Thursday, June 21, 2012



DEBATKINI Peralihan kuasa akan berlaku secara aman sekiranya benar Pakatan Rakyat dapat mengambil alih kuasa dalam pilihan raya umum akan datang, kata ahli Parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan.


Bercakap pada debat anjuran Malaysiakini malam tadi, Abdul Rahman berkata, BN mampu menerima kekalahan dengan hati terbuka seperti situasi di Kelantan pada 2004 apabila tewas dengan majoriti amat kecil.


"(Pada masa itu) PAS memenangi satu kerusi dengan majoriti dua undi. Walaupun setelah 20 tahun (memerintah), bila kami kalah, kita tidak melakukan apa-apa.


"Kita beri pada mereka secara jujur dan adil," kata Abdul Rahman sebagai menjawab persoalan yang diutarakan.


Menghangatkan lagi suasana debat malam tadi yang dihadiri kira-kira 300 hadirin, Abdul Rahman sebaliknya berkata, sekiranya pada pilihan raya umum akan datang Pakatan tewas, keadaan seperti perhimpunan BERSIH 3.0 akan berlaku.


"Sebab mengapa saya berkata demikian kerana, saya percaya, keganasan pada 28 April merupakan amaran kepada Malaysia bahawa pembangkang tidak akan bertolak ansur sekiranya kalah pada pilihan raya umum," katanya yang menerima sorakan 'boo' oleh hadirin.


Abdul Rahman bagaimanapun dengan tenang dan berseloroh berkata, beliau datang pada debat tersebut berseorangan dan tidak membawa pasukan sorak.


"Saya telah bercakap dengan orang saya dalam BN, jika kita kalah, kalahlah," kata Abdul Rahman.


'Keganasan sebenar'


Sementara itu, membidas kenyataan Abdul Rahman, Ahli Parlimen Subang daripada PKR, R Sivarasa berkata, sekiranya tiada pilihan raya yang adil dan bersih, di mana-mana negara sekalipun rakyat akan turun ke jalanan.


Beliau berkata, wajar sekiranya rakyat membantah pilihan raya yang telah dirancang dan tidak adil.


azlanSivarasa menegaskan lagi, jika ingin bercakap mengenai perhimpunan pada 28 April, keganasan sebenar apabila gas pemedih mata dan meriam air digunakan oleh pasukan beruniform.


"Jika menang dengan cara yang bersih dan adil tidak mengapa. Tetapi jika menipu dan menang, oh, kita akan pergi ke jalanan. Seluruh rakyat di dunia akan pergi ke jalanan.


"Tiada orang yang membenarkan pilihan raya yang tidak adil dan menipu," katanya disambut dengan tepukan hadirin.


Debat semalam siri pertama "Debatkini" anjuran Malaysiakini. Turut dibariskan semalam Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu dan ahli parlimen PAS Mujahid Yusof Rawa.

18 ulasan :

Nemia said...

Pakatan took its task?

mantera said...

apa2 keputusan PRU nnti harus diterima dgn hati trbuka, jgn ada tk puas hati.

Anonymous said...

menang kalah adat pertandingan

mike said...

kalau kalah, terima kekalahan dengan hati terbuka...tidak kira kerajaan atau pembangkang sebab itu adalah pilihan rakyat dan hak memilih hanya pada rakyat..

Ezef said...
This comment has been removed by the author.
Ezef said...

Pakatan won't able to conquer Sabah for real .

Ezef said...

Personally Pakatan only interested in making Sabah as one of the trashes.

Paquin said...

Mampukah pakatan tawan hati rakyat. Rasanya tak semudah yang difikirkan mereka la.

Paquin said...

Tak percaya, lihat sajalah nanti. Tapi siapapun yang menang nanti, saya yakin itu adalah yang terbaik buat semua.

Anonymous said...

Kalau Pakatan dapat ambil alih Sabah, agak besarlah peluang untuk menawan Putrajaya. Itupun kalau rakyat akan memberikan mandat kepada mereka.

Anonymous said...

Kemenangan biarlah dengan cara yang bersih dan bukan gunakan politik kotor.

Ezef said...

Pernyataan ini macam membahaskan bahawa beliau masuk PKR.

Ezef said...

Jangan biarkan pembangkang menjadi batu loncatan.

ForestOrchid said...

BN tetap pilihanku... dari dulu dan selamanya..

Sanih Alias said...

Ntahlah..Dapatkah PR ambil alih kuasa. Saya ada terjumpa kawan dari Selangor. Dia seorang pengusaha dan pemaju tapi amat kecewa dengak kerajaan Selangor yang mengamalkan rasuah. Jika Pemaju itu tidak memberikan duit bawah meja maka jangan harap akan mendapat projek kerajaan. Bayangkan sampai begitu sekali.

Green Sabah said...

The people of Kelantan said they are disappointed with the PAS government for failing to fulfill the 22 points agreement made during the GE-12. They had mentioned that they will give mandate to UMNO if PAS still does not fulfill what was promised.

http://sabah-go-green.blogspot.com/

Green Sabah said...

Some of the Kelantan Natives also claimed that PAS government failed to protect their land rights.

Mumbai said...

"sekiranya tiada pilihan raya yang adil dan bersih, di mana-mana negara sekalipun rakyat akan turun ke jalanan."

masalahnya, di negara ini bukan rakyat yang bangkit sendiri untuk turun ke jalanraya, sebaliknya pemimpin2 politik yang bangkit menghasut rakyat untuk turun ke jalanraya..