Ketua Pembangkang, DSAI dsalam satu kenyataannya di Kuala Lipis, 11 Julai lalu membayangkan bahawa satu kejutan besar kepada politik di Sabah akan berlaku menjelang PRU13. Ramai pemerhati politik menjangkakan bahawa kejutan besar yang di maksudkan oleh mantan Timbalan Perdana menteri ketika dalam UMNO itu adalah berkisar kepada dua peristiwa besar dan maha penting yang melanda politik Sabah sejsk akhir-akhir ini.
Pertama, adalah berkait dengan desas-desus beberapa pemimpin kanan UMNO dan BN di Sabah akan beretindak meninggalkan parti itu untuk menyertai Pakatan Rakyat. Isu ini sudah lama bertiup, dan semestinya seakan menjadi umpan kepada PR untuk menawan Sabah. beberapa pemimpin itu termasuk Datuk Lajim, Datu Amir Kahar dan beberapa lagi dari parti komponen BN Sabah. Sebelum ini mendahului mereka adalah parti SAPP yang diketuai oleh Datuk Yong Teck Lee, menyaksikan beberapa kawasan parlimen yang dikuasai parti itu terlepas dari tangan BN termasuk parlimen Tawau.
Kedua adalah berkait dengan perkembangan semasa mengenai sokongan anak-anak muda yang berada pada posisi Non Partisan, atau atas pagar. daripada apa yang dikatakan oleh DSAI semacam ada peningkatan sokongan daripada generasi "Y" ini kepada PR di Sabah terutama dua buah parti ini iaitu PKR dan PAS.
Kejutan lain yang mungkin berlaku ialah mengenai skandal beberapa pemimpin UMNO di Sabah yang mengaut keuntungan dan mengumpul kekayaan melebihi pendapatan mereka. Ada kemungkinan bahawa Najib akan menggugurkan nama-nama ini pada PRU 13 memandangkan ia menjadi liabiliti kepada BN keseluruhanannya.
Pendedahan yangf dibuat oleh Sayuti Omar mengenai ketua menteri Sabah yang kononnya akan menanggung kos PRU di Sabah pada PRU 13 dalam blog penulis politik itu membayangkan bahawa pemimpin UMNO di sabah memiliki aset yang banyak dengan kekayaan yang melimpah ruah. Apakah ini juga satu kejutan kepada politik Sabah?
5 ulasan :
politk sabah mmg perlu warna warni. byk parti yang pernah memerintah Sabah. pada pada PRU nnti kita lihat apa akan berlaku.
Lajim dan Bumburing telah meninggalkan BN. mungkin inilah salah satu di antara kejutan tu.
Mengenai penyokong atas pagar ini rasanya berlaku dari dulu lagi. Maka tidak perlulah risau akan perkara ini. Jika terus didekati mungkin perkara ini tidak menjadi masalah untuk mereka datang mengundi.
Pemimpin kanan UMNO dan BN itu belum lagi ada memberikan kenyataan mengenai keluar parti. Jadi kita tidak pasti lagi kebenaran akan perkara ini.
siapa yg memerintah sabah pasti akan senang lenang.. orang sabah rajin bekerja berbanding mana2 negeri lain... that's why sabah sebagai negari termiskin juga sebagai negeri pengeluar pendapatan negara yg terbesar d malaysia
Post a Comment