Saturday, July 7, 2012


Seorang Guru Agama di Terengganu membuat pendedahan berikut:

Pada hari Sabtu, 7hb Julai 2012saya telah menghadiri satu seminar yang dinamakan MTPI Era Globalisasi 1 Gasasan yang diadakan di Dewan Besar 1 PSPN Marang. Program tersebut telah dihadiri oleh 300 orang guru Pendidikan Islam dari seluruh Daerah Kuala Terengganu.

Antara agendanya ialah ucapan utama oleh Yang Berbahagia Dato’ Hj. Zainal Abidin Abd. Kadir, Pengarah Bahagian Tajdid PERKIM Kebangsaan, yang juga merupakan bekas pengetua saya di Kolej Islam Kelang seingat saya semasa saya berada di Tingkatan 4 dan 5 (1980/1981).

Ucapannya berkisar mengenai salah faham terhadap Islam yang diterajui oleh Barat dan Yahudi. Antara ayat yang dibacanya ialah;

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ

yang bermaksud; “Tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikuti jejak langkah mereka”

Beliau juga memberikan takrifan tentang negara Islam. Beliau mentakrifkan negara Islam sebenarnya merupakan sebuah negara yang pemerintahnya adalah orang Islam.

Setahu saya, negara Islam adalah negara yang ciri utamanya ialah negara yang diperintahkan berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah, seperti mana yang terdapat di dalam sukatan Tasawwur Islam yang saya ajarkan kepada murid-murid saya di Tingkatan 4.

Sedih juga saya melihat Ustaz Zainal yang masih sihat itu menyembunyikan ilmunya. Mengapa jadi begitu? Saya tidak pasti dan rasanya tuan-tuan boleh menjawabnya dengan sendiri.

Slot kedua pula merupakan pembentangan kertas kerja oleh Prof. Dr. Idris Zahari, seorang pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, UKM. Semasa saya di UKM, saya juga mengenalinya sebagai penyokong kuat UMNO.

Tajuk kertas kerjanya ialah Islam Liberal : Bahaya dan Cabarannya kepada Umat Islam di Malaysia. Menurutnya, Islam Liberal berasal dari Indonesia yang diasaskan oleh bijak pandai Islam yang berpendidikan Barat. Dan ianya memang jelas sesat lagi menyesatkan.

Kemudian beliau mengaitkan sokongan Anwar Ibrahim terhadap Islam Liberal ini dengan menjadikan satu kenyataan Anwar di London konon menjadi buktinya.
Sebenarnya saya tidak berhasrat untuk menulis dalam slot-slot di muzakarah ini, tetapi saya ingin memberitahu pada akhir program ini, guru-guru agama telah diberikan satu sampul surat berwarna putih.

Apakah isinya? Apabila saya membuka sampul surat tersebut, terlihat dua keping duit kertas bernilai RM 5. Ya Allah! Agak terkejut juga saya. Adakah ini nilainya khidmat guru agama? Mengapakah diberi wang sebanyak RM 10? Adakah upah mendengar ceramah UMNO?

Pada saya, ini merupakan salah satu bentuk penghinaan yang paling dahsyat sepanjang 23 tahun saya menjawat jawatan sebagai seorang pendidik. Saya berasa sangat kesal, sedih dan sangat terhina.

Mengapakah UMNO begitu terdesak, memaksa kami mengikuti programnya? Kalaulah program tersebut benar-benar mempunyai nilai-nilai ilmu, bukan tujuannya untuk berpolitik, tentunya tiada upah RM10! -Buletin Online

Guru Siswazah
Kuala Terengganu

13 ulasan :

Green Sabah said...

I would give them back the money.

sabah-go-green.blogspot.com

Green Sabah said...

I wonder what actions the teachers have taken regarding this issue.

sabah-go-green.blogspot.com

mantera said...

beri balik ja wang itu jika tak nak. .tak pun sedekah kat orang yang memerlukan.

Unknown said...

Betulkah dengan apa yang dikatakan ini.

Unknown said...

Seorang saja yang mengadu pasal ni?

Unknown said...

Lain orang, lain tafsirannya. Maka kerana itulah sering berlaku kekeliruan.

azman said...

susah juga mahu komen sebab kita pun tidak tahu kesahihannya.

azman said...

apa pun, rakyat harus bijak menilai. jangan dengar hanya dari sebelah pihak saja.

madd said...

setuju dengan Azman, jangan dengar dari sebelah pihak saja.

madd said...

entah benar atau tidak pekara ini..sebab semua pun boleh cakap macam-macam.

jackie said...

Hanya seorang saja yang buat komplen... mungkin juga penyokong pembangkang yang buat cerita..siapa tau... politik ni ada macam2 cerita.

jackie said...

Perlu dengar penjelasan dari dua2 pihak, tidak boleh dengar dari satu pihak sahaja.

Sotong Kurita said...

kan bagus jika guru itu dapat mengambil gambar sampul surat yang berisi duit itu sebagai bukti untuk dipaparkan di media..