Thursday, July 26, 2012

Walaupun Presiden Ceupacs, Datuk  Omar Osman sebelum ini mengharapkan kakitangan awam berjumlah 1.2 juta di negara ini diberikan Bonus sebulan penuh, namun nampaknya ia tidak kesampaian, apabila Datuk Seri Najib mengumumkan bayaran Bonus setengah bulan gaji atau paling minimum RM500 termasuk imbuhan khas kepada pesara kerajaan pada 9 Ogos ini, 4 hari awal dari pembayaran gaji kakitangan awam yang dijadualkan pada 13 Ogos.

Walaupun dalam kenyataan media, Najib menyatakan bahawa pembayaran bonus itu adalah sebagai penghargaan kerajaan kepada kakitangan awam atas dedikasi dan tugas membangunkan negara, namun ramai yang percaya bonus itu adalah bonus PRU13.

apakah pemberian bonus kali ini akan menjadi penyelamat dan talian hayat kepada Najib dalam usaha mendapatkan sokongan dari kakitangan awam setelah 'menghampakan' sebilangan yang lainnya ekoran pembatalan skim SBPA yang dirangka secara tergesa-gesa, kononya sebagai transformasi perkhidmatan awam di negara ini?

Kakitangan awam di negara ini sejumlah 1.2 juta jika dilibatkan dengan keluarga mereka, barangkali mencecah 2 juta dan itu sangat signifikan kepada kemenangan BN dan UMNO.

Di Sabah, Datuk Musa Aman juga telah membayangkan pembayaran bonus setengah bulan Gaji kepada kakitangan awam negeri itu.Apakah ini juga akan menjadi penyelamat kepada Musa Aman dalam mengekalkan kuasanya?

Lihat laporan ahli akademik tentang kedudukan kawasan-kawasan parlimen di Sabah pada PRU 13

BN mungkin tewas lebih daripada 60 peratus kerusi parlimennya di Sabah dalam pilihan raya umum akan datang, kata seorang penganalisis politik dari negeri itu. Pensyarah UiTM Sabah, Arnold Puyok berkata BN mungkin tewas di 14 daripada 22 kerusi yang diwakilinya di negeri tersebut.


Pembangkang mungkin berpeluang mudah di kerusi seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan, katanya.


"Saya tidak fikir deposit tetap itu akan kekal," katanya lagi yang merujuk kepada gelaran popular untuk Sabah dan Sarawak yang secara tradisinya menjadi kubu kuat BN.


Beliau bercakap dalam majlis perbincangan meja bulat di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh kluster politik, keselamatan dan hubungan antarabangsa Majlis Profesor Negara.(MKINI)

3 ulasan :

mantera said...

bonus setengah bulan kepada penjawat awam adalah penghargaan kepada kakitangan awam dan untuk ringankan beban mereka semasa menyambut hari raya.

mantera said...

ia tak perlu nak dibabitkan dgn politik.

Unknown said...

Mengenai bonus itu rasanya tahun-tahun sebelum ini pun ada juga diberikan bonus setengah bulan gaji. Jadi ini dikira sebagai satu tanggunghawab.