Monday, July 9, 2012

Dikhabarkan bahawa tanah seluah 900 ekar lebih di kuala Pintasan yang menjadi rebutan dan pertikaian penduduk kerana dikatakan rezab untuk tanah ragut penduduk Kg taun Gusi, Labuan dan Wakaf telah dimiliki oleh syarikat dari Semenanjung. bersebelahn tanah itu pula telah digazetkan untuk projek Agropolitan Kota Belud.

Seorang penduduk Kota belud mempertikaikan langkah ADUN TEMPASUK yang mencadangkan kawasan berkenaan sebagai kawasan Agropolitan kerana Tanah berkenaan berstatus NCR. Sementera itu sdr Musli Oli dalam satu kenyataannya di fcb mendakwa peruntukkan sebanyak RM80 juta yang dikeluarkan untuk projek Agropolitan itu bertujuan membasmi kemiskinan. namun katanya lagi jika projek itu gagal, tanah rakyat akan menjadi pertaruhannya dan menjadi milik syarikat asing.

Tuan Hj Maljim Anjil dalam kenyataan balasnya pula mendakwa projek Agropolitan diperuntukkan tanah seluas 700 ekar dan projek itu telahpun bermula 4 tahun lepas TETAPI tidak menampakkan kemajuan yang memberangsangkan. Tanah Agropolitan itu katanya lagi terbiar dengan tanaman lalang yang meninggi walaupun dipagar dengan pagar yang usang.

Penduduk mendakwa permohonan mereka untuk mendapat tanah seluas 200 ekar tidak dilayan dan tidak diluluskan. sedangkan syaraikat asing pula senang-senag dapat tanah tersebut.

Sebagai rekod sebelum ini dilaporkan oleh media bahawa ADUN TEMPASUK Datuk Musbah Jamli adalah antara orang kuat yang mahukan projek Agropolitan dan jelapang Padi dapat direalisasikan di Kota belud.

12 ulasan :

Green Sabah said...

I think more attention and efforts are needed to improve the Agripolitan project. There are still hopes to turn the project around towards success.

http://sabah-go-green.blogspot.com/

Green Sabah said...

Hopefully the RM80 million agropolitan project will still be able to achieve its goal to eradicate poverty.

http://sabah-go-green.blogspot.com/

Anonymous said...

kalau projek ini berjaya, sudah pasti akan memberikan manfaat kepada penduduk tempatan...tetapi bagaimana pula kalau gagal? maka perlu ada pelan sokongan..

Anonymous said...

apa2 pun diharap pihak berkuasa akan memastikan projek ini dilaksanakan dengan jayanya..

mantera said...

masalah mcm ni sering berlaku.. seharusnya penduduk yang berhak terhdap tanah tersebut.

mantera said...

apa2 projek kenalah dilaksanakan dgn baik dan pastikan penduduk mendapat manfaat.

Unknown said...

Mereka yang bertindak sebagai pelaksana projek yang perlu pastikan segala yang dirancang harus dipatuhi. Jangan ada penyelewengan.

Unknown said...

Kenapa syarikat asing mudah mendapatkan tanah di Sabah ni?

Unknown said...

Mungkin ini menjadi persoalan sekarang kerana belum menampakkan hasil yang sepatutnya. Apa pun kita tunggu seterusnya mengenai perkara ini.

Unknown said...

Dimiliki oleh orang semenanjung?? Kenapa boleh jadi begitu. Penjelasan patut ada mengenai perkara ini.

Unknown said...

Masih berstatus NCR?? Tapi memang patut juga kawasan itu dimajukan. Ini demi kebaikkan penduduk juga untuk meningkatkan ekonomi mereka nanti.

Sotong Kurita said...

saya rasa perlu ada keputusan menang2 di sini.. jika benar tanah itu adalah tanah NCR, dan dalam masa yang sama tidak ada aktiviti ekonomi yang mampu melonjakkan pendapatan pemilik tanah di kawasan itu, baik bangunkan sahaja kawasan itu sebagai jelapang padi.. cuba bincangkan dulu perkara ini dengan penduduk kampung yang terlibat sebelum buat keputusan..