Golongan muda di Sabah adalah antara target utama parti-parti politik untuk meraih undi pada setiap kali PRU atau PRK. Golongan ini yang sinonim dengan "atas pagar' membawa makna bidalan umpama lalang, bertiup ke kiri maka ke kirilah ia, bertiup ke kanan maka ke kananlah ia. Bidalan itu nampak gayanya sudah jauh ketinggalan kerana golongan muda dan atas pagar ini mula menampakkan kematangan dari segi menyerap kerangka pembangunan yang di sajikan kepada mereka.
Jika dulu golongan ini masih malu meluahkan hasrat dan keinginan mereka, sekarang tidak lagi, golongan ini sudah berani menyuarakan pandangan dan juga kemahuan mereka. Pemimpin yang mewakili mereka diteropong dari jauh dan dekat, dinilai idea transformasi mereka, dicerna setiap gerak balas dan percaturan mereka. Sebab itulah pemimpin rasa sentiasa terancam, lebih-lebih lagi pemimpin yang pernah puluhan tahun menjadi wakil rakyat namun membiarkan kawasan yang diwakili mereka tercicir dari arus pembangunan.Pemimpin sebegini langsung tidak mendapat tempat pada hati anak-naka muda yang sensitif kepada perubahan dan anjakan cara berpolitik.
Mesej untuk golongan ini, ialah membuat keputusan dalam memilih pemimpin berdasarkan penilaian kendiri mereka. Nilai pemimpin dan kemudian nilai parti yang diwakilinya. Lihat prestasi dan rekod pemimpin tersebut. Lihat sejarah perjuangan politiknya. Jika pemimpin itu pernah menjawat pelbagai pangkat dan kedudukan dalam politik dan kerajaan tetapi masih membelakangkan kemashalatan kawasan yang diwakilinya. Maka tolak saja pemimpin sebegini. Tidak akan ada faedahnya memberikan undi kepada pemimpin berkenaan walaupun ia mewakili parti yang utuh dan besar serta mampu memberikan kemajuan dan pembangunan. Jika pun pemimpin sebegini ditakdirkan menang, dia tidak akan memberi keutamaan kepada kawasan dan rakyat yang memberikan undi kepadanya.
Di Sabah banyak insiden sedemikian berlaku. Ada pemimpin yang dikepala mereka bersarang dengan RM. pemimpin ini tidak kisah sangat dengan sokongan pengundi kerana duit mereka boleh membeli undi. Golongan muda kena berhati-hati dan tanamkan rasa benci kepada budaya sebegini. UNDI anda tidak bernilai RM50 ataupun lebih dari itu. UNDI anda adalah masa depan kawasan anda. Masa depan generasi akan datang. Tampillah melakukan perubahan bermula dengan diri sendiri.
0 ulasan :
Post a Comment