Seperti diketahui umum, dua orang politikus paling berpengaruh di Kota Belud, iaitu mantan Ketua menteri Sabah atas 'ehsan' sistem penggiliran, Datuk Salleh Tun Said dan Tan Sri Pandikar Amin dilihat memilih haluan sendiri apabila mengambil pendekatan 'sebulu' dengan Ketua Menteri, Datuk Musa Aman. Ini menjadi percaturan politik paling 'mendebarkan' dalam rumpun USBO. Keduanya meninggalkan Datuk Shafie Apdal yang dikatakan juga mempunyai team di Sabah.Salah seorang yang masih berada di awang-awangan politik lagi iaitu Datu Amir kahar, yang tersebar beritanya beberapa minggu lepas akan meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR. Masih spekulasi bersama Datuk Lajim Ukin dan beberapa orang lagi pemimpin BN.
Dua hari lepas Datuk Salleh yang juga ketua UMNO KB sekali lagi mengulangi ikrar politiknya menyokong kepimpinan Musa Aman.Salleh dalam kenyataannya mengganggap Musa Aman sebagai pandai menilai kualiti dan integriti pemimpin negeri untuk disenaraikan sebagai calon pada PRu 13. Kepandaian Musa Aman menilai ini jugalah yang 'mengeluarkan' Datuk Salleh dan Tan Sri Pandikar Amin dalam senarai calon PRU 12 yang lepas sehingga menyaksikan Parlimen Kota Belud diberikan kepada Datuk Rahman Dahlan, seorang pemimpin politik yang tidak punya sebarang rekod mahupun sumbangan kepada Kota Belud sebelum itu. Tragis dan penuh karismatik sifat percaturan politik ketika itu.
Kenyataan Datuk Salleh ini dilihat mempunyai signifikan besar kepada percaturan politik peribadinya, ini membawa makna seolah-olah Datuk Salleh sudah 'tercalon' pada PRu 13 nanti. Hanyasanya belum dibolehkan untuk diwar-warkan,lantaran mendahului nakhoda besar UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini sekali lagi meninggalkan rakan seperjuangannya dalam USBO iaitu Tan Sri pandikar Amin mulia. Setakat ini, tidak punya apa-apa signal besar kepada masyarakat Kota Belud mengenai kerjaya politik masa depannya. Dalam satu Majlis di Rampayan, Kota Belud, Tan Sri Pandikar mengulangi dialog kebiasaannya "Manusia hanya merancang, tetapi tuhan yang menentukan".
Apakah Tan Sri Pandikar sekali lagi mengulangi nasib malangnya dalam politik seperti pada PRU 12 yang lepas?
Apakah kali ini Musa Aman akan melakukan satu lagi percaturan berani dengan menggugurkan beberapa orang lama dalam UMNO yang dilihat sehaluan dengan Datuk Shafie Apdal?
Apakah juga Datuk Seri Najib akan sanggup melukakan 'eyes blue'nya di Sabah?
Percaturan politik dekat-dekatan PRU 13 ini belum boleh dibuka seluasnya, kerana masing-masing masih mengatur strategi. Kalah atau menang yang menentukan dalah RAKYAT.
0 ulasan :
Post a Comment