Monday, August 8, 2011


Tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam ( CUEPACS ) untuk menndapatkan dua bulan Bonus bagi 1.27 kakitangan Awam dan 590,000 Pesara di negara ini tidak kesampaian apabila kerajaan hanya memberikan setengah bulan gaji atau paling minima RM 500 ringgit , sempena Hari Raya Aidilfitri yang dijangka di sambut pada 30 atau 31 Ogos ini.

Pemberian bonus ini dikatakan melibatkan perbelanjaan kerajaan hampir 2 bilion ringgit. Bagi sesetengah pegawai awam menyifatkan tindakan kerajaan sebagai murni untuk membantu sejumlah pegawai perkhidmatan Awam yang beragama Islam di negara ini yang akan menyambut satu syawal penghujung ogos ini.


Ada juga yang menyatakan kekesalan kerana tuntutan CUEPACS tidak dipenuhi oleh kerajaan, sedangkan harga barang dan perkhidmatan melonjak sejak akhir-akhir ini terutama pada musim perayaan. Ini membebankan rakyat sedangkan ekonomi negara seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan berada pada kedudukan selesa.

Bagi sebilangan penganalisis politik pemberian bonus ini adalah petanda bahawa PRU 13 semakin dekat. Ada yang meramalkan paling tidak pun selepas hari raya ini.


GEORGETOWN : Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Perkhidmatan Awam ( CUEPACS) masih menaruh harapan kerajaan akan menimbang semula pemberian dua bulan bonus kakitangan awam selepas ekonomi negara menunjukkan perkembangan memberangsangkan. Presidennya Omar Osman berkata beliau berharap rayuan pemberian bonus kakitangan awam itu akan dipertimbangkan tahun ini.

" kami faham bahawa pada tahun lalu berikutan kegawatan ekonomi global, kerajaan terpaksa menolak permintaan itu tetapi kami berharap kerajaan akan menimbang permintaan kami tahun ini kerana ekonomi negara semakin pulih" katanya kepada pemberita.

Beliau berkata sejak perdana menteri Datuk seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa ekonomi negara telah merekodkan pertumbuhan sebanyak 10.1 peratus bagi suku pertama tahun ini Cuepacs berharap permintaan bagi pemberian dua bulan bonus kakitangan awam akan dapat dipenuhi.

Beliau juga menggesa kerajaan supaya mengkaji semula elaun perumahan sebanyak RM80 yang diberikan kepada penjawat awam.

" saya telah berbincang dengan Jabatan perkhidmatan Awam (JPA) berhubung cadangan menaikkan elaun perumahan kepada RM300 dan kami masih menanti maklumbalas dari mereka" katanya kepada pemberita.

0 ulasan :