Monday, June 18, 2012

ketegasan, ketangkasan, dan keberanian Datuk Lajim Ukin dalam memperjudikan masa depan rakyat Sabah terutama di kawasan Parlimen Beaufort dilihat mempunyai signifikan besar kepada masa depan politik Sabah menjelang PRU 13 nanti. Datuk Lajim yang sebelum ini dikaitkan dengan beberapa spekulasi besar akan meninggalkan UMNO dan menyertai PKR dikatakan tidak berpuas hati dengan beberapa insiden keputusan UMNo di Sabah terutama berkaitan dengan pemilihan calon pada PRU 13. 

Walaupun Datuk Lajim disinonimkan dengan gelaran "raja katak' kerana sikap dan sifatnya yang suka melompat parti, namun harus diingat bahawa jasa dan bakti Datuk Lajim kepada UMNO di Sabah sangat besar dan sudah terpahat dalam sejarah politik negeri itu. Datuk Lajim yang mengambil keputusan 'melompat' parti dari PBS kepada UMNO bersama tiga pemimpin yang lain  telah menjadikan UMNO sebagai parti yang menerajui kepimpinan di Sabah pada PRU 1994. Dan sewajarnya juga UMNO di sabah mengucapkan terima kasih kepada Datuk Lajim atas tindakannya itu sehingga Datuk Musa Aman dan beberapa pemimpin politik sebelum itu menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah. 

Dalam sambutan Hari jadinya yang ke-56, Datuk Lajim yang dikatakan sebagai pemimpin suku Bisaya itu mengumumkan untuk meletakkan jawatan sebagai ketua cawangan UMNO Kerambai kebatu. Sebelum ini beliau juga membuat keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan ketua UMNO bahagian.

Perkembangan terbaru ini, mengesahkan bahawa desas desus sebelum ini, Datuk Lajim akan menyertai pembangkang. Jika perkembangan ini menjadi ukurannya, maka diramal beberapa orang lain pemimpin politik di Sabah akan menuruti jejak pemimpin masyarakat Bisaya ini. Sekaligus ramai yang meramalkan senario ini akan mempercepatkan pembangkang menawan putrajaya.







BEAUFORT: Selepas mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian baru-baru ini, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Seri Lajim Haji Ukin, mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.



Beliau membuat pengumuman itu semasa berucap pada Majlis sambutan Ulang Tahun ke-57 kelahiran beliau yang dianjurkan oleh Keluarga, Mayang dan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) yang diadakan di kediamannya pada malam Sabtu.


“Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telahpun di hantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu,” katanya.


Sebelum ini Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Umno Bahagian Beaufort .


“Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat,” kata Lajim.


Menurutnya ada pihak telah mencabar beliau dengan berkata “kalau Lajim berani, umumkan letak jawatan dalam Umno”. Tetapi saya tidak akan terpengaruh dengan cabaran itu namun saya mencabar pucuk pimpinan berbuat demikian dan Rakyat Klias dan Parlimen Beaufort sudah sedia menanti apa saja tindakan pucuk pimpinan BN atau Umno.

Katanya, setakat ini beliau masih “pemimpin kerajaan” dan masih meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan bila tiba masanya cabaran-cabaran itu akan dipertimbangkan.

Kataya, desakan itu hanya dilontarkan oleh segelintir individu yang mempunyai agenda peribadi dengan menjadikan Halaman Sosial (Facebook ) sebagai medan untuk menghentam peribadi beliau terutamanya menjelang PRU ke-13.

“Siapa mereka yang mendesak saya berbuat demikian, jika saya melakukan kesalahan parti dan kerajaan boleh mengambil tindakan untuk memecat saya, lagipun bukan mereka yang menentukan masa depan saya, sebaliknya rakyat di kawasan ini,” katanya ketika berucap di hadapan lebih dari dari 5,000 orang penyokong dari pelbagai kaum dan agama yang hadir ke majlis sambutan hari jadi di kediamannya di Kampung Kaundu Kebatu.

Menurut Lajim, mereka tidak berhak membuat desakan itu sebaliknya beliau menyerahkan kerjaya dan masa depan politiknya kepada rakyat di kawasan Parlimen Beaufort. 

“Saya yakin jika rakyat menolak saya, kehadiran mereka pada majlis malam ini tidak akan seramai begini, ini kerana majlis ini dibuat tanpa jemputan dan ianya hanya majlis sambutan harijadi saya dan saya bersyukur serta berterima kasih atas kehadiran yang sebegini meriah,” katanya.


Tambah Lajim beliau tidak akan menjadi pemimpin seumur hidup, bagaimanapun jika rakyat masih mengharapkan kepimpinan beliau sebagai pemimpin di kawasan itu beliau akan meneruskan perjuanganya bagi membela masa depan rakyat khususnya di kawasan itu

“Dalam dunia politik ini kita tidak boleh menjadi pemimpin hanya menurut kehendak pihak tertentu “Yes Man” perjuangan sebenarnya perlu berpaksikan kepada kehendak rakyat sebagaimana Slogan dalam Gagasan 1 Malaysia ‘Rakyat di Dahulukan Pencapaian Diutamakan’,” katanya.

Menurutnya, pihak-pihak yang beragenda ini tidak perlu gusar dan perlu melakukan desakan untuk beliau keluar dan meletakkan jawatan dalam kerajaan dan parti kerana yang menjadi kata pemutus bukannya mereka tapi rakyat. 

“Tindakan golongan tertentu yang menimbulkan provokasi ini mencerminkan kebimbangan dan ketakutan mereka untuk menyerahkan nasib dan masa depan politik mereka yang bakal ditentukan rakyat apabila tiba masanya,” katanya.


