Tuesday, August 2, 2011


Gambar : Sabahkini,net

Kalau di Pantai timur, rasanya SEMPORNA tetap menjadi tumpuan penganalisis politik tempatan. Pertama kerana SEMPORNA adalah satu-satunya di Sabah yang mengeluarkan pemimpin sehingga mencapai jawatan nombor tiga dalam parti teras pemerintah iaitu UMNO. Kedua kerana Tun Sakaran Dandai yang pernah menjawat jawatan ketua menteri Sabah dan TYT dikatakan mempunyai pengaruh yang besar dalam politik Sabah seperti pengaruh Tun Mustapha. Ada yang menyatakan bahawa tidak ada sangat kredibiliti YB Nasir Sakaran ADUN Senallang, tetapi kerana reputasi ayahandanya Tun Sakaran, maka YB Nasir 'sentiasa diberikan' peluang. Buktinya kata mereka, kawasan Senallang yang diwakilinya 2 musim tidak menunjukkan apa-apa perubahan, termasuk bekalan air bersih dan penurapan jalanraya kampung.

Atas dua sebab itulah Pekan SEMPORNA dibagaikan seperti gemerlapan lampu neon kota yang 'terang' pada malam hari tetapi penuh dengan kepalsuan. Pemerhati politik kerap menyelami percaturan politik Keluarga Tun Sakaran ini dengan pertimbangan wajar politik Datuk Shafie Apdal MP Parlimen Semporna yang menduduki naib presiden UMNO dan juga diwar-warkan bakal dimahkotakan dengan kerusi Ketua Menteri Sabah menjelang PRU 13 akan datang.

Walaupun sedikit demi sedikit pembangunan di Semporna mula kelihatan, namun beberapa kelemahan pentadbiran pihak berkuasa tempatan masih kelihatan. Melalui portal Sabahkini, memaparkan isu ini:

Oleh : MUTALIB M.D



KENDATIPUN pekan Semporna diwakili oleh tiga orang Adun iaitu Bugaya, Senallang, Sulabayan dan seorang Ahli Parlimen (Semporna) tetapi tidak ada seorangpun yang prihatin terhadap masalah prasarana yang dihadapi penduduk Semporna.


Buktinya, lopak besar di jantung pekan Semporna terbiar begitu sahaja tanpa ada usaha walau seorangpun wakil rakyatnya yang berusaha untuk memastikan lopak kerbau berkenaan ditutup dan diselenggarakan.


Aktivis Masyarakat, Abdullahsani Haji Abdul Salleh membidas kesemua wakil rakyat di Semporna kerana membiarkan lopak besar sebesar lubang kubur di hadapan Milimewa dan lebih 20 lubang di tengah pekan Semporna.


“Kita kesal kerana tidak ada pihak yang mahu tampil menyelesaikan masalah ini kerana setiap wakil rakyat menuding jari sesama sendiri siapa yang patut menyelenggarakan Pekan Sampah Semporna, sehingga jalan di dalam pekan langsung tidak diselenggara,” kata Abdullahsani yang juga Pengerusi Local Community Forum Tun Sakaran Marin Parks.


tempatan berhubung keadaan pekan Semporna yang bukan sahaja mempunyai dua menteri penuh di peringkat negeri dan persekutuan, malah empat Wakil rakyat; namun tidak seorangpun yang peka dan prihatin terhadap rungutan rakyat dan pelancong.


Kesemua wakil rakyat, kata Abdullahsani masing-masing sibuk dengan urusan mereka di ibu negeri dan ibu kota dan hanya kembali ke Semporna secara senyap-senyap seperti kelawar dan meninggalkan Semporna seperti pencuri tanpa sempat berjumpa rakyat.


Menurut Abdullahsani, beliau sering dilontarkan pelbagai soalan oleh para pelancong dan rakyat

Sehubungan itu, beliau menggesa agar Majlis Daerah dan Jabatan Kerjaraya segera membaiki jalan di dalam Pekan Semporna yang tidak ubah seperti sebuah perkampungan di Filipina Selatan.


“Semporna mempunyai aset pelancongan semula jadi kelas dunia; tetapi oleh kerana pekan Semporna begitu mundur dan daif, maka rakyat Semporna tidak mendapat manfaat langsung daripada pelancong yang hanya ke Sipadan dan pulang tanpa membelanjakan wang mereka di Pekan Semporna,” ujar Abdullahsani yang agak kesal dengan senario yang berlaku.

1 ulasan :

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar,

Berpandukan gambar yang diletakkan, saya rasa hal saperti ini, tidak perlu libatkan Ahli Yang Berhormat untuk tujuan mencari kesalahan.

Pegawai Daerah, Pegawai Majlis Daerah atau pun Jurutera Daerah (kalau dalam bidang kuasa mereka) pun sudah memadahi untuk menyelesaikan perkara ini.
Otherwise, apa pula kerja dan tanggungjawab pegawai-pegawai tersebut?

Dalam kaedah pentadbiran kewaangan, bukan nya YB yang tanda tangani pembayaran. So kenapa pegawai-pegawai kuasa tempatan tidak perihatin terhadap perkara saperti ini?

Dalam zaman saya, masaalah yang begini basic, kami selesaikan dengan secepat mungkin tanpa melibatkan YB.

Arah kontraktor tempatan yang proakif untuk membaik pulih dan runding bayaran kemundian. Kalau tidak silap saya, dalam kes begini dan kalau terdesak, kami gunakan Arahan Perbendarahan 54, 55 dan sebagainya.

Itu sahaja dan semuga sukses.