Saturday, August 13, 2011


Ada sekeping tanah di Kota Belud yang keluasannya lebih kurang 900 ekar yang terletak di Jalan Rampayan Laut, Kota Belud Sabah, Malaysia. Tanah ini dulunya milik oleh Lion Group, satu syarikat yang beribu pejabat di Singapura. satu syarikat yang listed dalam KLSE. Selain itu Syarikat itu memiliki Sabah Forest Industries di Sipitang.



Tanah 900 ekar ini dianugerahkan oleh Kerajaan Berjaya dan SFI diswastakan semasa kerajaan PBS dan diletakkan ke tangan Lion Group semasa kerajaan BN. Semuanya berlaku di atas kehendak dan kuasa yang menggunakan "political will" kalau bukan political guts.



Lion Group pada asalnya mengusahakan Perladangan Udang atas intiti syarikat AQUA BIO. Khabarnya tanah seluas 900 ekar itu kini telahpun dimiliki oleh Air Keroh Resort Sdn Bhd. Nyatanya Air Keroh RESORT ini punya rencana DI ATAS KERTAS VERY DECEPTIVE untuk melaksanakan Aqua Tourism? Jika tidak, kenapa ianya menggunakan intiti sebagai RESORT di atas tanah yang asalnya diluluskan untuk AQUACULTUR.



Tapi yang jelas tanah itu kini telah BERTUKAR tangan aka bertukar tuan. Dijual? Ditransfer sebagai pelaburan Saham? Digadai?.. Kita semua masyarakat Kota Belud sudah tiada kuasa ke atas tanah itu kerana ianya sudah menjadi "PRIVATE PROPERTY" ATAU "HARTA PERSENDIRIAN". Hatta kita menangis dengan airmata darah sekalipun, hak ke atas tanah itu tidak akan bertukar semula ke tangan Masyarakat Kota Belud.



Oleh kerana tanah itu diluluskan dengan menggunakan political power kalau bukan political guts, adakah pemimpin dan pembesar negeri yang sanggup mengambil kembali tanah ini dan mengembalikan kepada rakyat dengan menggunakan "political power kalau bukan political guts?



Lion Group sebuah syarikat besar bertaraf antarabangsa. Apakah Kinsa Mewah yang dreaming merampas Tanah Warisan Rampayan lebih mewah dan besar dari Lion Group? I am sorry to ask!



Tanah Lion Group sudah bertukat tangan dan bertukar tuan. Palis palis, jika Tanah Warisan diluluskan kepada Kinsa Mewah, tidak cukup kita belajar dari sejarah yang terpampang di hadapan mata kita?



Jika dagang yang lalu telah kita tanakkan dahulu, apakah kita akan tanakkan dagang lalu yang satu lagi ini? Apakah kita menyerahkan bulat-bulat kepada takdir yakni jika takdir menyerahkan tanah Warisan Rampayan itu kepada Kinsa Mewah maka kita PASRAH!.



Dulu ibu bapa kita "hanya bersekolah atap dan menggunakan cap jampol di samping menghadiri kelas Al Quran yang kini sering dikaitkan dengan kelas Fardhu Ain. Kini kita naik turun di menara gading. Apakah kita semakin lemah atau mudah kelabu kerana habuan pangkat dan wang ringgit dari PROJEK?



Saya teringat kata-kata mantan SKN..Setiausaha Kerajaan Negeri.. Katanya "Politicians come and go BUT before they leave, they have done a lot of damages"...Well I agree to disagree anyway...Tetapi pemimpin dengan kalibar tetap teguh dengan pendirian "mengenepikan kepentingan peribadi demi kepentingan dan maruah umum" adalah yang disanjung dan sebalik akan kita sanggah!



Selamat meneruskan Ibadah Puasa dan Selamat Maju jaya.

Ehsan:

12 ulasan :

SABAHKITA said...

kenapa pula tajuknya lain..Kenapa mau beri pengajaran kepada DARD..dia tu mmmg sudah cukup ajar...mengajarpun boleh..

BELUM PENDEKAR said...

Sdra Sabahkita, untuk isi yang betul kepada Tajuk berkenaan, saya in gin mencadangkan kepada sdra mara kita di kampung berkenaan supaya menulis satu memorandum yang ditandatangani bersama kepada YAB PM. Biar kita sampaikan perkara ini kepada YAB supaya beliau tidak lagi memilih pemimpin seperti ini dalam pilihanraya umum ke 13 kelak. Kalau ini berlaku, nah baru lah jadi pengajaran kepada DARD.

BELUM PENDEKAR

mantra said...

kena pastikan tanah tersebut dibangunkan dan penduduk mendapat manfaat daripadanya.

zam said...

yang penting, apa pun yang ingin dilaksanakan pastikan ianya baik untuk rakyat. banyak pekara yang perlu diteliti dan kepentingan semua pihak perlu dijaga dengan sebaiknya.

Sanih Alias said...

Tajuk lain maksud yang ditulis pula lain. Pengajaran atau tidak itu tidak penting sekarang. Tapi lihat dari cerita ini kisah tanah ini sudah begitu lama dan bertukar-tukar pemiliknya. Kenapa boleh berlaku begini biarlah mereka yang tahu saja menjawabnya.

Hamdan Hadillah said...

Tajuk tidak penting tapi isi itu yang memberikan seribu makna. Mungkin masalah tanah ini akan mendapat kata putus dari semua pihak yang terlibat mengusahakannya. Pastikan tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku. Selesaikan secara baik dan aman,

POP said...

Cukuplah ini...

Anonymous said...

DARD sebenarnya berada dalam situasi yang sukar. ketika beliau bertungkus lumus membawa pembangunan ke daerah KB, dalam masa yang sama beliau perlu juga menjaga kepentingan penduduk KB.

mungkin penduduk KB sendiri perlu memberikan cadangan dimana lokasi yang sesuai untuk membangunkan potensi daerah itu. jika tidak ada langsung lokasi yang sesuai untuk tujuan pembangunan di KB(jika ikut pertimbangan penduduk KB), rasanya siapapun yang memimpin daerah KB selepas ini tetap tidak akan berjaya membangunkan KB.

Mohd Ishak said...

Harap situasi menang-menang dapat dicapai.

ForestOrchid said...

Tajuk itu hanya gimik...

anri said...

Pembetulan, tanah tersebut bukan terletak di Jalan Rampayan Laut, Kota Belud Sabah tetapi di jalan Rampayan Ulu.

Dalam soal ini kenapa DARD sahaja yang jadi sasaran dan dipersalahkan. Di mana DMJ?sebagai Adun N6 Tempasok apa perananya?.

Bagi saya MP dan 3 Adun di KB perlu bersatu bagi merungkai permasalahan ini.Dan mereka ini adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam isu ini.

ROJOKOBOG said...

Salam KM,
Jika ada kekeliruan dalam masalah tanah seperti yg dimaksudkan jgn lah sampai membabitkan Perdana Menteri, adalah lebih baik diselesaikan di peringkat Kampung, kawasan DUN, Peringkat Daerah dan Negeri (Jab Tanah dan Ukur)untuk menulis memorandunm kepada YAB PM adalah satu perkara yang agak aneh dan akan meninggalkan kesan dan tanggapan yang negatif terhadap para pemimpin di peringkat Daerah, sedangkan penyelesaian boleh dibuat di peringkat yang dimaksudkan..soal memilih calun pilihanraya rakyat boleh menilai sendiri dan pensil utk memangkah berada ditangan mereka..buat lah keputusan yang bijak dan tepat.