Wednesday, August 17, 2011


"Walaupun saya jatuh bangun dalam perjuangan, saya tetap bangga kerana cahaya pembangunan sudah mula kelihatan.Kalaupun saya tidak ada lagi dalam perjuangan ini, harapan saya semoga lebih ramai lagi generasi muda yang tidak pernah mengenai kalah akan dapat meneruskan perjuangan yang suci dan bersalutkan keikhlasan ini".

Inilah antara kenyataan Datuk Musbah Jamli dalam FCBnya berkaitan dengan Projek Jelapang Padi di Kota Belud. Apakah makna di sebalik kenyataan ini?

1. Apakah Datuk Musbah telah patah hati?

2. Apakah datuk Musbah telah sedia maklum beliau sukar dicalonkan di Tempasuk pada PRU 13?

3. Apakah benar Datuk Musbah menginginkan pelapis muda menggantikan tempat beliau?

4. Atau apakah maksud Datuk Musbah sebenarnya?

Terserah pada kalian masyarakat Tempasuk dan Rakyat Kota Belud untuk mentafsirkannya....

3 ulasan :

BELUM PENDEKAR said...

"...Perjuangan yang suci dan bersalut keikhlasan" ????....
- Saya masih tertanya-tanya mengenai kebenarannya.

Salam hormat
BELUM PENDEKAR

PENYANGGAH said...

Jelapang Padi @ Mini Jelapang Padi Kota Belud.

Rasanya Jelapang Padi yang dicanangkan itu semua Sekementerian Pertanian Sabah dan Malaysia BUKANLAH idea dan pemikiran YB kita Datuk Musbah.YB kita hanya menginginkan agar Jelapang Padi itu dapat diwujudkan tetapi orang yang berhempas pulas mempertahankan dan menyediakan kajian dan lapuran serta mempertahankan lapuran dan kajian itu ke Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan Malaysia BUKAN YB kita..YB kita tahu siapa orang itu... Lebih baik tanya dia sebagai Pembantu Menteri atau dia sendiri yang bagi tahu. Baru ADIL...

getah lastik said...

saya dengar kawasan N6 tempasuk lama suda tiada PKRnya(Pemimpin Kemajuan Rakyat)....betul ka tu ar? kalau betul,knapa perkara ini berlaku.