Monday, July 9, 2012

KOTA BELUD: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said, mengingatkan pimpinan Pemuda parti itu supaya mengenepikan politik sukuan dalam parti.

Katanya, ini penting bagi keutuhan parti kerana Umno adalah parti untuk semua Bumiputera tanpa mengira suku dan agama.

"Setiap ahli berhak dan layak menjadi pemimpin. Umno mengamalkan politik akomodatif dan semua kaum diberi peranan," katanya berucap merasmikan persidangan Pergerakan Pemuda Umno Kota Belud di Dewan Masyarakat di sini hari ini.

Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud berkata, sebagai generasi pelapis kepemimpinan parti, Pemuda mesti menyerlahkan kekuatan dan perpaduan.

Untuk itu, katanya, Pemuda Umno mesti mendekati golongan belia remaja, termasuk pengundi yang baru kali pertama mengundi (first time voter).

Pemuda jangan syok sendiri, tapi harus bekerja kuat, termasuk mempengaruhi golongan atas pagar dan memberi penerangan kepada mereka secara berhemah," katanya.

Selain itu, beliau turut mengingatkan Pemuda supaya mendekati semua golongan, bukan memilih atau membentuk kumpulan-kumpulan.

"Kita jauhi amalan suka kelompok sesama sendiri, kedai kopi kelompok, di padang kelompok, sebaliknya harus menerobos jauh dan mempengaruhi golongan muda dengan jentera yang ada selain dari Umno sendiri," katanya.

Mengenai kemakmuran yang dibawa Umno di Sabah, Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah berkata tidak boleh dinafikan bahawa negeri ini telah menerima nikmat pembangunan hasil daripada perjuangan parti.

Namun begitu, katanya, masih banyak lagi yang perlu diperjuangkan dan semua ahli parti perlu bersatu untuk mencapai impian itu.

8 ulasan :

Green Sabah said...

Hopefully no race or religious issue will be played for political mileage.

http://sabah-go-green.blogspot.com/

Green Sabah said...

Sabah is a multi-racial and multi-cultural state, our people lived together in peace regardless of our differences. We need party that is multi-racial and could protect all Sabahans's interests.

http://sabah-go-green.blogspot.com/

mantera said...

semua ahli parti harus bersatu padu dan bekerjasama. jgn ada puak dalam parti.

Unknown said...

Masalah berpuak-puak ni selalu lebih banyak keburukann daripada kebaikan.

Unknown said...

We go for equality, not inequality.

Unknown said...

Teruskan memberikan yang terbaik kepada golong pemuda untuk memastikan mereka terus membantu mendekati rakyat.

Unknown said...

Semoga Pemudah UMNO akan terus berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat. Menyampaikan apa yang telah Kerajaan lakukan kepada mereka dan pada masa yang sama menepis pelbagai khabar yang direka oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sotong Kurita said...

nasihat ini bukan sahaja ditujukan kepada pemuda UMNO malah wanita UMNO dan juga para vateren2 UMNO..