Wednesday, May 30, 2012




Isu 20 perkara semakin 'panas' diperbincangkan di merata media, baik dari blog,Fcb atau Twitter. Kenyataan "tuntas' Datuk Salleh Tun Said selaku speaker Dewan Undangan Negeri Sabah bahawa 20 perkara sudah lama 'lupus', benar-benar mendapat reaksi dari pelbagai pihak. Setakat artikel ini ditulis, rata-rata yang melahirkan kebimbangan mengenai kenyataan itu ialah dari pemimpin KDM. sama ada dari kalangan parti pembangkang ataupun dari kalangan parti komponen BN sendiri terutama dari pemimpin PBS. Selain itu Datuk Lajim Ukin juga turut bersuara. Namun suara Datuk Lajim itu dikatakan bukan atas kesedaran tinggi mengenai keperluan 20 perkara ditunaikan tetapi hanya sekadar mainan politik.

Rakyat Sabah di serata pelusuk Sabah sudah mula 'memikirkan' tentang 20 perkara ini. Persoalan yang bermain di minda mereka ialah BENARKAH 20 PERKARA ADALAH HAK-HAK SABAH YANG TERTUNDA?

Sebagai penulis blog  dan pengamal sejarah di negara ini, kelapamawar memaparkan sedikit sebanyak fakta sejarah mengenai asal kewujudan 20 perkara yang menjadi isu besar menjelang PRU 13 ini :

Pada fakta awalnya, idea penubuhan MALAYSIA ini dicetuskan oleh Tunku Abdul Rahman dalam satu majlis Jamuan Persatuan Wartawan-wartawan Luar negeri Asia tenggara di Singapura pada 27 Mei 1961. Idea itu kemudiannya berjaya direalisasikan kemudiannya pada 16 september 1963. Penggabungan 11 negeri di Tanah Melayu dan dua buah negeri di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak. Ini turut menggabungkan pelbagai dokumen termasuk Rang Undang-Undang Malaysia iaitu Akta Malaysia 1963 dan juga syarat-syarat penyertaan dan peraturan perlembangaan terhadap Sabah, sarawak yang dikenali sebagai syarat 20 Perkara. Perjanjian Malaysia juga tertakluk kepada kemahuan negeri-negeri ini bagi membentuk Malaysia yang dianggap sebagai satu gabungan rakan-rakan kongsi yang bersatu padu untuk membentuk sebuah negara baru dengan ciri-ciri masing-masing. 



Namun begitu, sebelum pembentukan Malaysia, satu siri perbincangan dan penyiasatan telah diadakan di antara bulan Mei 1961 dengan tarikh penubuhan Malaysia berhubung denagn syarat-yarat yang sesuai untuk persekutuan bagi menjamin kepentingan negeri-negeri Melayu termasuk Sabah, Sarawak yang pertama kali bergabung dengan Malaysia. Peringkat awal perkara telah dibincangkan oleh para pemimin dari lima buah negeri iaitu Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei dalam Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Serantau yang diadakan di Singapura pada bulan Julai 1961. Ekoran daripada mesyuarat ini, pada bulan Febuari 1962, sebuah Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia (MSCC) telah mengeluarkan sebuah memorandum yang menyokong Malaysia dan memperlihatkan beberpa syarat am untuk Persekutuan. sebuah suruhanjaya penyiasatan juga telah dibentuk pada Januari 1962 iaitu Suruhanjaya Cobbold berikutan lawatan Tunku Abd. Rahman ke London pada bulan Oktober 1961. Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh Lord Cobbld iaitu bekas Gebenor Bank England. Sementara ahli-ahlinya terdiri daripada Dato' Wong Pow Nee dan Mohd Ghazali Shafie yang dilantik oleh kerajaan Tanah Melayu dan Antony Abell serta Watherston bai mewakili kerajaan British. Tujuan penubuhan suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia dan menerima lebih 2200 memorandum dari pelbagai pihak. Mengemukakan laporan pada bulan Jun 1962.


Hasil daripada tugas yang dijalankan ini didapati lebih kurang 80% penduduk Sabah dan Sarawk menyokong penubuhan Malaysia iaitu kebanyakan terdiri daripada Bumiputera dan 20% menenteng. Laporan ini diperolehi setelah suruhanjaya ini Telah menemui 4000 orang dan menerima tidak kurang dari 2200 pucuk surat dan memorandum daripada parti-pati politik, ahli-ahli mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, lembaga bandaran, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesauan sekerja dan sebilangan besar orang ramai. Majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menertai Malaysia, menerimapakai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, menerima Islam dan bahasa Melayu sebagai agama dan bahasa rasmi.



Suruhanjaya Cobbold telah mengsyorkan supaya Perlembagaan Tanh Melayu yang ada dijadikan asa bagi membentuk perlembagaan Persekutuan Malaysia yang baru. Namun, beberapa pindaan perlu digubal untuk disesuaikan denga kemasukan negeri-negeri baru ke dalam Persekutuan. sehuibungan itu, jaminan-jaminan mustahak perlu dibuat bagi memastikan kepentingan khas negeri-ngeri Borneo terjamin. Oleh itu, negeri Sabah dan Sarawak diminta menyediakan laporan mereka untuk meyertai Malysia. Laporan ini dikaji oleh satu jawatankuasa yang diwakili oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Britain, Sabah dan Sarawak. Maka terbentuknya satu jawatankuasa yang dikenali sebagai jawtankuasa Antara-Kerajaan atau Inter-Governmental Ccommittee pada bulan Ogos yang diberi tugas untuk menyusun perlembagaan Persekutuan yang baru dan perlindungan khas untuk Borneo Utara dan Sarawak.

Jawatankuasa ini dipegerusikan oleh Lord Landsdowne dan timbalannya ialah Tun Abdul Razak. Anggota lain terdiri daripada Donald Stephen, Abang Haji Mustaffa, Temenggung Jugah, seorang wakil Britain dan seorang wakil Persekutuan Tanah Melayu. Sebanyak lima buah jawatankuasa kecil berkenaan hal-hal perlembagaan, kewangan, undang-undang, perkhidmatan awam, dan membentuk kerajaan Persekutuan Malaysia diwujudkan untuk mempertimbangkan hal ini. 

