Thursday, August 11, 2011



Bertahun saya tidak mengunjung laman ini. Lama saya berehat menulis dalam ruang blog ini. Kekadang rindu juga hendak menulis tetapi kekangan waktu dik kerja selalu mengalahkan niat saya menulis. Rindu kampung halaman yang teramat membuatkan saya ingin menulis dan menggagahi waktu dan kekangan tugas.



Salam ketemu kembali rakan-rakan di dunia cyber.


Dagang lalu ditanakkan, kera dihutan disusukan, anak dibiarkan menangis kelaparan. Anda sudah tahu maksud peribahasa ini kerna saya tahu anda bijaksana. Namun siapakah dagang yang lalu itu lalu kita keluarkan isi dapur kita untuk kita tanakkan buat santapannya?. Dangang ini kan orang luar!



Nasib anak bangsa kita TIDAK akan diperjuangkan oleh ORANG LUAR. Malah Sidagang akan memperdagang kita dan harta kita, hak kita, harta kita termasuk tanah warisan kita hinggalah ke genarasi kita untuk kepentingan si dagang. Dan sidagang akan pulang.



Teringat saya kisah seorang penduduk di Kampung Rosok yang sanggup berkorban dihujung senjata kerana mempertahankan hak dan tanahmya. BUKAN tanah NCR (Native costomery Right) tapi konon tanah kerjaan tetapi telah didiaminya sejak turun temurun tetapi dia tercabar kerana tanahnya diambil pemerintah atau individu. Di mana tanah NCR di Kota Belud?. Orang itu papa harta benda tetapi mati dihujung senjata pemerintah. Ke mana menara dan keagungan ketua pemerintah yang membawa sengketa si papa yang dirampas tanahnya dan diragut nyawanya? Gugur dan gugur dan gugur tanpa bisa bangun......



Tanah yang keluarga anda duduki dengan rumah besar atau usang sejak turun temurun di Kampung Rampayan Ulu, Rampayan Laut dan Kg Kayu Putih, Kg Nanamun, Kilapi, Tapukan..Pintasan ke Pantai Emas. Adakah status tanah tapak rumah anda dan halamannya berstatus NCR? Ada surat mengatakan itu NCR? JAWABANNYA TIADA...JADI status bukan NCR ini senjata yang digunakan untuk merampok harta anak-anak bangsa kita? atau sekadar MENGHALALKAN YANG HARAM?

Penulis Blog sabahkita: Sdr Kibin Hj Samad..

19 ulasan :

Anonymous said...

kawasan tersebut berpotensi untuk dibangunkan dan dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi KB dan sekaligus membuka peluang pekerjaan.

Anonymous said...

apa pun sebarang isu yang timbul, harap ianya akan diselesaikan dengan win win situation..

Anonymous said...

kerajaan kena pastikan kepentingan penduduk setempat dijaga.

Kris Jr said...

Should ask for win2 situation.

mantra said...

pembangunan kawasan tersebut untuk industri pelancongan mmg dilihat maju dalam pembangunan KB. tapi kerajaan jg kena pastikan kepentingan penduduk setempat tidak terjejas dan mereka mendapat byk manfaat dari pembangunan tersebut.

Anonymous said...

kenapa wujudnya kekeliruan antara tanah berstatus NCR dan tanah kerajaan?

NorthSouth said...

Masing2 ada penjelasan tersendiri. Lebih baik bawa saja ke meja rundingan daripada dibiarkan. Isu seperti ini hanya akan dimanipulasikan selagi tiada win-win situation diperolehi.

NorthSouth said...

Kerajaan tidak boleh mengabaikan suara rakyat dan rakyat juga janganlah pandang sesuatu perkara itu dari sudut yang negatif dan terus-terusan membuat penilaian sendiri. Rakyat harus think out of the box. Siapa tahu pembangunan yang dirancang ini akan membawa lebih banyak kebaikan.

Anonymous said...

kawasan yang akan dibangunkan itu adalah kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan dan seterusnya menaikkan ekonomi KB...lagi pun tanah yang dimaksudkan bukannya tanah NCR..itu adalah fakta..

Anonymous said...

kerajaan bukannya mengabaikan penduduk..kerajaan cuba membawa perubahan yang diminta sebelum ini iaitu pembangunan..kerap kali kedengaran dari mulut2 penduduk KB yang mengatakan mereka terpinggir dari arus pembangunan namun sekarang kerajaan telah memberikan pembangunan yang mana memberikan manfaat kepada penduduk..

Anonymous said...

rasanya tidak perlu disensasikan perkara ini..perkara ini boleh diselesaikan melalui rundingan..

Unknown said...

Mungkin masih banyak pihak belum memahami pembangunan ini. Mungkin mereka cuma memikirkan tanah warisan mereka semata-mata. Tapi ada pampasan atau tidak kita tidak pasti. Tapi pembangunan ini adalah demi masa depan untuk penduduk kawasan itu sendiri.

Hamdan Hadillah said...

Tanah dirampas??Benarkah..Atau ini tajuk dibuat oleh pembangkang sendiri. Rasanya rampasan tidak berlaku. Ini demi kebaikan penduduk itu sendiri bagi pembinaan hotel bertaraf 5 bintang ini dapat memberikan rezeki kepada penduduk.

Ajin b. Gagah said...

Dari apa yang saya perhatikan, Kebanyakan komen yang diluahkan disini terlalu simple dalam menghayati isu yang serius saperti yang diutarakan oleh Penulis blog…Kelapa Mawar.

