Thursday, August 25, 2011


Oleh : ahli Umno Kota Belud.

Seorang ahli Umno KB yang seorang pemimpin muda dari parti berkenaan menimbulkan keresahan apabila mendakwa Majlis bersungkai yang diadakan oleh Tan sri Pandikar Amin bersama dengan masyarakat Kg Rampayan yang diadakan pada 13.Ogos lepas dibuat serentak dengan Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Menteri Sabah di Kota Belud. Ahli UMNO KB ini ketika menjelaskan kepada KM, mendakwa, ekoran daripada penganjuran majlis tersebut, Tan Sri Pandikar Amin yang juga YDP Dewan Rakyat dan merupakan 'Wakil' rakyat Tempasuk yang digugurkan pada PRU 12 lepas terpaksa tidak dapat menghadirkan diri bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman.

Majlis berbuka Puasa bersama Ketua Menteri itu diadakan diperkarangan Masjid Pekan Kota Belud yang turut dihadiri oleh 'rakan' rapat TSP yang juga Timbalan pengerusi perhubungan UMNO Negeri, Datuk Salleh Tun said Keruak, Datuk Rahman dahlan , MP Kota Belud, Datuk Japlin Akim , Datuk Musbah Jamli dan beberapa orang pegawai kanan Kerajaan negeri dan Persekutuan.

Ahli UMNO KB ini mempersoalkan kerana situasi itu seolah-olah menggambarkan keretakan hubungan TSP dengan Musa Aman dan Datuk Salleh Tun said. Apakah desas desus sebelum ini yang menyatakan sudah mula wujud ketidaksefahaman antara DSSK dan TSP dalam percaturan politik negeri? kata beliau . Atau apakah TSP telah mula menghidu beberapa insiden politik di Sabah yang memungkinkan tokoh politik Iranun ini tidak 'mendapat' tempat pada PRU 13?

Masih menjadi teka teki kerana, dalam politik semuanya adalah kemungkinan yang tidak boleh dijangka.Bersama kita tunggu apa kesudah politik di KB

3 ulasan :

PENYANGGAH said...

Saya dengar DSSK bersama sama dengan pemimpin pemimpin Bahagian yang lain telah singgah di rumah TSPA pada malam itu. Kalau ada keretakan tidakkan beliau berbuat demikian.

Saya juga ada dengar desas desus bahawa TSPA tidak minat untuk bertanding tetapi telah membuat pendirian bahawa sesiapa sahaja yang akan diletakkan oleh Perdana Menteri untuk bertanding di Tempasuk perlu "endorsement" dari TSPA.

Saya berpendapat Perdana Menteri tidak akan mengenepikan pandangan seorang pemimpin yang dia hormati dan percayai yang secara kebetulan adalah dari suku Iranun dan mantan wakil rakyat Tempasuk.

Alahai! Kalau lah saya salah seorang pemimpin pelapis dari kalangan masyarakat Iranun atau Bajau yang ada niat untuk bertanding dalam PRU13 di kawasan Tempasuk, saya akan mendampingi TSPA pada setiap ada kelapangan.

Dalam pada itu, saya amat setuju dengan pandangan Kelapa Mawar bahawa dalam politik semuanya ada kemungkinan yang tidak boleh dijangka.

Mungkinkah Perdana Menteri bertindak untuk menurunkan TSPA dari Speaker Dewan Rakyat untuk bertanding di negeri sebagai ADUN dan diangkat sebagai Ketua Menteri Sabah?

TSPA sememangnya berkeupayaan dan berkemampuan untuk menjawat jawatan Ketua Menteri.

ROJOKOBOG said...

Salam KM,
Acara berbuka puasa tersebut secara kebetulan telah bertembung, tidak ada yang tersirat mahu pun yang tersurat disebalik kedua-dua majlis ini. Isu ini agak remeh dan kebetulan di bulan yang mulia ini berburuk sangka terhadap seseorang adalah amalan syaitan dan ditegah oleh Islam.

Jadual berbuka puasa Ketua Menteri telah disusun atur sebelum Ramadan lagi,Tan Sri Pandikar mungkin tidak ada masa yang lain bagi acara tersebut disebabkan jadual tugas yang terlalu penuh, saya mat setuju dgn Penyanggah dalan ulasan beliau...

BATU MENUNGGUL said...

seandainya tspa tidak mahu bertanding dan memilih anaknya atau adiknya baiwata, saya rasa 60% kau irranun akan menentangnya sebab kaum iranun berfikiran politik irranun bukan politik legasi keturunan lagipun tspa tidak banyak berjasa kepada kaum irranun tetapi kaum irranun yang banyak berjasa kepadanya.. kalau tak percaya tanya tspa.. kalau tak mengaku buat sumpah laknat barulah terbukti........