Tambah Lajim, menyedari golongan ini tidak mendapat sokongan rakyat, mereka cuba menimbulkan keraguan terhadap wibawa kepimpinan yang ada tetapi pada masa sama tidak pula menimbulkan bahawa mereka juga mendapat kejayaan di bawah kerangka yang ada.


“Kelompok ini hanya berani berselindung di sebalik anarki melalui provokasi fitnah memfitnah dan adu domba jika benar mereka boleh memimpin beranilah untuk bersaing di gelanggang demokrasi, pasaran idea dan agenda masa depan negara berlandaskan kehendak dan pilihan rakyat,” tegas Lajim.


Beliau berkata bersedialah untuk diteliti dan dihakimi rakyat berdasarkan wawasan, idea, dasar, program dan rekod pencapaian yang ada.


Sambil memberi jaminan beliau akan terus berjuang dalam kerjaya politiknya demi kepentingan rakyat di kawasan tersebut selagi khidmat beliau rakyat meskpipun dalam wadah yang berbeza, Lajim berkata agenda bagi membawa perubahan yang besar terhadap kehidupan rakyat perlu diteruskan.


“Masih banyak keperluan pembangunan demi kesejahteraan rakyat perlu kita perjuangkan agar tidak ada kelompongan dalam usia kemerdekaan yang semakin matang rakyat berhak menikmatinya,” katanya.

Di majlis itu juga, Lajim turut melancarkan Buku Perlembagaan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) edisi kedua.

31 ulasan :

mantera said...

walaupun Lajim letak jawatan sebagai ketua bahagian UMNO, tapi ia tk bermakna dia akan tinggalkan UMNO.

mantera said...

Lajim pun dah beri penjelasan bahawa dia akan terus bersama UMNO.

Unknown said...

Lajim mungkin ada pengaruh tapi tidak bermakna beliau akan menjadi penentu politik Sabah.

Paquin said...

Adui banyak betul cerita pasala ni. Takpalah, kalau dia nak letak jawatan pun.

Paquin said...

Lain orang lain pandangannya. Namun yang pasti, rakyat kini makin bijak dan tahu apa yang terbaik buat mereka.

Unknown said...

benar, kerjaya dan masa depan politik beliau adalah di tangan rakyat terutama penduduk di kawasan Parlimen Beaufort

Unknown said...

janganlah membuat spekulasi yang boleh menjejaskan reputasi beliau

Unknown said...

biarlah dia sendiri yang menentukannya..

Unknown said...

lagipun, itu haknya sendiri untuk membuat keputusan

Unknown said...

tidak hairanlah ... apabila pilihan raya semakin hampir, pelbagai khabar angin akan didengari

Green Sabah said...

Maybe Lajim was a factor for the PBS downfall. But is he going to be the factor for BN's winning/losing this time? Not so sure about that.

Nemia said...

Lajim is getting famous after his statement on quitting BN.

onong said...

Lajim menjadi penentu masa depan? Nampaknya beliau telah melakukan satu keputusan yang drastik.

unknown said...

I respect any decision by him.

unknown said...

WHatever it is, I dont think he will quit BN.

unknown said...

Don't make any conclusion yet.

TuhauBam said...

Walau bagaimana pun Lajim perlu buat keputusan dan tegaskan keputusan tersebut. Jangan main tarik tali.

Hinamori said...

Susah juga mahu cakap pasal ni. Tapi sejarah tetap sejarah. Pola Lajim seperti akan berulang lagi...entah la. tengok saja la nanti.

hafinA A said...

Datuk Lajim akan terus bersama dengan UMNO/BN tapi mengenai penarikkan diri di kerusi Beaufort ini mungkin beliau ingin memberikan peluang kepada calon lain.

hafinA A said...

Semua ini sekarang terpulang dengan Datuk Lajim sendiri. Tidak ada paksaan untuk berliau.

kamilla said...

Harap Lajim tidak akan meningalkan UMNO.

kamilla said...

Mau dekat2 PRU ini, macam2 cerita sudah timbul, namun begitu di harapkan beliau akan terus kekal bersama BN.

kamilla said...

Lagipun Lajim hanya meletakkn jawatan sebagai Ketua Bahagian sahaja, bukan bermaksud beliau mau meningalkan umno.

mike said...

tidak semestinya...bukan lajim seorang saja pemimpin di sabah...

mike said...

yang akan menjadi penentu politik sabah adalah rakyat sabah sendiri sebagai pemilih dan pengundi..

mike said...

lajim juga tidak mengumumkan beliau akan meninggalkan parti...w/bagaimana pun, ianya adalah keputusan beliau sendiri..

Green Sabah said...

I don't think Lajim will be able to determine the state politics, since the top leaders have already decided to drop him, it shows that he is no longer needed in the party.

sabah-go-green.blogspot.com

Green Sabah said...

Lajim Ukin has resigned his position in the party, but he said he has no intention to leave the party yet. No idea what is his next move.

sabah-go-green.blogspot.com

Mumbai said...

jika Lajim benar2 mempunyai niat untuk keluar dari umno, beliau sepatutnya bertindak lebih awal.. tidak perlulah menunggu masa yang sesuai.. adakah beliau menunggu selepas keputusan PRU13 diumumkan??

Mumbai said...

Lajim juga patut bersyukur kerana beliau masih bersama2 umno.. jika beliau berjuang dalam Pakatan, awal2 lagi beliau sudah dipecat oleh pucuk pimpinan kerana buat kenyataan yang bertentangan dengan kemahuan pucuk pimpinan parti..

Anonymous said...

be end