Wednesday, July 25, 2012

Mohd.Sayuti Omar seorang penulis politik nasional sekali lagi menulis tentang politik Sabah dalam blog rasminya. Tidak banyak pendedahan berani yang dibuat oleh penulis kontrovesi ini . Kerana selain daripada khabarnya UMNO Sabah bergolak tahap gaban yang sudahpun menjadi rahsia umum di Sabah, Sayuti Omar juga sedikit membongkar berita kononnya ketua menteri Sabah, Datuk Musa Aman sedang mengatur senarai 26 orang calon yang pro kepadanya untuk menjadi calon pilihan Najib pada PRU 13 nanti. Tidak pula dinyatakan oleh beliau senarai nama-nama tersebut.Namun sebelum ini, berita politik di Sabah menyatakan inilah sebab utama mengapa Datuk Lajim bermain tarik tali, khabarnya kerana di parlimen Beaufort akan dicalonkan anak Musa Aman.

Jika Najib menerima senarai nama tersebut, Musa dikatakan akan menanggung keseluruhan kos pilihanraya di Sabah pada PRU 13 dan sebahagian kos di semenanjung. Jika benar kayanya Musa Aman kerana anggaran kos di sabah sahaja melebihi ratusan juta ringgit.


Datuk Lajim dalam kenyataannya yang dipaparkan dalam Sabahkini mendakwa bahawa terlalu banyak kepincangan kepimpinan BN di Sabah. Ini juga pernah dikongsikan oleh pemimpin LDP dan SAPP.Namun kata Datuk Lajim lagi, PM datuk Najib seakan enggan mempercayai pergolakan kepimpinan itu. Percaya atau terikat kepada perasaan takut akan kehilangan lebih banyak kerusi parlimen pada PRU 13 jika Musa Aman digugurkan dari kepimpinan negeri?









8 ulasan :

unknown said...

Did he say so? I think the opposition is wrecking my neck.

unknown said...

What they want actually? GE is coming and still they are making up stories to earn credits?

unknown said...

Mind you, this is so called conspiracy.

unknown said...

Absurd. This is not true at all.

unknown said...

Not at all.

mantera said...

ini hnya khabar angin. belum tentu lagi..

Unknown said...

Lagi Khabar angin direka. Mana mampu Datuk Musa untuk menanggungnya. Tapi yang pasti pasti akan ditaja oleh kerajaan persekutuan.

Anonymous said...

Tidak habis-habis ada pihak yang cuba menunjukkan Datuk Musa ini seorang yang kaya raya. Tidak perlulah berikan khabar angin lagi. Berdosa..