Tuesday, May 8, 2012



Di Sabah isu paling besar dan utama yang akan menjadi 'penentu' sokongan rakyat Sabah kepada parti UMNO dan BN ialah isu penubuhan Suruhanjaya Diraja mengenai Pendatang Tanpa Izin.Isu lama ini sangat penting baqgi rakyat Sabah. Kebanjiran PATI di Sabah sudah sampai tahap kronik.Menurut sumber media Datu Seri Nazri Azizi dalam satu kenyataannya di Dewan Negara menyatakan bahawa kerajaan telahpun bersetuju untuk penubuhan RCI pada Februari tahun ini lagi. Namun hingga sekarang tidak ada pun tanda-tanda kerajaan akan mengumumkan penubuhan RCI itu. Mengapa? adakah kerajaan Pusat ikhlas mengenai perkara ini? BAGAIAMANA dengan RAKYAT SABAH YANG DIKATAKAN SUDAH MULA MUAK DAN MARAH?



Rakyat Sabah marah dengan sikap ‘acuh tak acuh’ pemimpin-pemimpin Kerajaan Persekutuan menangani isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri itu.

Pengerusi Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah, Dr Jeffrey Kitingan berkata kalau betul sudah setuju kenapakah Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan timbalannya (Tan Sri Muhyiddin Yassin) teragak-agak untuk mengumumkannya ketika mereka berada di Sabah baru-baru ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Dewan

Negara semalam bahawa kerajaan Persekutuan bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah PATI di negeri itu sejak 8 Februari lalu.

“Kalau mereka sudah bersetuju sejak Februari lagi kenapa begitu lambat umumkannya? Mana garis panduannya (TOR), siapa ahli-ahli RCI itu dan bila mereka akan memulakan kerja mereka menyiasat hal ini dan juga pemberian MyKad kepada para pendatang ini,” soal beliau ketika ditemui FMT di sini hari ini.

“Soalan-soalan ini mesti dijawab, mereka mestilah lebih spesifik dan jika Kerajaan Persekutuan jujur sepatutnya ada pengumuman awam dibuat dan penyiasatan RCI mesti memberikan jawaban dan penjelasan sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).

“Jika tidak, mereka tidaklah jujur dan orang akan cakap mereka mahu sembunyi sesuatu untuk digunakan dalam PRU13 nanti. Ada khabar angin dan laporan baru-baru ini bahawa ada lagi MyKad diberikan kepada para pendatang di Sabah.

“Kenapa kerajaan teruskan Projek IC ini jika mereka prihatin terhadap keselamatan negara dan kebimbangan rakyat Sabah terhadap pengambilalihan Sabah oleh orang asing?,” tanya beliau.

Sementara itu timbalannya Daniel John Jambun yang juga pengerusi Common Interest Group Malaysia (CigMa) menyifatkan pengumuman itu sebagai ‘seperti melepaskan batuk di tangga’ dan tidak jujur.Siasat dari segala sudut

“Kalau RCI betul-betul ditubuhkan untuk menyiasat hal ini, mereka mestilah menyiasat dari segala sudut dan membongkar siapakah dalang-dalang di sebalik kebanjiran pendatang Filipina dan Indonesia di sini,” katanya.

Semalam di Dewan Negara, Nazri juga berkata kerajaan sudah memulakan proses bagi menyediakan TOR suruhanjaya siasatan tersebut bagi memastikan semua masalah berkaitan PATI di Sabah ini dapat diselesaikan secara komprehensif.

“Terma-terma rujukan suruhanjaya itu perlulah menyeluruh dan tidak hanya terhad kepada aspek siasatan,” katanya ketika menjawab soalan Senator Paul Kong Sing Chu (BN-MCA) dari Sabah yang ingin tahu status terkini RCI.

Nazri dalam jawapannya berkata RCI itu juga meliputi aspek keselamatan, sosial, ekonomi dan alam sekitar. Katanya, ini bagi membolehkan suruhanjaya mengemukakan cadangan penyelesaian yang berkekalan.

Katanya lagi, kerajaan Persekutuan akan mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada kerajaan negeri Sabah dan pihak-pihak yang berkenaan.


20 ulasan :

unknown said...

Nazri said this thing has been decided on Feb 8 this year. So?

onong said...

Harap harap begitulah.

TuhauBam said...

Diharap Persekutuan serius dalam hal RCI di Sabah.

Anak Sabah said...

Penubuhan RCI di Sabah akan menjadi bukti keikhlasan Kerajaan Kuala Lumpur untuk menyelesaikan masalah PATI dan Projek IC di Sabah. Semoga mereka akan meluluskan RCI ini tidak lama lagi.

Anak Sabah said...

Terma rujukan sudah dihantar kepada PM kita oleh Sabah BN, semoga beliau akan membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum PRU-13.

Anonymous said...

RCI ditubuhkan atau tidak, sentiasa dikritik, kena cakap gimik dll. Come on la..

Anonymous said...

Akhirnya diumumkan bahawa RCI akan ditubuhkan. Tapi tolong la jangan ambil masa yang sangat lam untuk sediakan TOR tu. PATI di Sabah bukannya stagnant. Bilangan mereka pun meningkat saban hari.

Nemia said...

I hope the West will be more sincere towards this.

mantera said...

persekutuan dah setuju dgn penubuhan RCI, ia pasti ditubuhkan setelah terma rujukannya ditetapkan.

ryan said...

I'm sure the government is making effort on this.

unknown said...

Never delay.

Unknown said...

perkara ini bukan sahaja berkaitan dengan isu politik tetapi ianya soal sosial, perlembagaan, kebudayaan, keselamatan dan isu-isu demografi yang perlu diselesaikan secara positif tetapi tegas sebelum PRU akan datang.

Unknown said...

kalau benar ada penglibatan pemberian kerakyatan songsang kepada PATI...maka, kerajaan / penguatkuasa seharusnya bertindak segera dan bukannya berdiam diri sahaja atau melindungi 'pengkhianat' itu

Unknown said...

jika tidak, ia hanya akan menghantar mesej yang salah kepada orang ramai khasnya Sabahan dan dunia amnya, bahawa ada double standard dalam penguatkuasaan undang-undang di negara ini

Unknown said...

jika kerajaan prihatin akan masalah PATI/PADI yang dihadapi oleh Sabah, maka, kerajaan harus digesa tubuhkan RCI sebelum PRU-13

Unknown said...

sememangnya, isu PATI/PADI wujud dan perkara ini tidak boleh disangkalkan lagi, meminta agar kerajaan mengambil berat akan masalah ini yang semakin ketara di Sabah/Malaysia

thinaj said...

Government should update us the progress of RCI to avoid speculation.

thinaj said...

I hope RCI will be set up before election comes.

Sanih Alias said...

Tidak perlu risau sudah semestinya Kerajaan ikhlas ingin menubuhkan RCI nanti.

Sotong Kurita said...

jangan pula nanti setelah RCI ditubuhkan, masih ada persoalan 'ikhlaskah Kuala lumpur?'..