Berikutan bantahan penduduk sekitar Kg Rampayan dan yang sewaktu dengannya, hasrat sebuah syarikat swasta membangunkan persisir pantai perkampungan itu dengan mendirikan hotel bertaraf 5 bintang 'ditangguhkan' sementara waktu sehingga segala penjelasan dan keputusan dapat dicapai. Kes pengambilan tanah pesisir pantai Kg Rampayan telah mecetuskan konflik di daerah Kota Belud apabila penduduk yang rata-ratanya adalah dari keturunan Iranun mendakwa hak mereka selaku penduduk asli di kawasan itu 'dinafikan' apabila permohonan tanah oleh mereka tidak mendapat perhatian dari kerajaan, sebaliknya ada ura-ura kerajaan akan memberikan tanah berkenaan kepada Syarikat Kinsamewah sdn. bhd. untuk dibangunkan.
Isu perbalahan penduduk dengan MP Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan mendapat liputan luas media massa dan media alternatif , sehingga beberapa siri perdebatan berlangsung di laman sosial FCB, dan berikutan itu satu Jawatankuasa Bertindak penduduk Kampung telah ditubuhkan dianggotai oleh Ketua Kampung dan JKKK kampung berkenaan.
Dalam artikel terdahulu, nasihat kepada Datuk Rahman berhubungtanah warisan Kg Rampayan yang didasarkan kepada beberapa siri perbincangan sehala dengan beberapa orang cerdik pandai dan politikus muda dari suku Iranun, Saya cuba mengetengahkan beberapa resolusi kepada permasalahan itu termasuk meminta Datuk Rahman Dahlan mempertimbangkan sensitiviti masyarakat setempat dalam membuat perundingan dan keputusan. Selain itu saya juga mengesyorkan supaya DARD dapat menemui Tan Sri Pandikar ( Walaupun khabarnya pertemuan telahpun diadakan) mengenai permasalahan itu. Malahan peranan TSP dalam kemelut ini sangat-sangat dituntut, kerana sebagai pemimpin suku Iranun, TSP yang juga YDP Dewan Rakyat adalah berasal di perkampungan itu.
Seorang cendekiawan Iranun Sdr Kibin Hj Samad yang juga mantan setiausaha politik kepada TSP ketika menjawat Kementerian kerjaraya Sabah dalam artikelnya yang kemudian saya postkan kembali dalam blog ini dengan tajuk pengajaran buat Datuk Rahman. juga menganggarkan akan berlaku 'kerugian' yang amat dahsyat kepada penduduk setempat bila tanah warisan berkenaan dibangunkan dan diberikan kepada syarikat swasta, berdasarkan pengalaman yangf dialami juga melibatkan pengambilan tanah seluas 900 ekar kepada Syarikat luar yang berpangkalan di Singapura.
Ekoran daripada itu, khabarnya TSP akan mengadakan majlis bersungkai dengan penduduk sekitar perkampungan berkenaan pada Sabtu ini seperti gambar iklan diatas. Antara tujuan yang dikenalpasti yang memberikan penerangan kepada penduduk mengenai status 'perbalahan' itu. Response daripada beberapa pemimpin muda Iranun, mempertikaikan tindakan TSP itu kerana seperti yang tertera di Banner itu hanya melibatkan kampung yang terlibat dan bukannya keseluruhan suku Iranun. Mereka mendakwa, orang Iranun di perkampungan lain seperti Kg, Pantai Emas, Tawadakan, Kota Bungan, Merbau, Kuala Pintasan, Tamau, Kota peladok, Pandasan dan sebahagian di Sarang tidak diundang. Sedangkan suku lain yang mendiami`perkampungan lain juga mempunyai perkaitan sedarah dengan suku Iranun di kampung Rampayan.
Mengapakah kata mereka permasalahan ini tidak dijadikan isu atau masalah sejagat umat Iranun di Kota Belud. Supaya golongan minoriti ini kata mereka dilihat lebih bersatu dalam bersama-sama mempertahankan kedaulatan tanah yang didiami oleh suku Iranun lebih 3 dekad. Apakah masih wujud prinsip "pecah dan perintah' dalam tradisi moden politik suku minoriti ini? Bagaimanakah perjuangan politik Iranun dapat menyakinkan suku lain di Kota Belud jika keadaan ini terus -terusan berlaku? Begitu, antara persoalan yang dikemukan kepada Saya tika perbincangan non-formal berlangsung.
Mungkin ada kebenaran atas kebimbangan ini, tetapi kita percaya TSP tidak akan sanggup ;bersengkongkol' dengan pihak-pihak yang didakwa 'mendalangi' kemelut tanah Warisan ini, Justeru adalah lebih adil jika pemimpin muda Iranun bersama memantau perjalanan kes atau skandal tanah Warisan Rampayan itu. Supaya yang kalut akan dapat dirungkai dan yang kabur dapat dijernihkan semula.
0 ulasan :
Post a Comment