Spekulasi tentang kedudukan Najib yang semakin kehilangan kepercayaan dari ahli UMNO sudah mula 'meletus' bagaikan daging gajah yang tidak boleh ditutup lagi. Pendekatan serta strategi politik Najib yang dilihat bersifat defensif ,nyata menimbulkan banyak auta dalam UMNO dan kerajaan. Banyak isu besar yang berlaku selama dalam pemerintahan Najib telah menimbulkan polemik berpanjangan kepada kerajaan dan ahli parti. Krisis ekonomi global yang menyaksikan kenaikan harga barang yang melambung tinggi telah turut dirasai tempiasnya oleh ekonomi negara. Penstrukturan beberapa subsidi kepada rakyat terutama melibatkan subsidi harga minyak tidak dapat menampung kebocoran pengurusan aset dan kewangan negara. Malahan Kerajaan tindakan kerajaan menggugurkan kes saman ke atas jutawan Tajudin Ramli turut menimbulkan banyak persoalan tentang kredibiliti kerajaan bersangkutan denhgan kepentingan awam dalam Syarikat berkaitan dengan Kerajaan.klik Tajuddin Ramli.
Begitu juga dengan pembelian saham MAS oleh Tony Fernandez ,menyaksikan Air Asia memegang saham MAS sebanyak 46.8%. Urusniaga ini bukan sahaja dilakukan seakan-akan"rahsia' tetapi juga tidak menarik minat Najib untuk mengurangkan kebimbangan rakyat dalam soal monopoli syarikat penerbangan di negara ini, yang akhirnya boleh mewujudkan kebimbangan akan kenaikan harga tiket dan perkhidmatan MAS. Airasia bakal ambil alih MAS
Kedudukan ekonomi Malaysia yang dibebani hutang luar juga 'merimaskan' banyak ahli ekonomi. Najib dalam beberapa kenyataannya memaklumkan bahawa kedudukan ekonomi negara berada pada kedudukan yang baik dan selesa. Kerajaan Malaysia seperti yang dilaporkan oleh media berhadapan dengan hutang RM 101.65 bilion dalam tempoh tiga tahun iaitu dari tahun 2010 hingga 2012. Nilai tersebut mencakupi 30% hutang awam di negara ini dan tidak termasuk hutang luar bernilai RM 6.2 bilion dan hutang kepada KWSP bernilai RM 7.2 bilion.Klik Hutang Malaysia RM 101.65 Bilion
Kes menangani tuntutan BERSIH 2.0 dalam sistem pilihanraya di negara ini juga telah menunjukkan pendekatan pentadbiran Najib yang terlalu lemah. Di awal sebelum meletusnya demontrasi jalanan, Najib bukan sahaja tidak cuba menyelesaikan dan melayan karenah BERSIH ini, tetapi juga menggunakan media massa untuk bertindak balas. Namun apa yang menghairankan ialah setelah demontrasi itu 'merosakkan' imej negara, barula Najib bersedia mewujudkan Jawatankuasa Parlimen untuk penambahbaikan sistem pilihanraya di negara ini. Bukankah itu ibarat 'nasi sudah menjadi bubur".
Bukan sahaja Najib, Rosmah Mansor juga dikatakan 'membayangi' stail kepimpinan Najib. Pelbagai skandal yang melibatkan kewangan negara yang mencetuskan suasana tidak puas hati rakyat kepada kerajaan gagal di sembunyikan oleh Najib, terutama berkaitan dengan isterinya, Datin Rosmah Mansor. bermula dengan peruntukan PERMATA dalam belanjawan negara yang mencecah RM 70 juta, kemudian dengan gaya santai melakukan lawatan kebeberapa negara asing dan terkini pembelian cincin dan gelang bernilai jutaan ringgit.Klik ROSMAH MANSOR Isu ini turut tidak mendapat 'pembelaan' sewajarnya dari Najib.
Akhirnya, reputasi Najib semakin kendur.Idea transformasinya baik dari sudut pentadbiran negara dengan KPI dan NKRA, begitu juga dengan transormasi dalam parti UMNO dan BN, tidak dapat menahan arus perubahan yang dicetuskan oleh ahli UMNO sendiri. Bahkan sudah kedengaran ada gerakan dalam UMNO untuk meminta Najib berundur secara baik dan terhormat. Khabarnya gerakan itu disokong oleh ahli-ahli parlimen UMNO dan direstui oleh Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin.Gerakan menjatuhkan Najib.
Apakah Najib akan dapat bertahan lama? atau apakah Najib akan mengikuti langkah Pak Lah? Atau apakah benar kata-kata seorang penganalisis politik bahawa UMNO sebenarnya sudah ketandusan pemimpin berkualiti? Lihat dan dengar apa kata Tun Mahathir mengenai Najib dalam video di bawah:
1 ulasan :
Salam KM..
Kita telah belajar daripada kesilapan lalu yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri M'sia ke-5, dimana segala tindak tanduknya telah menyebabkan keputusan PRU-12 hampir-hampir menengelamkan BN mujurlah Sabah dan Sarawak yang menjadi penyelamat..
Apabila Najib mengambil-alih tampuk pemerintahan Negara, beliau telah bersusah payah untuk membuat pembersihan disebabkan banyaknya sampah sarap hasil peninggalan PM ke-5, bukan perkara mudah untuk kita meyakinkan rakyat semula dgn dasar-dasar yang akan dan telah dilaksanakan oleh Kerajaan, memandangkan Dato' Seri Najib dan Barisan Kabinet telah mengambil langkah-langkah yang drastik bagi mengembelingkan segala jentera Kerajaan demi memulihan semangat rakyat M'sia bagi merealisasikan impian negara maju tahun 2020, dan sekarang nampak jelas bahawa Kerajaan berada dilandasan yang betul dan keyakinan rakyat bertambah dgn usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan....Alhamdullilah.
Post a Comment