Sejak kes atau skandal pengambilan Tanah warisan Iranun di Rampayan oleh syarikat pemaju Kinsamewah sdn.bhd. meletus di Kota belud, Bahi Mulia yang juga merupakan adik kepada YDP Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Seri Pangima Pandikar Amin Hj Mulia mula mendapat perhatian terutama di laman sosial fcb. Bukan kerana populariti TSP, tetapi kerana ketegasannya mempertahankan hak dan warisan Tanah masyarakat Rampayan. Ahli Jawatankuasa yang dilantik ntuk menangani kes ini khabarnya turut disertai oleh masyarakat setempat. Walaupun kes ini sudah kepengetahun MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan dan ADUN Tempasuk Datuk Musbah Jamli,namun kedua-dua pemimpin yang dipilih rakyat ini 'nyata' gagal merundingkan keputusan yang memuaskan hati kedua-dua belah pihak. Malahan mungkin kerana ketidakpuasan hati terhadap cara Datuk Rahman menangani permasalahan ini, sudah ada laman fcb yang dibuat sebagai tanda protes kepada ahli Parlimen ini.
Kenyataan Bahi wata dalam beberapa pedebatan di fcb juga mengundang persoalan yang boleh difikirkan:
Kalau berdasarkan surat YB DARD..menjadikan pusat pelancongan mewah, pembangunan hotel bertaraf 5 bintang sesuatu yg sgt mustahil. Ini kerana pemaju akan mengalami kerugian yg sgt besar kerana langsung TIDAK ADA kemudahan asas...TIDAK ADA JALAN RAYA, TIDAK ADA TELEKOMUNIKASI, TIDAK ADA BEKALAN AIR, jauh tersorok dari pekan apa lagi bandar... Untuk membangunkan sahaja 3 kemudahan asas ini memerlukan puluhan JUTA...so di mana
letaknya KEWAJARAN pembinaan hotel mewah di sini.
Beberapa hotel di KK pun gagal bertahan. Ini kerana pelancong lebih tertarik melancong ke Pulau Bali, Pulau Phoket, dll distinasi pelancongan yg tidak ada sekatan..mereka boleh separuh bogel, berjemur di pantai sesuka hati..Arak dan perempuan jadi langganan utama serta pusat perjudian. ini yg boleh menghidupkan hotel2 mewah.... Dapatkah ini diterima dan dilakukan di Kota Belud yg kaya dengan budaya ketimuran?
HOTEL MEWAH KONON.... Anjing dan Sapi di Kota Belud pun sampai sekarang TIDAK PANDAI SELESAI...MASALAH SAWAH PADI DI JAWI-JAWI YG DITENGGELAMI AIR walau hujan turun sekejap saja pun tidak ada jalan penyelesaian...Mana JELAPANG PADI KOTA BELUD yang tidak menelan peruntukan ratusan juta?... Inikan pulak, hutan rimba hendak dibangunkan...
Adakah benar PEMBANGUNAN ? ATAU TANAH RAMPAYAN DIJUAL UNTUK MENDAPAT KEUNTUNGAN? .......Pendapat kamu betul dik, adakah company besar main beli saja tanah tetapi tidak buat SWOT Analysis....
SEPERKARA LAGI : Sibuk sangat membawa PEMBANGUNAN MEGA di Rampayan.... Inikah warga Kota Belud mahukan, sedangkan air minum mereka pun tidak ada...semua kemudahan asas belum lagi ditunaikan oleh kerajaan...
1. Berapa peratus jalan raya yg telah berturap di Kota Belud ?
2. Berapa Peratus rumah yang mnerima bekalan elektrik ?
3. Berapa Peratus rumah yang menerima air bersih ?
4. Berapa Peratus penurunan Miskin Tegar ?
5. Berapa Peratus peningkatan Pendapatan Isi Rumah ?
6. Berapa Peratus penurunan gejala sosial d Kota Belud ?
7. Berapa Peratus peningkatan Belia yang ke menara gading ?
8. Berapa Ekor Lembu & anjing yg berkurangan bersantai d Pekan KB ?
Ramai sudahkah belia yg menjadi usahawan yg dibantu dan diasuh oleh MP Kota Belud sehingga PEMBANGUNAN MEGA MENJADI KEUTAMAAN....
