Sunday, August 21, 2011


Saman malu. Itu tindakan yang sedang dipertimbangkan oleh Azmil Mustapha berhubung isu ceramahnya di Masjid An Nur Kampung Melayu Subang yang telah menimbulkan kontroversi ekoran beberapa komen yang dibuatnya dalam ceramah tersebut.

Bekas penyanyi dan pelakon 80-an itu mendakwa laporan yang disiarkan oleh pihak akhbar tentang ceramahnya yang dikatakan berbau politik itu telah diambil di luar konteks.

“Saya sedang menimbangkan untuk saman malu, bukan saja pada mereka yang membuat laporan tersebut bahkan pihak akhbar yang menyiarkannya kerana melaporkan tanpa memeriksa terlebih dulu betul atau tidak kejadian itu berlaku,” kata Azmil ketika dihubungi. Ahad.

Dia mendakwa isi ceramahnya telah diputar belitkan dan laporan yang dibuat adalah di luar konteks, termasuk komennya tentang haji dan zakat yang tidak diterima Allah terhadap seorang tua yang telah bangkit meninggalkan masjid tersebut.

“Saya tidak membuat teguran itu ke atas mana-mana atau sesiapa secara individu dan ayat-ayat yang saya guna dalam ceramah adalah ayat Al Quran.

“Dan, saya ada sebut, kalau saya salah, maka salahlah Al Quran.Tapi kemudiannya ada laporan sebut yang saya tolak Al Quran. Banyak yang diambil di luar konteks,” katanya yang kini telah bermastautin tetap setelah lima tahun berada di Syria.

“Saya bagi ceramah di ratusan tempat, tetapi tidak pernah pun ada masalah. Kandungan ceramah saya serupa, hanya diubahsuai sedikit mengikut kesesuaian tempat,” katanya yang akan mengadakan ceramah yang sama di Kedah esok.

“Lepas saya balik dari Kedah itu, baru saya fikirkan dan bincang bersama peguam saya, berdasarkan laporan polis. Setakat ini saya belum lagi melihat laporan itu,” katanya yang mahu bertemu JAIS miinggu depan.

Ditanya tentang komennya terhadap Yang Dipertuan Agong, ini jawab Azmil, “Saya kata begini, sesetengah orang mengagong-agongkan Sultan Mizan, tapi tidak mengagongkan Tuhan.”

Tentang Perdana Menteri pula, jelas Azmil, “Benar saya ada sebut tentang PM jumpa Pope. Yang saya persoalkan adalah mengapa perlu seorang pemimpin dari negara Islam pergi ke Vatican City untuk berjumpa Pope?

“Apa maknanya kunjungan itu? Saya tanya dalam ceramah saya, apa perlunya ke Vatican City dan berbuat begitu? Ini bukan cerita saya reka, PM memang ada ke Vatican City jumpa Pope dan ini dilaporkan dalam media.

“Sebagai seorang Islam, saya bertanya, apa perlunya semua itu? Apakah salah saya bertanya, sedangkan kita ini berada dalam sebuah negara demokrasi, dan kita bebas bersuara,” tegasnya.

Azmil juga tidak menganggap pandangan dan tindakannya sealiran dengan PAS bahkan menolak andaian yang dia telah memberikan ceramah politik.

“Sudah 60 tahun umur saya, semaklah di mana-mana saya tidak pernah mendaftar sebagai pengundi. Saya tidak pernah mengundi dan tidak pernah minat dengan politik. Jadi tidak timbul saya bagi ceramah politik,’ jelasnya

5 ulasan :

Wau Janak said...

"..kalau saya salah, maka salahlah Al Quran.."

Hebat! maksudnya alQuran berbapndukan dialah? sb kalau dia buat salah, maka alQuran ikut salah?

setahu aku, kita ikut alQuran. jk kita buat salah, alQuran tetap betul. cuma kita yg tersalah ikut alQuran.

hebat sungguh ustz ni kan!!!?

Wau Janak said...

mmg salah ptnyaanmu. sbb kau tny apa perlunya pm pergi vatican jumpa pope. seolah2 pm kesana2 semata2 nk jumpa. walhal pm kesana atas urusan lain. pope yg nak jumpa pm dan pope yg undang pm utk berjumpa dgnnya..ada beza tu.jelaskan? bukan pm yg dtg nk jumpa!

Ohmalaysiagemilang said...

Tentang Perdana Menteri pula, jelas Azmil, “Benar saya ada sebut tentang PM jumpa Pope. Yang saya persoalkan adalah mengapa perlu seorang pemimpin dari negara Islam pergi ke Vatican City untuk berjumpa Pope?

Apa kuasa dan hak dia nak persoalkan perjumpaan pemimpin negara dgn pemimpin negara lain. Pope adalh ketua negara Vatican City. kenapa jumud sgt fikiran ustaz ne. Perjumpaan dilakukan atas keperluan strategik antara negara dgn negara.. lebih2 pulak dgn Vatican City yg memiliki pengaruh terhadap 1.2 bbillion penganut Roman Catholic seluruh dunia. Dah tak tahu soal politik selain polisi dan perhubungan antarabangsa.. nak juga dok cerita pasal benda2 ne. Nak tokok tambah utk naikkan nilah ceramah dan kredibliti isi ceramah kah..?.. belajar lagi lah.. sekadar 60 tahun hidup tak bagi lesen untuk seseorang itu ckp mencarut tak tentu pasal.. besar kesannya..

Pemuda@24 said...

>wau janak..."..kalau saya salah, maka salahlah Al Quran.." mungkin belaiu berkata begitu dalam konteks seperti ini " Quran mengatakankan judi, arak, bertenun nasib itu haram, maka saya pun mengatakannya itu semua haram, maka salahkah saya mengharamkan semua itu? Maka, kalau saya salah, salahlah apa yang disebut Quran itu..."

cimie said...

betul la tu..panduan dia alquran.. klaw hnpa kata dia salah.. mka slah lah panduan yang dia ikut tu. tp apkah setiap perkataan2 suci itu adlah salah ? hngpa semua kalut.