Sementara Sabah dan Sarawak mula mengkaji untuk membuat beberapa tuntutan yang munasabah untuk menjaga kepentingan mereka sebagai Bumiputera sebelum memasuki Malaysia. Tuntutan ini dikenali sebagi 20 Perkara Sabah dan ia merupakan syarat-syarat Borneo Utara memesuki Malaysia. Kebanyakan syarat-syarat ini diterima oleh IGC dan telah dimasukkan di dalam Perjanjian Malaysia.



Tuntutan 20 Perkara Sabah Dan Kepentingan Kepada Sabah Dan Sarawak
Tuntutan 20 Perkara Sabah merupakan memorandum MSCC yang diusulkan oleh USNO, UNKO United Parti, Demokratik Parti dan United Pasok Momogun Organisation dan isinya adalah soal perlindunagan dan syarat-syarat Borneo Utara dan Sarawak menyertai Malaysia terutama dalam hal-hal kebebsan agama, bahasa-bahas lain (selain Melayu), migrasi dan kepentingan-kepentingan Bumiputeranya.


Perkara satu - Agama
Di dalam tuntutan 20 perkara disebut:
" walau pun tidak ada banthan terhadap agama Islam menjadi agama rasmi Malaysia, tetapi tidak ada agama rasmi di Sabah dan Sarawk. Oleh itu, hendaklah diadakan jaminan untuk kebebsan agama."

Setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak menguruskan hal-hal agamanya sendiri, menubuh dan menyelenggara yayasan bagi maksud-maksud agama dan memperolehi serta memegang dan mentadbir mengikut undang-undang. Semua kebebasan di atas juga tidak membenarkan apa-apa prbuatan yang berlarutan dengan undang-undang atau mengenai ketaatan awam, kesihatan awam atau akhlak. 

Bagi menjamin kebebasan agama ini terdapat undang Persekutuan yang memberi bantuan kewangan kepada Institusi Islam atau pekerjaan Islam, maka peruntukan yang seimbang juga diberikan kepada tujuan-tujuan kebajikan masyarajat di wilayah-wilayah Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.

Perkara dua- Bahasa ( Perkara 152 dalam perlembagaan)
" bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahas Inggeris akan terus digunakan untuk tempoh sepuluh tahun selepas hari Malaysia. Bahasa Inggeris hendaklah menjadi bahsa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan baik pada peringkat negeri mahupun Persekutuan had tempohnya. ( 20 perkara-16)

berdasarkan perkara ini, Bahasa Melayu hendaknya menjadi kebangsaan Persekutuan dan Bahas Inggeris terus digunkan untuk temph sepuluh tahun selepas hari Malaysia di Saah dan Sarawak. Sementara itu juga Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi bagi Sabah dan Sarawak untuk semua tujuan baik di peringkat negeri mahu pun peringkat persekutuan. syarat ini, telah diterima oleh semua IGC dan telah pun mendapat tempat dalam perlembagaan dalam perkara 152. Syarat ini, dikemukakan kerana bahasa boleh digunakan sebagai alat menyatupadukan rakyat pelbgai kaum dan pelbagai sukuan terutama di Sarawak dan Sabah.

Perkata tiga- Imigrasi
" kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawsan di Malaysia dari luar adalah terletak di bawah kuasa kerajaan Pusa tetapi kemasukan ke Borneo Utara perlu mendapat kelulusan kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak boleh mengahklang kemasukan orang ke Borneo Utara untuk tujuan keraja Negeri kecuali atas sebab keselematan. Borneo Utara hendaklah mempunyai kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan kawasan lain di Malaysia ke dalam Borneo Utara , selain daripada yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan di Borneo Utara. (Hlm 30)

imigrasi hendaklah tetap dalam senarai Persekutuan tetapi undang-undang hendaklah digubal oleh Parlimen untuk menentukannya, kecuali perkara-perkara tertentu, seperti permintaan masuk ke negeri-negeri Borneo ini mestilah diluluskan oleh negeri-negeri berkenaan. Undang-undang ini tidak boleh dipindah atau dihapuskan melainkan dengan persetujuan negeri -negeri tersebut. Borneo Utara juga hendaklah mempunayi kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan-kawasan lain di Malaysia ke dalam Borneo Utara, selain daripada yang bekerja dengan Persekutuan di Borneo Utara.

Perkara ini dikemukakan demi menjaga kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak supaya peluang-peluang yang terdapat di kedua negeri ini tidak diperolehi oleh orang luar. Ini memberi keuntungan kepada Sabah dan Sarawak kerana peraturan ini akan menyekat kemasukan orang-orang luar dn sesiapa yang mahu memasuki negeri-negeri ini perlu mendapat kebenaran kecuali yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan.

Perkara empat - Pelajaran
" sistem pendidikanyang ada di Borneo Utara sejkarang hendaklah dikekalkan dan diletakkan di bawah kuasa kerajaan Negeri."

Pelajaran sebenarnya hendaklah djadikan perkara Persekutuan, tetapi polisi dan sistem pentadbiran pelajaran di Sabah dan Sarwak berdasarkanperkara ini dikekalkan sepertimana kemahuan kerajaan negeri-negeri terebut sehinggalah kerajaan ini bersetuju mengubahnya. Dalam hal ini memberi peluang kepada kerajaan negeri menkaji perkara tersebut sebelum mengubahnya tau meminda sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak untuk kepentngan rakyatnya sendiri.

