Saturday, July 21, 2012




Sebelum ini seorang blogger Kota belud yang menamakan dirinya sebagai Muraikb, telah mendedahkan mengenai kedaifan yang dialami oleh penduduk Kg Lilud di kawasan DUN Tempasuk dan wakil rakyatnya ialah Datuk Musbah Jamli yang terkenal dengan slogannya "turun padang' dan "jelapang Padi". Kedaifan pembangunan Kg Lilud ini digambarkan oleh blogger Muraikb seperti berikut:

Dalam pilihan raya umum ke 12 telah timbul isu kawasan kampung ini cenderung kepada parti pakatan rakyat. dalam tohmahan, haji manshor telah mengesahkan tindakan segelintir penduduk kampung yang menyokong pembangkang. keputusan piliharan raya juga telah membenarkan kenyataan ini di mana calon dari kawasan ini sdr Awg Laiman mendapat tempat di hati penduduk di situ dengan memberikan status kekalahan kawasan daerah mengundi Tamau kepada Datuk musbah.

tanda protes undi yang beralih arah peti undi itu adalah tindakn penduduk Lilud yang telah jemu dengan pelbagai janji yang di berikan sebelum pilihan raya lagi. beramcam-macam janji wakil rakyat yakni mengaspalkan jalan, bekalan air berish. rumah PPRT kepada yang layak dan banyak lagi
permohonan yang di abaikan oleh wakil rakyat masa itu.

sudah mencapai 30 tahun pemerintahan UMNO di daerah kota belud, namun kampung yang tidak jauh dari pusat pekan ini di sajikan kepada kita bahawa dalam konteks pembangunan, kampung ini terlalu mundur dan daif jika di bandingkan dengan kampung-kampung yang berdekatan. jalan raya tidak berTar, tiada talian telepon, bekalan air bersih tidak ada, rumah yang tidak ada bekalan elektrik dan masalah kemiskinan sangat membelenggu penduduk yang tinggal di kampung itu. rumah yang terlalu daif dan uzur masih lagi di diami. tanpa satu lawatan khas membasmi kemiskinan yang di lakukan oleh pihak kerajaan dan wakil rakyat, penduduk disitu masih mengharapkan pembangunan akan di bawa masuk walaupun kepastian itu tidak mencapai peratusan yang tinggi. bak kata orang menunggu " bulan jatuh ke riba".

soal menyokong kerajaan ataupun wakil rakyat sememangnya tidak timbul dan bberlaku kepada wakil rakyat, kerana, pemimpin yang memdapat mandat dari penduduk seharusnya membawa pembanguna yang di salurkan oleh kerajaan tanpa mengira kepartian. nama nya pun sudah wakil rakyat bukan wakil parti bermakna menjadi tanggunjawab semua wakil rakyat untuk membasmi segala masalah yang selama ini membelenggu penduduk Lilud ini. namun, perkara itu berlalu di telan masa tanpa di beri perhatian oleh mana-mana pihak mahupun wakil rakyat, penduduk Lilud setiap hari hidup dalam kedaifan tanpa keselesaaan. Datuk Musbah langsung tidak menjenguk kawasan ini walaupun sekali selama beliau menjadi wakil rakyat tempasuk. apatah lagi Datuk rahman sebagai Ahli palimen Kota Belud.


kini telah menjadi tanggungjawab sdr Awg Laiman untuk membuka rantai belenggu penduduk kampung Lilud itu bagi merasai keselesan dalam mengharungi pahit getir kehidupan. memilkul tanggungjawab ini bukan senang tapi kerana Kampung lilud akan di tempuhi jua. malang nya modal depan mata tidak di manfaatkan oleh sdr Awg Laiman dengan semaksimum nya. Kini Kg Lilud adalah JENTERA BERAT pakatan rakyat di kota belud. akibat jemu dengan janji-janji pembangunan semasa pilihan raya, maka, penduduk di situ mengalih arah sokongan kepada pakatan rakyat. murai bangga punyai warga masyarakat yang berpendirian dan demokrasi.


Manakala dalam FCB 1 Suara Sabah menukilkan pula berikut:

KOTA BELUD 19 Julai - Tiada apa yang dapat dibanggakan oleh penduduk Kampung Lilud Tamau di sini sejak pembentukan Malaysia pada 1963, kecuali cerita duka tentang kampung mereka yang selalu terlepas pandang daripada arus kemajuan.

Mungkin ia amat pahit dan perit untuk diketahui umum, tetapi itulah hakikat yang terpaksa dihadapi oleh mereka saban tahun.
Kampung yang dikelilingi Sungai Magutang itu berjiran dengan Tamau, Merbau, Kotabungan, Kawa-kawa dan Pantai Emas yang begitu gah dengan pelbagai pembangunan seperti pembinaan sekolah baru, masjid, jalan raya dan gelanggang futsal.