1. Berapa peratus jalan raya yg telah berturap di Kota Belud ?
2. Berapa Peratus rumah yang mnerima bekalan elektrik ?
3. Berapa Peratus rumah yang menerima air bersih ?
4. Berapa Peratus penurunan Miskin Tegar ?
5. Berapa Peratus peningkatan Pendapatan Isi Rumah ?
6. Berapa Peratus penurunan gejala sosial d Kota Belud ?
7. Berapa Peratus peningkatan Belia yang ke menara gading ?
8. Berapa Ekor Lembu & anjing yg berkurangan bersantai d Pekan KB ?
Ramai sudahkah belia yg menjadi usahawan yg dibantu dan diasuh oleh MP Kota Belud sehingga PEMBANGUNAN MEGA MENJADI KEUTAMAAN....
2 ulasan :
Salam Kelapa Mawar,
Agak nya, moral cerita disini ada lah YB-YB yang dimaksudkan gagal melaksana tanggung jawab mereka kepada Rakyat Kota Belud? Justeru, mereka perlu digantikan dengan muka-muka baru atau pun dengan suka rela mereka menggundur diri, sebelum diundurkan? Ini pasti nya kes berat lagi dahysat!!!
Soal perancangan yang berasaskan wawasan di Rampayan itu, agak nya tidak salah juga kalau ia nya di ‘Blue Print’ kan sebagai panduan di masa akan datang.
Pada pandangan saya, kawasan yang terletak dipesisiran pandai mulai dari Pantai Emas, Nanamun dan Rampayan laut, memang menarik, exotic ,mystic, romantik dan lagi unik untuk di bangunkan sebagai ‘International Classes Coastal resort’; ala-ala Santa Monica of Los Angeles, USA.
Kalau tidak silap saya, jajaran pantai tersebut ada lah yang terpanjang di Malaysia. Dengan pasir semula jadi yang berkeliu-kilauan saperti emas ketika dipancar mata hari.
Sejurus dengan itu, pemandangan diawal senja amat cantek , sunyi (melancholy) lagi menyayat hati. Suasana ketika itu, bisa menimbulkan 1001 makna kepada yang dapat menilainya.
Dalam keadaan begini, sifu saya Pernah berkata dalam bahasa inggeris, “ In a situation like this, they can take away my Body and my Soul but no one can take away my Dream”!!!
8 Rangkaian persoalan yang KM nyatakan di sini, sememang nya sungguh releven. Namun untuk merealisasikan semua ini, ia nya memerlukan commitment jati dari semua pehak ( Pemimpin Politik, NGO dan Pegawai Kanan Kerajaan) bukan hanya sekadar meletakkan nya pada wakil rakyat.
Semua pehak kena menyatupadukan hala-tuju bersama. Disamping, ada nya semangat patriotic dan tekad dalam kalbu masing-masing untuk mahu melihat Kota Belud sebagai sebuah daerah yang menarik di mata Malaysia dan seterusnya Dunia…Mungkin suatu hari kelak.
Fikir-fikirkan lah dan semuga sukses selalu. selamat berpuasa!!
Salam KM..,
Adinda Pendekar wati kembali setelah lama menyepi...
Pandangan tuan Solymone hanya boleh " hold water" jikalau ada keperluan asas di Kg. Rampayan.
Apalah gunanya membina HOTEL 5 Star, jikalau keperluan asas tidak dapat dipenuhi.
YB. DARD perlu lebih peka akan tangisan penduduk di KB dan di Rampayan
Post a Comment