Perkara lima - Perkhidmatan Awam 
" Pengambilan perkhidmatan Awam oleh rakyat Borneo hendaklah dilaksanakan dengan secepat mungkin"(hlm 41)

tuntutan 20 perkara menekankan supaya pengambilan pegawai-pegawai baru di Borneo Utara hendaklah diberi keutamaan kepada penduduk di wilayah itu. Ini adalah bertujuan membuka peluiang kepada Bumiputera dan mengelakkan bukan Bumiputera terutama kaum Cina daripada menguasai perkhidmatan ini kerana kaum ini lebih maju dalam pemdidikan berbanding penduduk tempatan .

dalam perkara ini dinyatakan juga pelbagi hal yang menyentuh bidang perkhidmatan awam persekutuan, perkhidmatan awam persekutuan dengan negeri-negeri, pinjaman-pinjaman pegawai-pegawai, sekatan mengenai pembuangan kerja, penurunan pangkat kakitangan awam dan suruhanjaya-suruhanjaya dalam perkhidmatan awam. Selain itu suruhanjaya perkhidmatan awam berasingan hendaklah ditubuhkan di tiap-tiap negeri. Bagi menjaga kepentingan perkhidmatan awam di negeri-negeri Borneo, pegawai-pegawai yang ada termasuk pegawai-pegawai dagang dinaikkan pangkat untuk ditukarkan ke perkhidmatanPersekutuan, tetapi tidak boleh ditukarkan keluar dari wilayah-wilayah Borneo tanpa persetujuan mereka. 


Perkara enam– Kerakyatan
"saranan-saranan dalam perenggan 148 (k) Laporan Suruhanjaya Cobbold hendaklah merangkumi hak-hak kewarganegaraan rakyat Borneo Utara dalam Persekutuan tertakluk kepada pindaan-pindaan berikut:
a) perenggan kecil (I) tidak harus mengandungi peruntukan menetapkan selama lima tahun.
b) Demi menyelaraskan kepada undang-undang kita, perenggan kecil (ii) (a) hendaklah berbunyi "tujuh daripada sepuluh tahun" dan bukannya "lapan daripada dua belas tahun"
c) Perenggan kecil (iii) seharusnya tidak mengandungi sekatan berhubung dengan kewarganegaraan ibu-bapa- seseorang yang lahir di Borneo Utara seleas Malaysia metilah menjadi warganegara Persekutuan. hlm 52

Berdasarkan syarat kerakyatan yang dikemukan ini, tidaklah sewenang-wenangnya untuk menjadi warganegara Sabah dan Sarawak. Syarat ini juga dapat menghad sesiapa yang layak sahaja untuk menjadi warganegara kedua-dua negeri ini.

Perkara tujuh- Dewan Undangan Persekutuan
" ini hendaklah mengambil kira bukan sahaja jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga saiz dan pretasinya dan dalam apa keadaan tidak harus kurang daripada Singapura."

Dalam perkara pemilihan dewan Undangan Persekutuan pertimbngan bukan sahaja diberikan ke atas bilangan penduduk, tetapi juga kepada potensi dan prestasi negeri tersebut. Perlantikan juga tidak boleh kurang aripada Singapura, oleh itu tiap-tiap masjlis Undangan di Borneo hendaklah memilih 2 orang ahli Dewan Undangan Negara. Sebagai tambahan, bilangan Dewan Undangan yang dilantik hendaklah ditambah 6 orang lagi kerana kemasukan Sarawak dan Sabah. Ahli-ahli baru yang dipilih dari Sabah ialah 16 orang dan Sarawak seramai 24 orang. (kerusi percantuman di antara Persekutuan dengan Singapura telah diperuntukan 15 kerusi untuk Sinagapuara)

Perkara lapan- Perlembagaan Negeri-negeri.
"ketua -ketua Menteri hendaklah dipilih oleh anggota Majlis Perundangan tidak rasmi. Sistem Menteri yang sempurna hendaklah diwujudkan di Borneo Utara,"

Berdasarkan perkara ini Ketua-ketua negeri Borneo yang pertama hendaklah dilantik oleh baginda Queen dan Paduka Baginda Dipertuan Agung sebelum hari Malaysia untuk bertugas selam dua tahun. Sistem Menteri yang sempurna juga hendaklah dilaksanakan di Borneo Utara. Di Sarawak, ketua negeri telah dikenali sebagai Gabenor dab di Sabah sebagai Yang Dipertuan Negeri. Sementara masalah mengenai Perlembagaan Negeri dan Perlembagann Persekutuan akan ditentukan oleh Mahkamah. Perubahan-perubahan alin yang tertentu berkenan Perlembagaan Negeri Sabah sebagai Majlis tertinggi (Supereme Council) dan Majlis Undangan sebagai Council Negeri.

Perkara sembilan– Kuasa Membuat Undang
Pembahagian kuasa persekutuan dan Negeri seperti tercatat dalam Jadual 9, perlembaggaan Malaysia: 
Senari 1: di bawah Kuasa Persekutuan
Senarai 2: Di bawah Kuasa negeri.
Senarai 2A: Tambhan kepada senarai negeri bagi negeri-negeri di Borneo
Senarai 3: Di bawah kuasa bersama dan
Senarai 3A: Tambahan kepada senarai bersama bagi negeri-negeri Borneo.

Pembahagian kuasa membuat undang-undang dibahagikan kepada Majlis Undangan Persekutuandan Negeri. Majlis Undangan Persekutuan menentukan hal-hal ehwal luar, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang sivil dan jenayah, peraturan dan pentadbiran keadilan, kerakyatan , jentera kewangan kerajaan, perdagangan, perniagaan dan perusahaan, perkapalan, perhubungan dan pengangkutan, kerja raya dan tenaga, ukur, buruh, koperasi hari-hari kelepasan, surat khabar, dan penyiaran dan syarikat-syarikat kerjasama.

Sementra Majlis Undangan Negeri berperanan dalam perkar-perkara seperti undang-undang Islam, dan adat istiadat orang-orang asli, tanh, pertanian, hutan, kerajaan negeri, penyelidikan, ganti rugi dan sebagainya, bagi perkar-perkara yang termasuk dalam senarai bersama ialah kebajikan masyarakat, biasiswa, perlindungan binatang liar, ternakan, perncangan bandar dan luar bandar, pengemis-pengemis dan penjaja, kesatuan dan kebersihan awam, parit, dan tali air dan pemulihan tanah-tanah lombong.

Perkara sepuluh– Hak Keistemewaan Bumiputera 
Pada prinsipnya suku kaum Bumiputera di Borneo Utara hendalah menikmati hak-hak istimewa seperti yang dinikmati oleh kaum Melayu ketika ini tidak semestinya boleh digunakan untuk Borneo Utara.

