Wednesday, July 4, 2012


Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan berkata bahawa pembangkang sememangnya buta hati dan buta mata dengan menafikan pembangunan yang dibuat oleh kerajaan BN sekarang. Beliau berkata demikian dalam satu majlis di Kg rampayan Ulu yang turut menyaksikan kehadiran ADUN Tempasuk, Datuk Musbah Jamli.

Bagi kelapamawar, rakyat Kota belud juga seharusnya celik mata dan celik hati , dalam semua isu. Bukan sahaja kepada pembangkang tetapi juga kepada pemimpin BN dan wakil rakyat di daerah ini. Rakyat harus segera celik mata dan celik hati melihat percaturan dan peningkatan taraf hidup pemimpin yang begitu mewah dan berharta hanya setelah bergelar 'wakil rakyat'.

Beberapa kes di Kota belud seperti Tanah di Kuala Pintasan, Tanah di Rampayan, Tanah di Kg taburan, kes empangan Tambutuan, Kes terbengkalaian Sk Tamau yang sudah masuk fasa 3 tahun dan kes pampasan tanah di jalanraya KB-Kudat juga jangan dilupakan. Rakyat Kota Belud, jangan buta mata dan jangan buta hati melihat isu-isu ini.

KOTA BELUD : Pemimpin parti pembangkang bukan sahaja ‘Buta Mata’ malah lebih malang ‘Buta Hati’ kerana menidakkan pembangunan yang telah dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini untuk kesejahteraan rakyat.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata ‘Buta Hati’ lebih merbahaya daripada ‘Buta Mata’.

Katanya, apabila kerajaan yang ada sekarang memberikan pembangunan, menjaga rakyat di peringkat akar umbi walaupun itu untuk kebaikan rakyat semua tetapi kerana pemimpin parti pembangkang ‘Buta Hati’ mereka sentiasa menidakkan pembangunan yang telah dilaksanakan selama ini.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin di Kg. Rampayan Ulu yang dianjurkan oleh KRT Kampung Rampayan Ulu dekat sini, baru-baru ini.


Abdul Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah berkata pemimpin parti pembangkang tidak pernah berhenti menghasut rakyat menuduh bahawa kerajaan Barisan Nasional yang menjadi pemerintah di negara ini merupakan sebuah kerajaan yang zalim kepada rakyat.


Malah lebih teruk daripada itu jelas beliau lagi, pemimpin parti pembangkang juga menuduh kerajaan yang ada sekarang ini menindas rakyat, kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang kononnya menekan rakyat di negara ini.


“Walaupun kerajaan Barisan Nasional berusaha mensejahterakan rakyat melalui pelbagai pendekatan, pembahagian BR1M, pendidikan percuma kepada sekolah rendah dan menengah, menjaga keamanan negara demi keselamatan rakyat secara keseluruhan dan sebagainya tetapi masih juga dikatakan zalim dan menekan rakyat oleh pemimpin parti pembangkang, kita redha dituduh seperti itu,” tambahnya lagi.


Pada majlis yang sama sebanyak 170 buah dapur gas turut telah diageh-agehkan kepada penduduk di Kg. Rampayan Ulu yang disumbangkan oleh Abdul Rahman dan Musbah Jamli.


Hadir sama pada majlis itu Penolong Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional negari Sabah, Marhadi Imardin; Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud, Bisi Jamit serta para pemimpin setempat yang lain.


Terdahulu, Wakil Rakyat Tempasuk, Datuk Musbah Jamli turut membidas pemimpin parti pembangkang yang menurutnya ‘Buta Mata’ tidak melihat pembangunan yang sedang dan telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional di daerah Kota Belud.


Menurut Musbah pelbagai projek pembangunan yang telah dibawa masuk oleh kerajaan yang ada sekarang khususnya di daerah tersebut bukan sahaja dapat dilihat sendiri oleh rakyat malah dapat memberi banyak manfaat kepada rakyat.


“Apa yang rakyat nikmati dan lihat masa kini jelas menampakkan kerajaan yang ada sekarang ikhlas membantu dan membangunkan rakyat, rakyat sudah tidak mudah ditipu, rakyat sekarang lebih bijak menilai yang mana kaca dan yang mana permata,” katanya lagi.

16 ulasan :

mantera said...

pembangkang mmg akan membuat tidak nampak pembangunan yang dilakukan kerajan. mereka hnya tau memburukkan kerajaan.

mantera said...

kita sendiri dpt menilai pembangunan dilakukan oleh kerajaan dan jgn mudah terpengaruh dgn propaganda pembangkang.

ForestOrchid said...

Bisalah pembangkang, kerajaan tidak bagus,, pembangkang saja yang bagus walaupun tidak pernah berbudi kepada rakyat, jadi rayat kenalah melihat dengan kedua belah mata apa kerajaan buat untuk rakyat, apa pula pembangkang sumbang untuk rakyat,,,adakah.........

Anonymous said...

ianya terpulang kepada rakyat untuk menilai..

Anonymous said...

YB kerajaan juga janganlah asyik melihat dan mencari kesalahan pihak lain sehinggakan kelemahan dan kesalahan sendiri tidak dikenalpasti...adalah lebih baik bagi YB2 kerajaan untuk meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan mereka kepada rakyat..turun padang dan selesaikan masalah rakyat seberapa segera yang boleh..

Unknown said...

Tidak hairanlah apa yang pembangkang lakukan. Semua itu adalah cara mereka. Mereka sanggup buat apa saja yang penting impian tercapai.

Unknown said...

Kerajaan dan pembangkang ada kelemahan sendiri. Terpulang untuk mengakui dan memperbaikinya.

Unknown said...

Pembangkang janganlah mengkritik membuta tuli dan kerajaan juga kena peka dengan masalah yang berlaku di KB.

Mumbai said...

susah juga ba mau nampak mana satu yang bagus.. saya bukan penduduk di sana yang boleh nampak hasil kerja pemimpin2 BN dan pemimpin2 pembangkang..

Hinamori said...

Lebih baik Rahman Dahlan berhati-hati dengan setiap kenyataan yang diberi.

drako drakonius said...

The opposition will not succeed in penetrating Sabah, led by the Barisan Nasional (BN) under Chief Minister Datuk Seri Musa Aman, in the next general election, said Sabah Information Executive Councillor Datuk Sapawi Ahmad.

drako drakonius said...

"Based on the current political scenario and the confidence shown by the people, Sabah BN will definitely win in the next general election," he said at the closing of the state- and Labuan-level ''Program Jelajah Isu'' .

drako drakonius said...

Sapawi, who is also Sipitang MP, said that since the BN took over the state government in 1994, Sabah''s financial position has strengthened, particularly with Musa''s leadership.

drako drakonius said...

"Sabah only had a financial reserve of around RM300 million (in 1994) but it has increased substantially to RM3.3 billion as noted in the Auditor-General''s Report.

drako drakonius said...

"This translates to good administration, especially economically, by the state government," he said.

drako drakonius said...

He also said that Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak was a man of his word, and called on the people not to be influenced by propaganda spread by opposition political parties.