Memang resamnya politik, bila bersama, segala jasa dan baiknya akan dibicara, bila berpisah segala busuk dan dakinya menjadi nista.Begitulah nasib janang gayuh Bisaya ,Datuk Seri lajim Ukin yang 'berani' bertindak keluar dari UMNO kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti itu di Sabah.maka, ramailah penyokong-penyokong UMNO yang mencerca dan menyindirnya kononnya datuk Lajim kepingin menjadi ketua Menteri Sabah. Ada yang kata Janang Gayuh Bisaya itu sebagai pembelot dan pengkhianat. Tidak ramai dari kita melihat tindakan Datuk Lajim ini dari sudut yang positif.
Bagi saya tindakan Datuk Lajim ini berkait dengan dua perkara besar dalam iklim politik Sabah dan Malaysia. pertama, inilah bukti terkuat bahawa dalam UMNO Sabah sememangnya kucar-kacir kepimpinannya.Walaupun dinafikan oleh orang-orang yang buta naluri politiknya, kononnya UMNO Sabah tidak ada krisis, semuanya itu bohong sengaja mahu menutup bangkai gajah dengan sehelai kain pelikat.Bukan sahaja UMNO Sabah bahkan BN Sabah juga bergolak. Sebab besarnya bagi saya ialah kerana sindrom 'sisitem' penggiliran Ketua menteri yang diperkenalkan oleh UMNO suatu ketika di Sabah lah yang mencetuskan puak-puak dalam kepimpinan UMNO Sabah. Masing-masing mahukan pemimpin mereka terpelihara dan dipulihara untuk terus kekal dalam jawatan atau mahukan jawatan yang lebih tinggi.Natijah formula UMNO itu sudah mula dirasai. Musa Aman walaupun terselamat dari sistem penggiliran yang bermisteri itu, namun di peringkat bahagian dan cawangan UMNO seluruh Sabah masih dibayangi oleh sistem penggiliran itu.
Kedua, tindakan Datuk Lajim keluar dari UMNO juga adalah berkait dengan kelemahan Perdana menteri Datuk Najib Tun Razak menyelesaikan kemelut dalam Kelambu UMNO di Sabah.Sebelum ini sudah beberapa kali Datuk lajim bertindak 'mencabar' kepimpinan Najib dengan pelbagai cara termasuk berucap dalam majlis anjuran parti pembangkang, tetapi tindakan tegas, tangkas dan berwibawa oleh PM masih tidak mencukupi. najib sewajarnya mengambil segala bentuk kaedah menyelami sebab dan musabab datuk Lajim bertindak keluar dari UMNO.Najib harus mengakui kerana kalau bukan datuk Lajim keluar dari PBS pada tahun 1994, UMNO sehingga kini berada pada posisi pembangkang di Sabah. Antara pemimpin yang berjasa dan yang mula berjasa, Najib gagal mengklasfikasikannya mengikut keutamaan,.Akibatnya UMNO Sabah kehilangan pemimpin yang boleh menyumbang kepada kedudkan parlimen UMNO di Sabah,.
Pada saya atas tiket apa sekalipun datuk Lajim bertanding di parlimen Beaufort atau di peringkat DUN, beliau akan menang dan UMNO akan kehilangan satu lagi kerusi parlimen sebelum PRU13.
Jikapun Datuk Lajim dianggap petualang di Sabah, beliau sudah cukup baik kerana bertindak 'berani' meninggalkan parti dan segala keistimewaan yang dimilikinya termasuk jawatan dalam kabinet. Tidak seperti pemimpin tertentu di sabah yang sanggup 'kendur' hati politiknya bila diberikan jawatan dan kedudukan. Ada yang secara terang tidak dicalonkan pada PRU12 yang lepas, kemudiannya menyusun strategi mahu melawan dengan pisau politik yang tumpul, sehingga akhirnya terpaksa berpaling tadah pula meninggalkan kawan dan rakannya bersendirian, apabila termakan umpan. Adakah pemimpin sebgini lebih tebal pejuangnya atau lebih petualangnya dari Datuk Lajim?