Hak kedudukan istimewa Bumiputera ini disediakan dalam Perkhidmatan Awam termaktub dalam Artikel 161 A Perlembagaan Persekutuan. dalam Artikel ini memberi kedudukan Bumiputera di Borneo Utatara dengan hak keistimewaan orang Melayu di bawah perkara 153.

Perkara sebelas- Peraturan Dalam Masa Peralihan
"tempoh peralihan hendaklah tujuh tahun, dan dlam tempoh itu kuasa perundangan hendaklah diserahkan pada negeri Borneo Utara oleh Perlembagaan dan tidak sekadar diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan Persekutuan." hlm 82

Perkara ini dimasukkan ke dalam Perjanjian Malaysia atau Perlembgaan Persekutuan. tempoh peralihan diberi selama tujuh tahun dan kuasa perundangan adalah di bawah kuasa kerajaan Negeri. Tujuan tempoh peralihan ini adalah untuk membolehkan peningkatan kesedaran politik di kalangan rakyat negeri Sabah supaya mereka faham akan tangungjawab mereka sebagai pemimpin kerana mereka belum lagi mempunyai pengalaman dalam mentadbir negeri sendiri sebelum penubuhan Malaysia.

Perkara dua belas- Undang-undang Uasa Kini
"undang -undang mengenai perkara-perkara Persekutuan yang baru sahaja dikuatkusakan dalam sesebuah Borneo sebelum hari Malysia, hendaklah dijalankan dan diteruskan walau pun di dapati tidak sesuai dengn sebarang peruntukan dalam perlembagaan sehingga diubah atau dibatalkan oleh kuasa tertentu."

Perkara ini membincangkan tentang undang-undang Persekutuan yang dikuatkuasa di Borneo Utara sebelum hari Malaysia di negeri -negeri tersebut hendaklah dijalankan walupun diadapati tidak sesuai sehinggalah Perlembgaan diubah atau dipinda oleh mana-mana kusa tertentu.


Kita imbas kembali fasal 6 di atas. Dari situ, seseorang mungkin akan memberikan hujah bahawa justifikasi yang mewajarkan atau membolehkan kita rakyat Sabah dan Sarawak keluar Malaysia adalah kerana Perjanjian Penubuhan Malaysia 1963 telah terbatal disebabkan Kerajaan Pusat bersama Kerajaan Negeri telah tidak mematuhi banyak kehendak dan tuntutan 20 Perkara. Semenjak Sabah (khususnya) bersama negara Sarawak dan negara Persekutuan Tanah Melayumembentuk (bukan menyertai) Persekutuan Malaysia, 20 Perkara telah acapkali diremehkan dan hasilnya sekarang, 20 Perkara bagaikan tidak wujud langsung lagi.

Saya sedikit bersetuju dengan hujah tersebut. Saya fikir, ianya adalah benar dan terpakai jika kita menilai berdasarkan justifikasi moral. Maksudnya, secara moral, 20 Perkara ini telah pupus. Jika kita menilai berdasarkan praktis undang-undang, maka soalan saya; apakah undang-undang yang membatalkan 20 Perkara? Apakah perisytiharan rasmi dari kerajaan - sama ada Pusat atau Negeri - yang 20 Perkara telah tidak diguna pakai lagi?

 Pencabulan sebahagian besar isi kandungan perjanjian 20 Perkara ini telah menimbulkan sentimen "Malaya jajah Sabah". Saya bersetuju dan memang ada benarnya dalam banyak lapangan perkara. Hal ini dapat mudah difahami dengan membandingkan kehendak-kehendak dalam 20 Perkara dan situasi Sabah (khususnya) sejak bermulanya kemasukan United Malay National Organization ke Sabah pada awal 1990-an yang lalu.

 Saya berpendapat, jika kerajaan Pusat benar-benar ikhlas menerima kandungan Perjanjian Penubuhan Malaysia 1963 atau 20 Perkara ini, maka sewajibnya kerajaan Pusat meminda atau menambah mana-mana fasal/klausa dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengambil kira kehendak 20 Perkara tersebut. Bukan sahaja pindaan ini berlaku ke atas Perlembagaan Persekutuan, malah mana-mana undang-undang, akta dan peraturan lainnya (peringkat Jabatan Kerajaan, Kementerian dsb) juga perlu diubahsuai supaya selaras dan memenuhi tuntutan 20 Perkara.

46 ulasan :

mantera said...

rakyat Sabah seharusya didedahkan mengenai asal-usul pembentukan Malaysia dan perkara 20.

mantera said...

ini perlu agar rakyat Sabah tau akan sejarah tanah air mereka untuk memupuk semangat cintakan tanah air dan agar mereka tau akan hak2 mereka.

Green Sabah said...

The 20 points is not invalid as some of the principles have been incorporated into the Malaysia Constitutions.

Green Sabah said...

Bernard Dompok also claims that the spirit of 20 points agreement remains valid forever.

Anonymous said...

Perjanjian penubuhan Malaysia 1963 perlu dihormati dan dilaksanakan, begitu juga dengan 20 Perkara.

Anonymous said...

Kesaksamaan perlu dipraktikkan demi menjamin kesejahteraan negara.

Sanih Alias said...

Jika diceritakan mengenai gabungan Malaysia ini memang sangat panjang. Tapi apa pun yang penting dalam gabungan Malaysia adalah 20 perkara yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Mumbai said...

kalau tidak silap, perkara ke-7 ialah berkenaan dengan Hak menarik Diri..

dibawah perkara ini, telah dijelaskan bahawa Sabah tidak berhak keluar atau menarik diri dari persekutuan..

DorianG said...

The content and spirit of the 20 points document on Sabah’s safeguards for the formation of Malaysia is forever valid and relevant by virtue of them being incorporated in the Inter-Governmental Committee (IGC) report and Federal Constitution, opines Science, Technology and Innovation Minister Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

DorianG said...

The Kota Marudu MP said the 20 points made in a memorandum by seven political parties in 1962 and submitted to the IGC was not an official government document but purely a political memorandum.

