumat atau pun statistik pandangan ramai? Walau pun mungkin perkara ini mengandungi elemen sulit, tetapi lazim nya saperti kaedah pengambilan tanah yang lain, sepatut nya ia disebarkan untuk bantahan dan sebagainya?
Apa-apa pun, ini cuma pandangan kerdil dari saya. Salam Kelapa Mawar dan semuga sukses.
Isu di sini ialah pengambilan tanah Warisan ribuan ekar oleh syarikat swasta yang statusnya masih vague.
Mana-mana syarikat kecil atau besar, mampu atau tidak akan berupaya mereka-cipta Development Plan" di atas kertas seindah Disney World di Florida barangkali lebih indah dari Genting highlang malah Indah dari Foxwood Resort and Casino di Connecticut milik Genting. Tapi DI ATAS KERTAS. Satu "professional DECEPTION" YANG MAHA DASYAT!.
The moment tanah diberi milik, sekunyung-kunyung pemohon, syarikat swasta, itu menjadi multimillioner! atas airmata dan kegelapan masa depan generasi yang mewarisi tanah itu.
Setelah itu PEMBANGUNAN DI ATAS KERTAS sudah boleh dilontarkan ke dalam tong sampah dan tiada nilai lagi. Yang bernilai ialah sekeping kertas kuning bernama "GERAN TANAH"...TO BE CONTINUED!
Ada sebuah Pulau Pelancongan yang telah dibangunkan oleh pemiliknya...saya berkesempatan duduk bercerita dengannya di Pejabat saya...Katanya..dia pohon tanah itu sejak USNO, BERJAYA dan PBS. Dia hanya dapat kelulusan dalam era Barisan Nasional. Dala usianya kini, dia memutuskan untuk menjual resort dan tanahnya di Pulau itu dengan harga RM60 juta.
Saya tanya kenapa nak jual..pelancongan masih growing..
Katanya I just want to enjoy life!
Iktibarnya..Fikirlah sendiri.
perbincangan penduduk tempatan pelru dilakukan, penduduk kena didedahkan dgn kepentingan projek tersebut terhadap pembangunan Kota Belud dan kerajaan kena pastikan kepentingan penduduk tidak terjejas.
isu ini memang agak rumit..apa apa keputusan yang dibuat belum tentu memuaskan hati semua orang. apa pun daripada saling menyalahkan, lebih baik jika perbincangan diadakan untuk masing-masing mengemukakan point dan mencari kesepakatan.
bukan tanah tersebut belum diluluskan kah? jadi tidak payah lah mensensasikan isu ini...
rasanya tidak salah kalau kerajaan membangunkan tanah tersebut...daripada penduduk membiarkannya tidak diusahakan, lebih baik ianya dibangunkan...lagi pun, status tanah tersebut dengar2 bukan tanah NCR...tapi yang pasti, menurut DARD, tiada rampasan tanah berlaku di KB.
Sdra Mike, nampak nya sdra, saperti yang lain tidak mendalami kisah sebenar nya apa yang termaktub di sebalik perancangan pembangunan di kawasan yang dipertikaikan.
Sebelum saya meneruskan pandangan seterusnya, disini ingin saya nyatakan (sebagai seorang yang tahu hal-ehwal kawasan tersebut) bukan soal kelulusan atau pun title tanah yang menjadi masaalah pokok disini, tetapi;
1) Tanah tersebut telah diwakafkan sejak berkurun lama nya untuk jagaan suku kaum Iranun. Justeru, selama ini, tiada siapa yang berani mencuba-cuba untuk campur tangan dalam pengendalian tanah dikawasan tersebut.
Maksud nya, tanah tersebut telah ada persefahaman, sebagai tanah warisan suku kaum Iranun…oleh siapa? Buat lah kajian sendiri untuk selanjut nya.
Kerajaan sebelum ini pun tidak tergamak merancang sembarangan untuk membangun kawasan tersebut, kecuali kerajaan pimpinan Musa Aman dan kroni beliau.
kalau pun ada sebelum ini...Gagal.
