Oleh: Lamdin Sikah
Semalam dlm satu pertemuan tanpa dirancang dgn beberapa orang rakan yg secara kebetulan semuanya penyokong dan pendokong perjuangan serta idealogi UMNO,tersentuh topik mengenai mesyuarat perwakilan sayap parti pemuda,wanita dan puteri yg akan diadakan serentak hujung minggu ini dengan majlis perasmiannya bakal disempurnakan oleh YB.Datuk Seri Salleh Said Speaker DUN Sabah yg juga Ketua UMNO Bahagian Kota Belud. Bukan topik mengenai majlis perasmian itu saja yg telah dibincangkan malah topiknya telah jauh terseret sehingga ke perkembangan bilangan keahlian UMNO Kota Belud terkini selain program2 UMNO,pendekatan UMNO dlm mendekati seterusnya memenangi hati ahli2nya sekligus rakyat keseluruhannya dlm kawasan parlimen Kota Belud,pendeknya perbualan tentang transformasi yg telah Najib perkenalkan serta sejauhmana ia dpt diaplikasi dan terpraktik kpd rakyat utk manfaat mereka atau hanya sekadar ungkapan penyedap halwa telinga mendengarnya khususnya bagi mereka yg berada di peringkat akar umbi.
Dan boleh dikatakan semua rakan yg hadir pd malam tersebut masing2 dgn pandangan dan justifikasi mereka mengenai UMNO Kota Belud yg diterjui Salleh,kemajuan dan pencapaiannya,fungsinyakpd rakyat dan bermacam aspek lg yg dinilai.
Banyak pandangan,cadangan mahupun ulasan berhubung dgn pencapaian UMNO Kota Belud dan memang lumrahnya,setiap pandangan ada ' pro dan kontranya ' tetapi keseluruhannya masih lg ' Tip-Top ' dan rasanya tidak keterlaluan dlm sesi ' Brainstroming ' itu rakan2 seperbincangan sekata mengangkat ' Ibu Jari ' kepada Salleh atas kebijaksanaannya mengurus,mentadbir dan memantap serta memperkukuhkan UMNO Kota Belud sehinggakan ahli2 seperbincangan semalam itu memberi RATING 5 bintang kepada UMNO bhgn Kota Belud.
Namun demikian itu semua mengenai UMNO bhgn Kota Belud yg dinilai oleh rakan2 dlm perbincangan itu tetapi dlm aspek kepimpinan Salleh itu sendiri sbg pembawa obor perjuangan dan pendokong idealogi UMNO itu sendiri belum ada disentuh lalu seorang daripada rakan perbincangan mengsyorkan agar Salleh jga harus dinilai prestasinya.
Atas kehendak ahli2 dlm perbincangan malam itu maka mereka juga harus membuat penilaian tentang kepimpinan Salleh setelah beliau menarajui kembali UMNO Kota Belud selain penerimaan ahli2 UMNO terhadapnya setelah berehat sepenggal serta memberi laluan kepada YB Datuk Hj Musbah memimpin UMNO Kota Belud maka isu itu terus diperdebatkan dlm forum itu.Dan ternyata Salleh sekali lg berjaya dlm penilaian rakan2 sbg ahli dlm perbincangan itu dan jika menurut kaca mata dan penilain mereka terhadap pemimpin yg dimaksudkan,beliau bukan saja berjaya menonjolkan imejnya sbg seorang ' Pemimpin Humble dan Moderate ' bahkan Salleh telah berjaya mengubah presepsi ahli2 dan majoriti rakyat Kota Belud terhadap UMNO dan BN bahawa tidak ada parti lain yg lebih baik,lebih ampuh dan lebih mementingkan kepentingan rakyat selain UMNO dan BN, justeru rumusan rakan2 dlm perbincangan tersebut mengenai pemimpin ini, di mana kerusi sekalipun UMNO dan BN mempertaruhkannya dlm PRU akan datang, Salleh adalah calon yg ' Winnable '.
Di akhir perbincangan maka rakan2 yg terlibat dlm sesi otak ribut itu bersetuju malah barangkali ahli2 UMNO dan BN serta majoriti rakyat Kota Belud mahu dengar dan menunggu dgn penuh debaran serta cabaran,mesej terkini dari Salleh menjelang majlis perasmian mesyuarat perwakilan Pemuda,Wanita dan Puteri UMNO hujung minggu ini di mana beliau bakal menyumpurnakan majlis perasmiannya, sama2 kita tunggu dan dengar dgn segenap perhatian mesej keramat yg bakal beliau sampaikan itu kelak...
6 ulasan :
moga UMNO KB dpt perkukuhkan lagi kedudukan mereka.
Jika ingin meneruskan usaha untuk mendapat sokongan daripada penduduk sudah semestinya melakukan perkara yang terbaik untuk mereka.
Buktikan kepada penduduk yang mana Kerajaan yang ada sekarang pasti mampu melakukannya.
Jangan amalkan budaya berpuak.
Walk the talk.
Diharap kerajaan lebih mengutamakan Sabahans dalam mengisi jawatan di sektor awam
Post a Comment