DorianG said...

However, what became official were the deliberations and adoption of the points by the IGC and their eventual incorporation into the Malaysia Agreement and Federal Constitution," he said at Pesta Kaamatan celebration in Kpg Timbang Batu, near here today.

DorianG said...

However, Ongkili also pointed out that there were now less than 10 matters in the original 20 points that remained relevant.

DorianG said...

The rest especially those provisions pertaining to finance, language, religion and education have been willingly surrendered by previous government leaders of Sabah to the federal government, or they (the points) had lapsed due to time relevance.

DorianG said...

Therefore, when we talk about the 20 points today we need to be specific about which particular points we are referring to.

DorianG said...

Keep in mind Point number 4 of the 20 Points which stated that there will be no secession from the Federation. This makes Malaysia a permanent marriage.

DorianG said...

So we should be talking about strengthening the Federation and enhancing territorial integration because these were the political commitment of the Sabah founding leaders of the Federation.

DorianG said...

He said: “Today Sabah politicians, mainly the opposition, talk only of damning and criticising the federation and federal leaders but say little about building the nation and making Malaysia an even better place for our children"

DorianG said...

Ongkili, who is Parti Bersatu Sabah deputy president, added that PBS would continue to fight for whatever remaining points to preserve them as well as towards enhancing their validity.

DorianG said...

PBS stand by the people of Sabah to ensure the Federal government respects the points. The champions of the 20 points are the political parties in Barisan Nasional especially PBS. The opposition parties only know how to talk and play on sentiments yet have no teeth to defend the rights of the people of Sabah.

DorianG said...

“So, the best way to defend the points is to ensure Barisan Nasional continues to rule Sabah,” said Ongkili who also attended the Mukim Ranau level and Kg Manggaris Pesta Kaamatan celebrations.

Jongotai said...

From my analysis, federal started violation 20-point when Tun Dr. Mahathir become a PM. 20-point still valid and as a Sabahan we must fight for it. I don't know why UMNO leader started Tun Dr. Mahathir not respect this agreement ? Maybe he think people of Sabah too stupid. I hope Datuk Sri Najib not same like Tun Dr. Mahathir. Najib bold to abolish ISA and I believe he also bold to give back 20-point to people of Sabah.

Adam said...

Sehingga saat ini, tiada mana-mana PARTI Politik di Sabah yang berjuang untuk mengenbalikan Hak 20 Perkara bagi negeri Sabah. Parti STAR, parti terlalu kecil yang hanya tertumpu kepada satu kaum sahaja. SAPP pula dipimpin oleh bangsa Cina, sedangkan dalam 20 Perkara memberi perlindungan kepada kaum Bumiputera. Bagaimana pula Sabah dipimpin oleh Parti yang diketuai oleh bangsa Cina..? Kita harapkan PBS, PBS sudah mabuk dengan kuasa dasn wang omno/bn. PBS tak boleh diharap..!!! Harapan yang terbaik ialah menyokong PR dengan satu perjanjian, "Kembalikan Hak 20 Perkara kepada Negeri Sabah". Dalam isu ini, DSAI Ketua Umum PKR sudah menyatakan hal sedikir masa lalu. Ayuh....rakyat Sabah, kita sokong PR dan tuntut Hak 20 perkara. Ini peluang keemasan kita. Jangan fikir lagi, kita sokong PR dalam PRU ke-13...!!!

Anonymous said...

Ada 'bijak pandai' berkedudukan cukup tinggi dalam kerajaan negeri cakap itu perkara 20 'sekadar memorandum'...jadi, bila itu 'sekadar memorandum' adakah dia boleh dipandang sebelah mata dan dianggap tidak penting?...kalau tidak penting itu memorandum,tidak penting la juga dan tiada makna la penubuhan jawatankuasa dibentuk sehingga wujud dapatan-dapatan dari pungutan suara dibuat oleh jawatankuasa tu sebelum MALAYSIA terbentuk dulu? Dan paling ironi, kalau dia 'sekadar memorandum' yang 'tidak penting', kenapa mesti dikuatkuasakan sehingga dijadikan satu undang-undang/akta....paling nampak sekali penguatkuasaan sekatan pergerakan dari/ke luar Sabah melalui jalan laut, udara dan darat (hal-hal berkaitan keimigresenan). Apa guna kita buat penguatkuasaan undang2 itu kalau kita anggap itu tidak penting? Sangat menyedihkan bilamana 'orang kita' sendiri yang sepatutnya lantang menyuarakan,memperjuangkan dan mempertahankan kepentingan kita, tapi dorang la pula yang seolah-olah mau ianya dihapuskan, seperti mana cadangan seorang MP Sabah di Parlimen satu ketika dulu. Tidak cukup dengan itu, hasil dari pemerhatian dan respon rakan-rakan kita di jabatan imigresen melaysia negeri sabah,khususnya menurut beberapa rakan saya yg bertugas di Lapangan Terbang A/bangsa Kota Kinabalu...Masih ramai di kalangan kita (sabahan) yg seolah-olah memperlekehkan tugasan keimigresenan mereka di sana. Hakikatnya harus kita sedari bahawa mereka melaksanakan bidang tugas berkenaan atas kehendak datuk/nenek/moyang (generasi kita terdahulu)yang mana menetapkan syarat berkenaan (salah satu) untuk dipersetujui bersama Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura bagi merealisasikan pembentukan sebuah negara bernama MALAYSIA. Mereka sekadar menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka dan mereka tidak sedikitpun ingin dipandang tinggi atas apa yang mereka laksanakan, cukuplah sekadar menghormati peraturan/undang sedia ada. Malahan yang menyakitkan hati di kalangan mereka yang seolah-olah memandang remeh penguatkuasaan pemeriksaan imigresen berkenaan terdiri dari mereka yang berpelajaran tinggi, berjawatan tinggi dalam kerajaan (pusat/negeri) dan yang paling menyedihkan bilamana individu-individu berpengaruh dan orang-orang politik yang sepatutnya menjadi teladan kepada masyarakat dalam hal meghormati undang-undang.

Anonymous said...

