Sunday, June 3, 2012

Beberapa hari lepas politik UMNO di Sabah bergolak lagi. Jika sebelum ini ada ura-ura Datuk Lajim akan mengetuai parti baru di Sabah, dan kemudiannya "berani' berucasp dalam majlis pemimpin pembangkang di Kuala penyu. Kali ini Datuk lajim sekali lagi mengharu-birukan kepala pemimpin UMNO di Sabah apabila menuntut Speaker Dewan Undangan negeri, Datuk Salleh Tun Said supaya meminta maaf kepada rakyat Sabah dan memberinya masa 10 hari berbuat demikian ekoran kenyataan Datuk salleh berkenaan 20 perkara.

Namun dari makulmbalas Datuk Salleh seperti yang dilaporkan oleh blogger Ajin gagah dalam blongnya Suara Bebas Tuaran mengundang spekluasi berterusan apabila Datuk salleh dilaporkan sebaliknya mencabar Datuk Lajim meletakkan jawatan  selaku Timbalan menteri  dan Ahli Parlimen kerana kekeliruannya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau. Sambil ,menekankan beliau tidak akan tunduk kepada tuntuan Datuk Lajim, Datuk Salleh sebelum ini juga mendapat kontra dari datuk Maxmus Ongkili, Timbalan Presiden PBS.

Laporan blogger Ajin gagah :



Kelmarin saya sempat bertemu dan berborak dengan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah merangkap Presiden USBO, Datuk Seri Salleh Tun Said(DSSK) di majlis perkhawinan anak buah saya bertempat di kampung Bunga Tenghilan, daerah Tuaran.
Antara perbincangan dan persoalan hangat yang saya ketengahkan kepada DSSK ia lah rasional disebalik kenyataan beliau bahawa Perkara 20 tidak lagi relevent. 
Terutama sekali bilamana rakan beliau dari UMNO, Datuk Seri lajim Okin menyarankan agar DSSK menarik balik kenyataan dan memohon maaf kepada rakyat Sabah dalam masa 10 hari kerana tergamak menyentuh sentimen rakyat Sabah akibat kenyataan tersebut. 

Sebelum ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili juga berpendapat kandungan dan semangat dokumen 20 Perkara bagi melindungi Sabah berikutan pembentukan Malaysia sah dan relevan hingga bila-bila kerana ia termaktub dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan Perlembagaan Persekutuan.

Anggota Parlimen Kota Marudu itu berkata 20 Perkara yang dimuatkan dalam satu memorandum oleh tujuh parti politik pada 1962 dan dikemukakan kepada IGC itu, bukan dokumen rasmi kerajaan, tetapi semata-mata satu memorandum politik.

Isu ini bermula bilamana Salleh dalam ucapannya dalam bengkel BN Cyber Toppers yang diadakan untuk menangkis propaganda pembangkang dalam alam maya dipetik berkata bahawa 20 perkara yang melibatkan Sabah Sarawak sudah tidak SAH dan TERBATAL setelah sebahagiannya menjadi Akta Malaysia 1963.

Rumusan yang saya hayati dari penarangan DSSK sendiri ia lah beliau bukan mempersoalkan tentang semangat yang termaktud dalam memorendum (perlembagaan awal) perkara 20, tetapi pada realiti yang tersurat dalam perlembagaan Malaysia dan juga negeri Sabah tidak mempaparkan bahawa perkara 20 itu sebagai rujuan resmi kerajaan masa kini.

Walau macam mana pun, menurut Salleh, ada di antara perkara tersebut yang telah pun dimasukkan ke dalam dokumen perjanjian Malaysia dan Perlembagaan Negara.
Justeru, hak rakyat Sabah dan negeri Sabah pasti terbela dan dihormati oleh Barisan Nasional dan dalam isu yang sama Salleh tegaskan bahawa beliau tidak pernah menyentuh soal "kesahihan" dokumen 20 Perkara sebagai memorandum tetapi bukan nya dalam bentuk perundangan.

Dalam pada itu, beliau merasakan bahawa beliau membuat kenyataan ada lah berasaskan lunas2 demokrasi dan hak beliau selaku pemimpin.
Orang lain tidak perlu memaksa beliau untuk mengikuti telunjuk mereka dengan menghalang beliau dari membuat sebarang kenyataan yang bertentangan dengan ideologi mereka. Masing-masing ada hak untuk bersuara , kata beliau.Selanjutnya beliau menekankan bahawa beliau tidak perlu tunduk kepada ancaman Lajim agar memohon maaf kepada rakyat dalam jangka 10 hari yang ditentukan.

Disebaliknya, DSSK mencabar Lajim agar meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri dan juga Ahli Parlimen kerana kekeliruan beliau sehingga memesongkan kenyataan yang tersurat dan tersirat DSSK.
Sumber: Penulis Solymone, Agensi

11 ulasan :

mantera said...

hal ini telah menimbulkan percanggahan dikalangan pemimpin Sabah. mereka seharusnya perbincangkan hal ini dgn baik. perkara 20 bukan perkara kecil.

mantera said...

perkara 20 harus diperjuangkan, ia perkara penting dalam pembentukan Malaysia.

Anonymous said...

Siapa sebenarnya Dtk Salleh ini dan apa motif di sebalik kenyataan beliau itu?

Anonymous said...

20 Perkara adalah isu yang sensitif. Rakyat mahukan kebenaran. Lebih baik isu ini diselesaikan daripada terus dispekulasikan.

Green Sabah said...

Datuk Musa Aman said its not the time to point fingers at who is right or wrong. The main point is to have the people unite and work together for the state and nation to progress and prosper

Green Sabah said...

No one should resign, can we all work together for the sake of the party and the people?

MisompuruTokou said...

Let the public knows what the 20 point is. The government should disclose it and tell the people how many points have been accomplished or fulfilled for the sake of the borneons.

Sanih Alias said...

Kita tunggu saja apa yang Datuk Lajim akan umumkan mengenai perkara ini. Apa yang ada sekarang ini masih tidak ada kepastian yang sebenar.

Kris Jr said...

Kabaran mengenai Lajim tidak pernah surut dalam beberapa bulan ni.

Hinamori said...

20 Perkara perlu jelas dan jangan dipolitikan.

Mumbai said...

“20 Perkara Sabah” memang telah dilaksanakan didalam perundangan Negeri Sabah mahupun Kerajaan Persekutuan.

selepas 10 tahun Sabah menyertai Malaysia, dan sehingga kini, 48 tahun Sabah Merdeka didalam gagasan Malaysia. Sabah tidak pernah lagi berdepan dengan satu situasi cemas yakni tidak berlaku konfrontasi antara rakyat Sabah kepada Kerajaan Persekutuan.

kehidupan harmonis menjadi pegangan utama rakyat Sabah dan inilah bukti mengapa pada tempoh tersebut tidak ada pungutan suara untuk mengkaji semula Perjanjian Malaysia.