Thursday, April 18, 2013

Dunia politik di Sabah tidak seperti yang lepas-lepas, rakyat dan penyokong UMNO/BN hanya menerima bulat-bulat calon yang diputuskan oleh pucuk pimpinan negeri dan pusat. Tetapi kali ini dalam PRU 13, situasi 'berlembut' itu tidak sudah dapat dibendung, di mana-mana di Sabah sudah kedengaran 'protes' secara nyata, calon-calon UBN pilihan pucuk pimpinan negeri  yang ditempatkan di kawasan mereka.

Rakyat Sabah bukan lagi seperti dulu, dicucuk hidung dengan tali dan ditarik semahu-mahunya, mereka sudah ada kesedaran politik yang tinggi bahawa kehendak dan aspirasi mereka harus diambil kira dalam penetapan calon pilihan mereka.

Setakat ini tunjuk perasaan secara nyata terlah berlaku di dua buah kawasan iaitu di Parlimen Tenom seperti dalam video yang dimuat turun dalam youtube satu pemprotesan ke atas calon Parlimen P 181 Tenom. Dari ucapan beberapa emimpin tempatan dalam majlis itu menyatakan bahawa calon asal Tuan Jawawi Jaafar di sabotaj pihak-pihak tertentu sehingga nama beliau disingkirkan saat akhir.

Tunjuk perasaan di hadapan rumah Manismuka

Tunjuk perasaan sebagai tanda protes ke atas senarai calon juga berlaku di Parlimen Semporna. Ketua Wanita UMNO Semporna, Hajah Manismuka Mohd. Dara dengan penyokong seramai 200 orang turut mengadakan demontrasi secara aman di hadapan Pejabat UMNO Bahagian Semporna , meminta calon di DUN BUGAYA, Datuk Ramlie Marhaban di gugurkan kerana ditolak masyarakat setempat.

Desas-desus juga dikatakan perkara sama akan berlaku di Lahad Datu. Manakala di kota belud, sebelum ini maklumat yang diterima protes juga berlaku di DUN USUKAN apabila penyokong Datuk Japlin melahirkan kekecewaan apabila pemimpin mereka digugurkan dan diganti dengan Datuk Salleh Tun Said.


1 ulasan :

Anonymous said...

assalamualaikum dan salam perpaduan.

Ketidakpuasan atau protes dalaman berlaku saban kali pilihanraya berlaku di dalam mana-mana juga parti. Antara faktor pencetus adalah kreadibiliti calon, locality calon, sejarah perjuagan calon dan manipulasi calon. Sungguhpun begitu, protes terhadap calon yang dikemukakan oleh pucuk pimpinan parti di Sabah kali ini berlaku atas kecelikan dan keberanian ahli-ahli parti. Di Tenom misalnya, keramahan,keperibadian, keperihatian, kebertangungjawaban, kerajianan dan kesungguhan Jamawi Jaafar sebagai seorang pemimpin telah mempengaruhi dan menyentuh hati ahli-ahli UMNO setempat. Malahan masyarakat setempat yang bukan bernaung di bawah parti ini juga turut tersentuh. Beliau juga bijak bergaul dan mendekati golongan muda melalui pelbagai program yang dilakukan. selain itu juga beliau bijak memilih rakan-rakan rapat yang berjuang di sampingnya. Berbanding Datuk Raimee Unggi, walaupun telah memegang tampuk parlimen Tenom selama 2 penggalbeliau dilihat gagal untuk menonjolkan dirinya sebagai seorang pemimpin. Beliau juga tidak memperlihatkan agenda golongan muda walaupun beliau juga orang muda. Beliau juga dilihat lebih banyak bergantung harapan kepada Datuk Rubin Balang dalam membangunkan daerah Tenom. Dari segi keperibadian pula, beliau juga gagal meningkatkan imej sebagai seorang yang profesional dan berketrampilan. dalam-majlis-majlis kampung seperti majlis perkahwinan beliau meletakkan imejnya dalam kritikan dan ejekan. Kadang kala imej beliau juga turut tercemar akibat tindak tandunk orang yang akrab disekelilingnua. perkara-perkara yang negatif ini telah menyebabkan keyakinan dan kepercayaan ahli semakin terhakis. Sepanjang mengenali Datuk Raimee Unggi (Sebelum menjadi ahli parlimen) beliau seorang yang akrab dan berpandangan jauh. Cuma Jiwa remaja dan faktor budaya persekitaran kadang kala menutupi kebaikan. Beliau juga seorang perihatim cuma beliau terlalu mengharap. Harapan inilah yang selalu membunuh kriernya. kerana ada orang yang diharap seumpama pagar memakan padi, seumpama nila dalam susu sebelangga.