I know not much about politic nor the 20 point thingy...all I know its gave me bad experience/memory when years ago ..sabah's strongest party... used to be I guess... PBS..won the election ....we 1 kampung happy..next day all lompat katak..very2 bad memory... I don't know about other.. but this has scarred many people.... but I guess the hurt from betrayal can simply be washed away by some tumpung lihing bahar.... ahh typical sabahan...kadazan dusun to be exact... sorry.. mmmm... question :can we really trust the "wakil rakyat"?... do they really embodied the meaning of it.. YOU'RE CHOSEN TO REPRESENT THE PEOPLE... THEN BE IT... REPRESENT US WELL...

Anonymous said...

Question to the sabahan youngster/youth:
1)What/how do you see sabah in the next 5 or 10 years ?
2) What changes you want to see?
3) are we ok now? Are we living a good life now? After 50 years of merdeka ... are we ok?
4)what are you willing to do to see this changes?
I used to read sabah as a rich state ... really? Then why do we still look poorer than the other... why there's not much opportunity in sabah...can see most of us rather find job in kl than in sabah...unless u secured the safest n terjamin job - government post...ptd teacher...these r the femes one..
..ow again sorry for boring u with my nonsense 2 cent worth of thought.. huhu..

Anonymous said...

Ini adalah benar.. Tetapi singapura telah menarik diri lebih awal, dan bermakna perkara perkara dalam perjanjian malaysia ini telah terbatal dan ianya telah berlaku selepas pembentukkan malaysia..

Unknown said...

Tiada kaitan singapo dgn perkara 20 ini. Kpa pula timbul isu batal.

Unknown said...

Betul

Unknown said...

Perjanjian malaysia lain. Perkara 20 lain. Perkara 18 lain. Referendum singapo lain. Jgn main hantam sajaa...adouiiii.ini la yg d putar belit pembangkang skrg

Unknown said...

Yes that right

Unknown said...

Betul ka perkara 7 ni admin?? Sprt terdapat unsur manipulasi.

Anonymous said...

Kelapa mawar atau kepala putar?wahai rakyat Sabah..anda sekarang tergolong dalam ahli intelektual yang positif..perkara 20 yang anda baca ni adalah perkara 20 kepala bapak admin ni yang diubah mengikut kepentingan peribadinya dan konco2nya yang tamak!!kerana jarinya penat nak menipu sebab tu sampai perkara 12 sahaja yang dia sanggup taip untuk menipu kita rakyat Sabah..tq

pak muliadi said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


Haikal dr perak.. said...

Salam kpd smua..
Ada bbrapa prtnyaan,prlukan pncerahan.
1. Hari mrdeka pd 31 ogos. Yg d mksudkn mrdeka tu malaya,sbah atau sarawak?
2. Pmbntukan malaysia. Malaya,sabah dan sarawak. Mknanya sabah dan sarawak ada kuasa yg sama dgn malaya. Tp knpa sbah dan sarawak ni tba2 jd negeri? Mcm pelik je.klu jd ngeri skalipun, .knpa bukn ngeri malaya,ngeri sbah dan ngeri srawak? ..bukn ka itu akar tunjang pmbentukan malaysia
Terima kasih.

cerita bahasa jawa said...

Terima kasih berkongsi artikel ini

Unknown said...


Assalamu alaikum..
Saya ingin berbagi cerita kpada anda semua bahwa duluhnya saya tidak percaya sama bantuan dari peramal togel, Tapi sekarang saya sudah percaya karna saya sudah buktikan sendiri..
saya sekeluarga mengucapkan banyak terima kasih kepada mbah wirang karna nomor togel 4D yang mbah berikan alhamdulillah ternyata benar2 terbukti tembus ,
Jika anda butuh angka togel 2D/3D/4D/6D silahkan telpon mbah wirang di ((082346667564)) demi allah demi tuhan ini kisah nyata dari saya

; kklik

MRS KABU LAYU said...

Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,

Selepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada rakan saya untuk nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat

Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.

Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,

Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)

Terima kasih semua.

Unknown said...

Ooooooooooooo

SARNIA REDZUAN said...

Nama saya Sarnia Redzuan, saya menyangka bahawa semua syarikat pinjaman dalam talian menipu sehingga saya bertemu dengan syarikat pinjaman CHRISTABEL yang meminjamkan wang tanpa membayar terlebih dahulu.

Saya ingin menggunakan media ini untuk memberi amaran kepada orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia agar berhati-hati, kerana mereka menipu dan memberi pinjaman palsu di internet.

Saya ingin berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana seorang rakan membawa saya ke pemberi pinjaman sebenar, selepas itu saya ditipu oleh beberapa pemiutang di internet. Saya hampir kehilangan harapan sehingga bertemu dengan pemiutang yang dipercayai ini yang bernama syarikat pelaburan pinjaman Christabel Missan. Syarikat Christabel meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebanyak 250 Billion RM (RM 250,000,000,000) dalam masa kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

Saya sangat terkejut dan gembira menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahawa saya akan menyampaikan berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Oleh itu, jika anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui e-mel: (Christabelloancompany@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika anda memenuhi syarat. Anda juga boleh menghubungi Christabel ibu melalui nombor whatsApp +1561496019

Anda juga boleh menghubungi saya: (Redzuansarniaz@gmail.com) jika anda memerlukan bantuan atau maklumat lebih lanjut

Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan saya yang memperkenalkan saya kepada syarikat pinjaman yang jujur ​​Lady Lianmey Dian Pelangi melalui e-mel: lianmeylady@gmail.com

Farah Agungs / Saya mendapat renovasi rumah dan pinjaman bisnis dari pemberi pinjaman asli ibu Rika di Indonesia/ I got home renovation and business loan from genuine mother Rika lender said...

Penguji: Farah Agungs
Addres: Jakarta Indonesia
farahagungs@gmail.com
BRI: 1460-01-337001-855
Pinjaman: Rp150.000.000
Hubungi: +628246924547

Nama saya Farah Agungs dari Jakarta. Saya menggunakan media ini untuk memberikan kesaksian atas hasil kerja yang baik dari PERUSAHAAN PINJAMAN RIKA ANDERSON dalam hidup saya. Poin terakhir saya untuk mengucapkan selamat tinggal pada mencari pinjaman adalah ketika Tuhan mengirim saya makanan untuk bisnis dan mata pencaharian saya sampai hari ini.

