Tindak tanduk Datuk Lajim Ukin tentunya 'mencemaskan' UMNO dan BN di Sabah sejak dua menjak ini.Selain lantang mengkritik kepimpinan UMNO negeri yang terpesong dari semangat pemufakatan, Datuk Lajim juga berani menggunakan kedudukannya sebagai timbalan menteri untuk 'mencetuskan' perasaan serba salah dalam benak PM Datuk Seri Najib. desakan ketua UMNO bahagian cheras Syed Ali supaya Datuk lajim meletakkan Jawatan tidak sangat menimbulkan keresahan di hati "Janang Gayuh" suku bisaya itu.
Persoalannya mengapa Najib dan UMNO tidak mengambil tindakan atas tindak tanduk dan kenyataan yang dibuat oleh Datuk Lajim itu? sekurangnya-kurangnya isu ini harus dibawa ke lembaga disiplin parti untuk diadili. manakala tindakan tegas yang boleh dikenakan termasuklah menggantung keahlian Lajim atau memecatnya terus dari parti UMNO sebagaimana Tun Mahathir memecat Datuk Seri Anwar yang dikatakan terlibat dalam skandal seks luar tabii, walaupun mahkamah sukar membuktikan tuduhan itu.
Jawapannya yang paling tepat ialah kerana Najib perlu berhati-hati menangani isu Datuk Lajim ini. Ada dua sebab kerana Najib 'takut' kehilangan parlimen Beaufort dan kedua kerana Najib percaya apa yang dikatakan oleh Datuk Lajim tentang kepimpinan UMNO negeri Sabah.Cumannya Najib tersepit kerana UMNO Sabah perlu ditarbiyah secara berhati-hati dengan tidak menyentuh hati dan naluri pemimpin tertentu di Sabah. Jika tidak ia akan menyaksikan UMNO di Sabah akan diusung ke pusara pada PRU 13. Najib tidak mahu mengiyakan Datuk Lajim, pada waktu yang sama Najib tidak mahu melukakan Musa Aman. Alasannya cuma satu, Najib mahu UMNO terus berada di bumi Sabah.
Adalah mustahil Najib tidak tahu apa yang berlaku di Sabah. Apa yang diperlakukan keatas Naib Presiden UMNO yang merupakan pemimpin kesayangan Najib,. Datuk Shafie Apdal yang diperlekehkan oleh kepimpinan UMNO negeri, malah dikata dan ditohmah mahukan jawatan ketua menteri.
Rakyat sabah juga tahu adanya arahan tertentu yang mahukan Naib Presiden UMNO itu dibiokot dalam setiap acara dan majlis yang dihadirinya di Sabah. Semua ini, Najib tahu, tetapi tidak seperti yang selalu diimpikan oleh orang melayu, Najib sebenarnya semakin lemah di Sabah dan sarawak. najib tidak berdaya membuat keputusan adil bagi kepimpinan UMNO di Sabah. Seperti di sarawak, Najib juga pernah terluka bila Ketua menteri Sarawak itu tidak mengotakan janjinya untuk mahu bersara selepas PRN sarawak sebelum ini.
11 ulasan :
jika mereka memecat Lajim, pasti Lajim akan jadikan ia isu untuk mendapatkan simpati, Lajim mmg ingin dipecat.
lebih baik Lajim letak jawatan segera jika tidak setia lagi dgn parti.
Setuju dengan mantera. Kalau dah tak setia, apa tunggu lagi... Blah sajalah:P
Kita tunggu dan lihat sajalah sejauh mana gimik si Lajim ni. hehe
i don't understand why lajim choose to remain in UMNO/BN even though his loyalty towards UMNO/BN is no longer there.
Lajim should just leave BN/UMNO.There is no point for him to stay there.
Anyhow, there must be a reason for Lajim choosing to stay in BN/UMNO. It could just be a gimick.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing membuat keputusan untuk keluar dari Barisan Nasional dan merapatkan diri dengan Pakatan Rakyat.
Malaysia adalah negara demokrasi dan sesiapa pun berhak untuk menggunakan landasan yang disukai dalam perjuangan politik mereka
Kenapa aa? Tidak ada sebab juga mahu memecat beliau. Kerana Datuk Lajim tidak ada buat salah pun.
Biar dia keluar dengan rela sendiri. Itu lebih baik daripada bertindak kejam.
Post a Comment