Thursday, May 31, 2012



Jika berpandukan kepada kekerapan menemui rakyat akar umbi menjelang PRU 13 ini, rasanya kelibat Tan Sri Pandikar masih suram dan tidak kenampakan. Kalau juga bersandarkan kepada ciri-ciri ‘boleh menang’ yang diwar-warkan oleh PM Datuk Seri Najib, maka benar jikan andaian besarnya Tan Sri Pandikar tidak akan menjadi calon pada PRU 13 nanti di daerah Kota Belud. Ini kerana jika Tan Sri Pandikar masih ‘keinginan’ untuk dinobatkan sebagai pemimpin politik berstatus ‘waki9l rakyat’ di Kota belud, tentu aka nada gerakan bawahan yang telah dilakukan oleh politikus Iranun itu sejak awal lagi. Malahan daripada beberapa maklumbalas dari penyokong-penyokong tegar Tan Sri Pandikar memaklumkan bahawa mantan ADUN TEMPASUK itu yang kini menjawat YDP Dewan Rakyat setakat ini masih belum ‘mengesahkan’ apa-apa mengenai percaturan politiknya. 


Disaat pemimpin lain melipatgandakan aktiviti menemui rakyat di peringkat akar umbi seperti Datuk Musbah Hj jamli,Datuk Rahman Dahlan, dan Datuk Salleh Tun Said sendiri, Tan Sri Pandikar dilihat ‘keciciran’ dari aktiviti rutin wakil-wakil rakyat tatkala menjelang PRU 13 ini. 


Tan Sri Pandikar bukan sahaja dilihat mendiamkan diri dan bersikap ‘tunggu dan lihat’ tetapi juga dikatakan hanya menyerahkan nasib politiknya kepada percaturan akhir Datuk Musa Aman selaku pengerusi perhubungan UMNO Negeri dan juga percaturan PM Datuk Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Pandikar sebelum ini bersama Datuk Salleh Tun said menghadapi pelbagai rencam pandangan dari rakyat sejurus selepas PRU 2008 yang menyaksikan mereka tidak dicalonkan . 

Mengemudi sebuah NGO Sosial yang diberikan nafas baru kepada nama USBO juga mencetuskan kegelisahan politik di peringkat bawahan apabila Naib Presiden UMNO Datuk Shafie Apdal yang dijadikan “Penaung’ kepada NGO rumpun Bajau itu dikatakan diperkudakan untuk menakutkan Musa Aman. Dengan perkembangan politik “Lawan menjadi Kawan’ Datuk Salleh dan Tan sri Pandikar akhirnya Berjaya menjinakkan Datuk Musa Aman, menyaksikan kedua-dua tokoh politik Kota Belud ini dilantik ke beberapa jawatan penting peringkat persekutuan dan negeri. TSP menjadi YDP Dewan Rakyat dan DSSK menjadi speaker Dewan Undangan negeri walaupun sebelum ini menjadi penasihat Sains kepada ketua Menteri Sabah bertaraf “menteri”. 

Walaupun ada desas-desus TSP akan bertanding di kawasan lain, namun peratusan untuk itu adalah sangat kecil kerana seperti apa yang saya katakana diawal tadi, bahawa setakat ini TSP masih “Diam” dan ‘mengeram”. Belum ada tanda-tanda beliau akan diturunkan pada PRU 13 ini. 

Menyusuri beberapa ulasan dan perdebatan dalam dunia maya ini terutama dalam Fcb dan Blog, sudah kedengaran beberapa idea susulan supaya TSP juga memikirkan untuk ‘rehat’ dengan menumpukan perhatian kepada jawatan yang disandangnya ketika ini iaitu YDP Dewan Rakyat. Dengan harapan supaya TSP akan dilantik semula ke Jawatan itu selepas PRU 13 dengan andaian bahawa BN masih memerintah Putrajaya, TSP dikatakan adalah antara tokoh paling sesuai mengendalikan gelagat pembangkang di Dewan Rakyat. Dengan pengalaman dan kepakaran undang-undang yang dimiliki oleh TSP membuatkan ramai rakyat terpegun dengan ketangkasan dan kelincahan beliau mengendalikan Dewan ketika perbahasan usul berlangsung. 


Adalah lebih tepat jika TSP mula memikirkan pelapis kepimpinan yang boleh dikedepankan sebelum memikirkan untuk bersara terus dalam arena politik negeri dan Negara. Proses peralihan kepimpinan ini harus dilihat dalam konteks yang positif yakni bukan melupakan jasa orang l;ama tetapi kepimpinan harus diberi nafas baru sejajar dengan aspirasi golongan muda yang terdedah kepada liberalisasi dan kolonialisasi alaf baru. 

Setakat ini memang SAH Tan Sri Pandikar tidak akan dicalonkan semula!.

8 ulasan :

mantera said...

kita tgklah samada TSP akan dicalonkan atau tidak, atau dia terus menjadi senator.

Anonymous said...

Jika sudah tiba masanya diganti dengan muka baru, mengapa tidak?

Anonymous said...

TSP memang mempunyai pengaruh yang besar dan kelantangan beliau sebagai ketua speaker memang menarik perhatian.

Green Sabah said...

Whether or not Tan Sri Pandikar will be chosen again as the candidate next general election is up to the top party leaders.

Green Sabah said...

We should just wait and see what the top party leaders decided regarding the candidate selection for the next general elections.

Sanih Alias said...

Tidak semestinya seseorang itu akan terus kekal.

Kris Jr said...

Tingkatkan prestasi dalam membela nasib rakyat KB

Mumbai said...

bagi saya tidak mustahil TSP akan dicalonkan pada PRU13 ini memandangkan beliau satu2nya personaliti politikus Sabah yang bebas dari kontroversi serta skandal melibatkan kepentingan rakyat.. latarbelakang yang bersih juga adalah sebahagian dari ciri2 calon boleh menang..