Saya melihat seseorang yang bersaksi tentang kredit di Facebook Amalia Amangkurat dengan email amaliaanmangkurat@gmail.com dan Zulaikha Yugesh email zulaikhayugesh@gmail.com jadi saya melamar, RIKA ANDERSON LOAN COMPANY: Whatsapp +1 (323) 689-3663memberi saya pinjaman sebesar Rp150 , 000.000 dan mentransfernya langsung ke rekening bank BRI saya baru-baru ini. Saya hanya bisa memberikan kesaksian online karena saya tahu ada banyak orang di luar sana yang sangat membutuhkan, dan dengan suku bunga rendah.

Jangan buang waktu lagi untuk melunasi hutang dan tagihan Anda dengan bantuan RIKA ANDERSON LOAN COMPANY. Anda dapat bergabung dengan ibu melalui rikaandersonloancompany@gmail.com, dia adalah ibu yang baik dan berbudi luhur, jadi jangan takut untuk bertemu dengannya untuk meminta bantuan. Jika Anda memiliki keraguan atau ketakutan, Anda dapat menghubungi saya melalui farahagungs@gmail.com.

CEO PERUSAHAAN RIKA ANDERSON PINJAMAN
Whatsapp: +1 (323) 689-3663
Situs web: rikaandersonloancompany.webs.com
Email PERUSAHAAN: rikaandersonloancompany@gmail.com

RIKA ANDERSON LOAN INVESTMENT COMPANY said...

Di RIKA ANDERSON LOAN COMPANY, kami menawarkan semua jenis bantuan keuangan kepada semua individu, suku bunga kami adalah 2% per tahun. Kami juga memberikan saran dan bantuan keuangan kepada kami, klien dan pelamar. Jika Anda memiliki proyek yang baik atau ingin memulai bisnis dan membutuhkan pinjaman untuk segera membiayainya, kami dapat mendiskusikannya, menandatangani kontrak, dan kemudian mendanai proyek atau bisnis Anda untuk Anda bersama dengan Bank Dunia dan Bank Industri.

Kategori Bisnis

Bisnis Merchandising.
Bisnis manufaktur
Bisnis Hibrid.
Kepemilikan tunggal
Kemitraan.
Perusahaan.
Perseroan terbatas.
pinjaman pribadi.
pinjaman investasi.
Pinjaman Pinjaman.
Kredit kepemilikan rumah.

KONTAK PERUSAHAAN PINJAMAN:
Situs web: rikaandersonloancompany.webs.com
Email: rikaandersonloancompany@gmail.com
Panggilan Pelanggan: +1 (323) 689-3663
Obrolan Whatsapp: + 1-323-689-3663
Facebook: Rika Anderson Alfreda
Instagram: Rikaandersonloancompany.alfred
Twitter: @LoanRika
Kantor Pusat: 228 Park Ave S, New York, NY 10003-1502, AS
Pajak / CAC /: 1095/0730/2028
Mahkamah Agung Kabupaten New York, NY9016 34001

Dayak Dusun Sabahan said...

Tinggal kenangan saja

Esteri Mumpung said...

Salam kekasihku
Saya benar-benar tidak tahu dari mana hendak memulakan testimoni saya kerana nama saya yang sangat gembira ialah Esteri Mumpung, dari Phillipine, Puan Rebacca Alma datang untuk menyelamatkan saya dan menghilangkan semua kesedihan saya.
Sungguh mengagumkan apabila saya berfikir bahawa semuanya telah selesai dengan saya, saya sangat terhutang budi sehinggakan orang-orang yang saya pinjam dari geng itu memerangi saya dan kemudian menahan saya akibat hutang saya. ditahan selama berbulan-bulan tempoh rahmat diberikan kepada saya ketika saya dipulangkan dan dibebaskan untuk pergi dan menjana wang untuk melunaskan semua hutang yang saya terima sehingga saya diberitahu bahawa terdapat pemberi pinjaman dalam talian yang sah jadi saya perlu mencari di blog yang saya ditipu sebelum ini tetapi ketika saya menjumpai SYARIKAT PINJAMAN REBACCA ALMA, Tuhan mengarahkan saya kepadanya dan di sebuah blog kerana tarikan saya terhadapnya benar-benar suatu keajaiban mungkin kerana Tuhan telah melihat bahawa saya mempunyai banyak penderitaan dan itulah sebabnya dia mengarahkan saya kepadanya. Oleh itu, saya melamar dengan penuh semangat setelah beberapa jam pinjaman saya diluluskan oleh Lembaga Pengarah dan dalam 24 jam saya dikreditkan dengan jumlah yang tepat yang saya maksudkan untuk semua ini tanpa jaminan tambahan Pinjaman Peribadi kerana saya bercakap dengan anda sekarang saya mempunyai hapus semua hutang Saya dan sekarang saya mempunyai pasar raya dan pelaburan saya sendiri di Filipina dan Indonesia, saya baru saja membuka pusat membeli-belah di Malaysia tidak lama dahulu dan saya tidak memerlukan bantuan orang lain sebelum saya memberi makan atau mengambil kewangan, apa pun keputusan saya tidak ada urusan dengan Polis, saya sekarang wanita bebas.
Anda ingin mengalami kebebasan kewangan seperti saya, sila hubungi Ibu melalui e-mel syarikat: (rebaccaalmaloancompany@gmail.com) juga hubungi Puan Rebbacca melalui nombor whatsapp +14052595662.

Anda tidak dapat memperdebatkan fakta bahawa dalam dunia kesulitan ini, anda memerlukan seseorang untuk menolong anda mengatasi masalah perolehan dalam hidup anda dalam satu atau lain cara, jadi saya memberi anda mandat untuk mencuba dan menghubungi Puan Rebacca Alma di alamat di atas sehingga anda dapat mengatasi masalah kewangan dalam hidup anda.

Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: (esterimumpung77@gmail.com)) . Semoga Tuhan memberkati anda semua.

Esteri Mumpung said...

Salam kekasihku
Saya benar-benar tidak tahu dari mana hendak memulakan testimoni saya kerana nama saya yang sangat gembira ialah Esteri Mumpung, dari Phillipine, Puan Rebacca Alma datang untuk menyelamatkan saya dan menghilangkan semua kesedihan saya.
Sungguh mengagumkan apabila saya berfikir bahawa semuanya telah selesai dengan saya, saya sangat terhutang budi sehinggakan orang-orang yang saya pinjam dari geng itu memerangi saya dan kemudian menahan saya akibat hutang saya. ditahan selama berbulan-bulan tempoh rahmat diberikan kepada saya ketika saya dipulangkan dan dibebaskan untuk pergi dan menjana wang untuk melunaskan semua hutang yang saya terima sehingga saya diberitahu bahawa terdapat pemberi pinjaman dalam talian yang sah jadi saya perlu mencari di blog yang saya ditipu sebelum ini tetapi ketika saya menjumpai SYARIKAT PINJAMAN REBACCA ALMA, Tuhan mengarahkan saya kepadanya dan di sebuah blog kerana tarikan saya terhadapnya benar-benar suatu keajaiban mungkin kerana Tuhan telah melihat bahawa saya mempunyai banyak penderitaan dan itulah sebabnya dia mengarahkan saya kepadanya. Oleh itu, saya melamar dengan penuh semangat setelah beberapa jam pinjaman saya diluluskan oleh Lembaga Pengarah dan dalam 24 jam saya dikreditkan dengan jumlah yang tepat yang saya maksudkan untuk semua ini tanpa jaminan tambahan Pinjaman Peribadi kerana saya bercakap dengan anda sekarang saya mempunyai hapus semua hutang Saya dan sekarang saya mempunyai pasar raya dan pelaburan saya sendiri di Filipina dan Indonesia, saya baru saja membuka pusat membeli-belah di Malaysia tidak lama dahulu dan saya tidak memerlukan bantuan orang lain sebelum saya memberi makan atau mengambil kewangan, apa pun keputusan saya tidak ada urusan dengan Polis, saya sekarang wanita bebas.
Anda ingin mengalami kebebasan kewangan seperti saya, sila hubungi Ibu melalui e-mel syarikat: (rebaccaalmaloancompany@gmail.com) juga hubungi Puan Rebbacca melalui nombor whatsapp +14052595662.

Anda tidak dapat memperdebatkan fakta bahawa dalam dunia kesulitan ini, anda memerlukan seseorang untuk menolong anda mengatasi masalah perolehan dalam hidup anda dalam satu atau lain cara, jadi saya memberi anda mandat untuk mencuba dan menghubungi Puan Rebacca Alma di alamat di atas sehingga anda dapat mengatasi masalah kewangan dalam hidup anda.

Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: (esterimumpung77@gmail.com)) . Semoga Tuhan memberkati anda semua.

RASHID HUSAEN said...

Selamat Hari Semua!!!

Nama saya Encik Rashid Husaen dan saya berasal dari Jawa Barat, indonesia dan saya bercakap sebagai salah seorang yang paling gembira di dunia hari ini dan saya memberitahu diri saya bahawa pemberi pinjaman telah menyelamatkan keluarga saya daripada keadaan buruk kami, saya akan memberitahu namanya kepada dunia. dan saya sangat gembira untuk mengatakan bahawa keluarga saya kembali selama-lamanya kerana saya memerlukan pinjaman sebanyak Rp300,000,000.00 untuk memulakan hidup saya sejak saya seorang bapa tunggal dengan 5 orang anak dan dunia seolah-olah bergantung kepada saya apabila saya cuba mendapatkan pinjaman. Daripada bank dan bank dalam talian menolak pinjaman saya, mereka mengatakan bahawa pendapatan saya rendah dan saya tidak mempunyai cagaran untuk pinjaman jadi saya pergi dalam talian dan keadaan menjadi lebih sukar kerana mereka merobek wang saya daripada saya dengan janji manis untuk membantu saya


Sehingga saya melihat jawatan ibu Puan Maria dari blog dan saya merayu kepadanya, dia memberikan saya semua terma dan syarat dan saya bersetuju dan dia mengejutkan saya dengan pinjaman yang mengubah hidup saya dan keluarga saya, dan pada mulanya saya fikir ini tidak mungkin berlaku kerana pengalaman masa lalu saya dan janji palsu tetapi yang mengejutkan saya, saya menerima pinjaman saya sebanyak Rp300,000,000.00 dan saya akan menasihati sesiapa yang benar-benar memerlukan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria Alexander wanita kata beliau, melalui e-mel : ( mariaalexander818@gmail.com ) kerana mereka adalah pemberi pinjaman yang paling memahami dan baik hati. sesiapa yang inginkan pinjaman atau cara mendapatkan pinjaman asal, boleh hubungi Via beliau

e-mel: ( mariaalexander818@gmail.com )
whatsapp: (+1 254-276-8402 )

Anda boleh menghubungi saya En Rashid untuk maklumat lanjut (rashidhusaen18@gmail.com)

Allah Maha Besar
Terima kasih semua

Anonymous said...

Dr sini rakyat Sabah mula melihat..why Singapore out dan kenapa brunei langsung tidak berminat join malaya.so hanya waktu yg akan menamat kan segala usaha sama ini.remember no Malaysia no Serawak.no Malaysia no sabah.malaysia adalah Sabah dan Sabah adalah Malaysia.serawak adalah Malaysia dan Malaysia adalah Serawak..Kami rkyt Sabah Sarawak doa yg terbaik negara ini akan merdeka jaya sendirinya dan maju ditangan negara negara bersatu bersama United kingdom & great Britain..one thing remember pembentukan ini dipegang oleh bangsa2 bersatu antara kerajaan salah surat perjanjian Malaysia agreement yg original ada ditangan British. Tuhan itu maha mengetahui.tidak ada mustahil sabah Serawak akan menyusul Singapura...amin