Monday, July 9, 2012



Mungkin bagi sesetengah orang keputusan beberapa wakil 7 UMNO KB untuk memberi laluan kepada rakan lain ke persidangan UMNO Pusat di Kuala Lumpur dianggap sebagai satu sejarah baru dalam UMNO Bahagian itu. Diberitakan bahawa wakil 7 yang dipersetujui mewakil UMNO) KB ialah  1: Ridih 2: Roslan Duraman 3: Jamaida Belun 4:Nprbet Gerik5:Martin Dualis 6: Mohd Idris Kisab 7: Razak Rakuman.

Jika ini benar bermakna Demokrasi dalam UMNO KB telah terkubur kerana perwakilan tidak lagi boleh menggunakan kuasa undi mereka memilih wakil mereka ke Persidangan UMNO Pusat. walaupun wakil & dilihat hanya sebagai tradisi parti namun jika tradisi demokrasi itu dikuburkan bermakna akan tidak ada lagi pemilihan secara gentlemen dalam parti.

Tidak hairan jika pada waktu-waktu akan datang beberapa jawatan penting dalam UMNO KB juga tidak lagi dipertandingkan sebaliknya diurus dalam suasana tolak ansur antara pemimpin sedia ada. Apakah perkembangan ini sesuatu yang mendapat restu dari pucuk pimpinan UMNO KB terutama Ketuanya Datuk Salleh Tun said. Bagaimanakah pula reaksi Presiden UMNO Datuk Najib Tun Razak jika budaya ini turut dipraktikkan di semua bahagian UMNO seluruh negara?

5 ulasan :

Unknown said...

Amalkan amalan demokrasi dalam parti.

Unknown said...

Pentadbiran parti yang baik akan menghasilkan suatu keadaan yang lebih positif.

mantera said...

biarkan kepimpinan UMNO KB buat kputusan trbaik.

Sanih Alias said...

Kalau kita lihat lebih baik biarkan wakil dari kawasan itu sendiri. Bagus dan yang terbaik.

Sotong Kurita said...

kalau tidak ada protes dari dalam bermakna wujud demokrasi dikalangan ahli/pemimpin umno KB..