2) Saperti yang telah banyak dihuraikan sebelum ini, tiada sebarang perundingan konkrit yang diusahakan oleh mereka yang cuba untuk mengambil alih hak milik penduduk dan burung-burung mergastua disana.
Justeru, kalau diteruskan juga, ini boleh diiktirafkan oleh penduduk di sana sebagai satu provokasi dan perampasan disiang hari oleh Musa selaku Ketua Menteri yang penuh berkuasa untuk meluluskan sebarang pembangunan dinegeri ini.
Untuk tidak melanjutkan lagi persoalan saperti yang mike ajukan, ada lah lebih baik kalau mike datang sendiri ke kawasan tersebut untuk siasatan selanjutnya. Dan kalau tidak menyusahkan, bagi satu cadangan yang waras lagi bernas untuk penduduk disana lebih memahami betapa penting nya pembangunan ini untuk masa depan mereka?
Untuk rekod, kita bukan nya semata-mata mempersalahkan YB DARD dalam isu ini. Kerana selaku wakil rakyat yang proaktif, usaha untuk membangun kawasan yang beliau wakili ada lah tanggung jawab beliau. Sejauhmana tindakan beliau itu ‘ justified’ atau pun tidak, rakyat Kota Belud juga yang akan menentukan nya nanti.
Untuk itu, salam untuk sahabat saya, Sdra Kibin(SabahKita), Sdra Belum Pendekar, Kelapa Mawar dan kalin yang memberi komen.
Apa-apa pun semuga sukses.
Nampaknya cerita rampasan tanah ini semakin hangat diperkatakan,
Untuk semua pembaca sekalian,
Mungkin memang kebanyakkan kita memandang sebelah mata dalam kes ini. Tapi cuba kita tengok dua belah mata kita dan memandang kepada masa hadapan kawasan tersebut. Ok, Sebelum ini. Pembangkang telah mengatakan sesuatu kepada Pemimpin.."Inikah Kota belud yang dikatakan kuat dengan politik, tapi langsung tidak ada perubahan yang membanggakan kawasan ini. Mana pemimpin yang kebanyakkan dari kawasan ini."..Ini menampakkan bahawa pemimpin seperti tidak menjalankan tugas mereka.
Tapi sekarang bila Pemimpin ingin menunaikan tanggungjawab untuk membantu kawasan yang mundur ini banyak pihak yang membantah. Mungkin tanah yang kurang diusahakan ini memang sesuai dijadikan tempat pembangunan kawasan tersebut. Pada masa akan datang siapa yang akan beruntung dengan kemudahan ini. Generasi yang akan datang sendiri. Peluang perkerjaan mudah dan tidak perlu lagi bekerja di Kota Kinabalu dan sebagainya.
saya tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam hal ini. Tapi rakyat juga perlu fikir kenapa kerajaan buat semua ini? Ini membantu rakyat keluar dari KELOMPOK KEMISKINAN. Kota Belud masih lagi boleh dikatakan kawasan kemiskinan yang tegar. Jadi semua ini untuk membantu mereka ini. Kalau benar kerajaan merampas tanah tersebut, maka buatlah perbincagan dengan cara yang baik dan tidak perlulah dengan kekecohan.
Wow..tidak ada jalan penyelesaiankah tetang kes ini. Penduduk Irranun hantarlah wakil untuk membincangkan masalah ini. Apa yang berlaku dan apa yang penduduk kaum ini akan dapat dengan semua ini? Kerajaan perlulah bijak menangani masalah yang ada.
memandangkan tanah itu belum diluluskan oleh kabinet negeri untuk tujuan pembangunan berikutan pertikaian berhubung isu NCR. saya rasa penduduk kampung yang terjejas masih berpeluang menuntut hak mereka.
untuk situasi seperti ini, penyelesaian secara menang-menang amat diperlukan.. disamping penduduk kampung mendapat semula hak tanah mereka, projek pembangunan Kota Belud juga dapat dilaksanakan.
Bolehkah kes ini mendapat penyelesaian secara menang-menang.
Post a Comment