Antara sebab mungkin, Penulis-Penulis ini;
1) Tidak membaca atau pun tidak memahami hasrat yang tersurat dan tersirat dalam artikel Sdra Kibin HJ. Samad (anak jati kg. Rampayan Laut)
2) Bukan anak tempatan Kota Belud atau pun tidak memahami budaya dan sentiman suku kaum Iranun, terutama sekali dari hal-ehwal tanah.
3) Sekadar meluang masa untuk menulis perkara standard lagi selamat ynag dimanti oleh activist pro-kerajaan saperti YB dan yang lain.

Pada hakikat nya, Walau pun saya lama menatap di Kota Belud dan selalu melawat kawasan yang dipertikaikan, namun maseh banyak perkara yang perlu dihalusi sebelum merancang sesuatu pembangunan yang dirasakan berbaloi untuk penduduk disana.

Dengan tiada niat untuk memperkecilkan kewibawan mereka, penduduk disana mempunyai peraturan sendiri yang agak unik dan bukan mudah untuk kita fahami.
Justeru, menyebabkan salah satu punca kelambatan pembangunan mendekati kawasan tersebut.
Walau apa-apa pun, yang penting; mereka terima dengan hati terbuka, keadaan yang melandah kawasan tersebut.

Kalau dikatakan tiada pemimpin yang berstatus besar disana sebelum, Yb DARD… Ada lah salah. Kerana Kota Belud pada keseluruhan nya pernah mempunyai pemimpin yang berjawatan Yang DiPertua Negari, Ketua Menteri, Menteri Kerja Raya, Senator dan banyak lagi yang menjawat jawatan Pembantu Menteri hingga hari ini. Termasuk jawatan Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri dan juga Dewan Parlimen Malaysia.

Persoalan nya, kenapa mereka hingga saat ini lebih berperanan ‘Do Nothing’? Ada kah mereka ini tidak pekah untuk membangun rakyat disana? Saya rasa tidak. Sebagai seorang individu yang mengenali pemimpin-pemimpin ini dari dekat, saya merasakan bahawa mereka lebih memikirkan situasi budaya dan kemahuan tersirat penduduk setempat. Disamping, kekangan kuasa dan masa yang ada.

Untuk itu, mereka cuba berusaha membangun daerah KB, termasuk kawasan Warisan Iranun dengan istilah pembangunan yang masyarakat di sana lebih serasi… Ia itu pembangunan Insan dan kemudahan asas awam.

Walau macammana pun, nampak nya, perjuangan kearah itu, maseh jauh lagi untuk dicapai oleh pemimpin yang sebelum dan yang sedia nya.

Rasa nya, sesiapa pun didunia ini mempunyai sifat pra-sangka terhadap sesuatu yang kurang jelas dan belum tentu bermanafaat. Sesiapa pun boleh terfikir, kalau kerja-kerja yang kecil pun tidak mampu diuruskan (pembangunan infrastruktur asas dsn); apa lagi sesuatu yang besar…saperti Cadangan Pembangunan Resort di Pantai Emas-Rampayan Laut.

Untuk itu, cuba fikir-fikirkan lah bersama.

POP said...

Memang sukar untuk menggembirakan semua, tanah tidaklah kena rampas...

Anonymous said...

pembangunan ekonomi dan infrastruktur bukanlah segala2nya apabila berhadapan dengan tentangan rakyat atau menyentuh kepada kepentingan rakyat.

dan tanah itu juga bukanlah segala2nya bagi penduduk kampung untuk mengubah taraf hidup mereka jika tidak diusahakan atau tidak ada bukti yang menunjukkan tanah itu berstatus NCR.

Kota belud kini selain dijadikan pusat Jelapang Padi dan agropolitan, juga akan dibangun sebagai pusat eko-pelancongan... dengan berasetkan tanah, laut dan sungai, sudah tentu projek yang hendak dibawa oleh kerajaan itu bersesuaian dengan potensi KB.

jika sebelum ini ramai yang mempertikaikan kemajuan di KB, kenapa tidak mempersoalkan penolakan rakyat KB dalam setiap projek yang hendak dilaksanakan? jika setiap inci tanah di KB tidak boleh disentuh oleh kerajaan, bagaimana agaknya rupa KB 50 tahun akan datang?

walau bagaimanapun, kerajaaan tidak patut membelakangkan kepentingan penduduk sekitar dan menafikan hak mereka untuk sama2 berbincang mencapai kata sepakat berdasarkan win-win situation.. kerajaan perlu menjelaskan dengan segera perancangan tanah seluas 1,200 ekar tersebut serta mencari alternatif lain untuk memuaskan pihak yang merasakan diri mereka tertindas.

Isu tanah merupakan perkara sensitif kini, oleh sebab itu penjelasan yang jitu perlu diberikan.

Mohd Ishak said...

Diharapkan Datuk Rahman Dahlan akan melakukan apa yang diperlukan, jangan mengecewakan rakyat yang menyokong beliau selama ini.

Mohd Ishak said...

Isu tanah perlulah ditangani dengan cara yang terbaik.

Punch Hasham said...

Bukankah seharusnya penduduk mendapat keuntungan secara langsung? Bukankah lebih baik penduduk diberi hak sebagai pemilik tetap Dan sesiapa pun pemaju diberi peluang memajukan kawasan tersebut hata walau keluarga Hilton sekalipun? Bukankah ini jadi satu jaminan kepada penduduk Rampayan bahawa tanah Warisan tersebut tidak akan Di gadaikan Di mana mana institusi kewangan ataupun memasuki pasaran antarabangsa untuk dijual?