Demikian juga dengan program pembekalan air bersih yang giat dijalankan di kampung- kampung berkenaan, membuatkan penduduk Kampung Lilud Tamau 'kempunan' apabila hanya sekadar dapat menyaksikan proses pemasangan sistem pembetungannya melepasi kampung mereka.
Seorang penduduk, Murshid Nanang, 48, memberitahu, kedaifan sebahagian penduduk memaksa mereka menggunakan air sungai untuk mandi, mencuci dan minuman.

"Sedangkan air sungai itu telah disahkan oleh Jabatan Kesihatan Kota Belud sebagai tidak selamat diminum kerana mempunyai tahap pencemaran yang tinggi," katanya.
Sebelum ini sebahagian penduduk telah memasang paip graviti namun air yang disedut keluar turut didapati tidak bersih dengan kehadiran kelodak kekuningan seperti lumpur dalam masa hanya setengah jam setelah disedut dari perut bumi.
Keadaan tersebut memaksa Murshid membeli penapis air berharga RM15 bagi menjamin kesihatan keluarganya di samping terpaksa membeli air bersih dari pekan dengan harga 30 sen seliter.
"Penapis tersebut hanya dapat digunakan dalam sehari kerana ia sering tersumbat oleh sisa kotoran dan akibatnya beberapa hari kemudian saya terpaksa membeli lagi kerana ia tidak dapat digunakan langsung selepas itu," ujarnya.
Murshid yang juga seorang peniaga kecil-kecilan memberitahu, pakaian mereka sekeluarga terutama pakaian anak-anaknya yang bersekolah terpaksa dibawa ke kedai dobi di Pekan Kota Belud untuk dicuci.

"Semua baju sekolah anak-anak di sini menjadi kuning setelah dicuci menggunakan air tarikan graviti atau air sungai," jelasnya.
Sementara itu, suri rumah, Fauziah Lamat, 30, berkata, ada waktu anak-anaknya seperti kehilangan motivasi untuk ke sekolah kerana pakaian 'emas kuning' yang dikenakan oleh anak-anak tersebut selalu dijadikan bahan gurauan dan ejekan rakan-rakan sekelas.

Bagi Munah Lopong, 33, meskipun keadaan ekonomi keluarganya terumbang ambing, suaminya terpaksa membeli air daripada mesin yang disediakan oleh para peniaga di kampung lain atau di pekan.
"Kami terpaksa berbuat demikian daripada terus meneguk air yang tercemar ini, meskipun memerlukan belanja yang agak besar," katanya

Munah menjelaskan, dalam sehari mereka sekeluarga memerlukan belanja sekurang-kurangnya 16 liter air atau RM4.80, namun kosnya akan menjadi RM8 jika terpaksa membeli di pekan kerana kos pengangkutan.
Sementara itu, beberapa penduduk lain yang tinggal di pinggir sungai seperti Baliah Nanang, 58, tidak mempunyai pilihan selain terus menggunakan air sungai untuk minum, mandi dan membasuh.

"Jangankan diminum, digunakan untuk mandi pun air ini membuatkan badan berasa gatal-gatal kerana pencemaran, namun kami tidak dapat berbuat apa selain berdoa semoga penyakit bawaan air tidak akan menyerang kami buat waktu ini," ujarnya pasrah.


Kredit pos: wan azry

6 ulasan :

mantera said...

Kota Belud mempunyai ramai pemimpin hebat, tapi kenapa pembangunan Kota Belud agak lambat berbanding daerah2 lain?

mantera said...

para pemimpin harus peka pada keadaan rakyat. jika turun padang pun, biarlah ia memberi manfaat kepada rakyat. kenal pasti masalah dan selesaikannya. bukan sekadar turun padang tapi tak buat apa2.

Unknown said...

setiap pemimpin atau wakil rakyat Kota Belud perlu berfikir di mana silapnya sehingga ada kampung yang masih mundur dan daif dengan kemudahan2 asas.

Hamdan Hadillah said...

Pemimpin haruslah tampil dan datang melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh penduduk dikawasan tersebut.

Anonymous said...

Mungkin kekurangan yang dialami ini tidak dinafikan. Pasti akan berlaku. Namun kerajaan akan cuba yang terbaik untuk menyelesaikan masala ini. Masyarakat juga perlu membantu kerajaan untuk meyuarakan masalah sebegini supaya kerajaan ada rekod dan mudah untuk membantu.

Anonymous said...

Boleh buat jalan seman ka atau tembus batu kecil 15 lori ka....susah betul mahu jalan kereta motor apa lagi kalau hujan belumpur lagi kenderaan pun kotor...kampung lilud