Sudah sampai masanya Hang jebat diubah status mitosnya kepada seorang pejuang yang menegakkan kebenaran. Datuk Lajim meninggalkan segala kemewahannya atas prinsipnya sendiri.Beliau boleh memilih 'berdiam diri' atau 'membiarkan sahaja segala kebejatan mahukan kekalutan itu berlalu. TETAPi kerana prinsip dan keberanian, bagi saya tindakan datuk Lajim itu adalah wajar bagi diri dan perjuangannya.
KOTA KINABALU 28 Julai: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Akim hari ini, mengumum peletakan semua jawatannya dalam Umno.Beliau berkata demikian depan ratusan penyokong, kebanyakannya pemegang jawatan penting di peringkat cawangan dan bahagian Umno, di rumahnya di Likas di sini, kira-kira jam 6 petang.
“Mulai sekarang, saya letak semua jawatan dalam Umno kerana tidak lagi yakin parti itu mampu membela rakyat Sabah,” katanya.
Bercakap kepada Keadilan Daily pula, Lajim menyatakan komitmennya terhadap Pakatan Rakyat bagi memulihkan Sabah dari belenggu penindasan dan ketidakadilan.
Beliau juga menggerakkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) – sebuah gerakan yang menolakkan pentadbiran Barisan Nasional (BN) di Negeri Di Bawah Bayu itu.
Selain PPS yang didominasi golongan Melayu-Islam, wujud juga Angkatan Perubahan Sabah (APS) – dominasi Kadasan-Dusun-Murut yang diterajui Datuk Seri Wilfred Bumburing – Ahli Parlimen Tuaran dari BN.
Pelancaran PPS dan APS dijadual berlangsung esok dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir sebagai tetamu kehormat.
Sebelum ini, Lajim meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu sehari selepas Datuk Seri Najib Razak melawat Sabah, Jun lalu.
Beliau juga enggan pertahan jawatan Ketua Bahagian Umno Beaufort sebaliknya menghantar surat peletakan kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort.
Lajim ialah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Ahli Parlimen Beaufort sejak beberapa penggal, selain pernah menyandang Timbalan Ketua Menteri Sabah dan jawatan penting lain.
Dalam Pilihan Raya Umum 2008 beliau mengalahkan calon KEADILAN Lajim Md Yusof dengan majoriti 10,914 undi.
Lajim juga adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno bagi sesi 2009-2011 dalam Perhimpunan Agung Umno 2009.
6 ulasan :
biarlah Lajim keluar dari UMNO, itu keputusan dia.
jgn jadikan hal ini melemahkan UMNO, UMNO perlu terus ke depan.
Umno ditubuhkan atas dasar perjuangan bukan kerana individu. Maknanya, ahli Umno mendokong Umno kerana dasar perjuangannya. Oleh sebab itu, individu sebesar mana sekalipun tidak menjadi perhitungan dalam perjuangan mereka dalam Umno.struktur hierarki atau tatatingkat Umno diolah sebegitu rupa untuk tidak terganggu-gugat jika berlaku insiden pemimpin meninggalkan parti.Bagi sesetengah orang luar yang kurang faham, sistem tatatingkat pelbagai Umno contohnya Majlis Tertinggi, Perhubungan Negeri, Bahagian, Cawangan dan sayap-sayap dilihat sebagai 'redundant' atau berlebihan.
Tetapi sebenarnya itulah yang menjadi kekuatan Umno kerana jika ada seorang pemimpin berpaling tadah, sistem berlebihan ini sukar untuk menjadi lemah dalam sekali gus. Kalau ada pemimpin atasan meninggalkan parti, belum tentu sayap wanita, pemuda, puteri dan putera akan menyokong beliau dan struktur parti secara keseluruhan masih kekal.
Tidak pasti lagi mengenai perkara ini. Biarkan saja Lajim membuat keputusan sendiri. Kita boleh nampak sekarang cara Anwar untuk meraih sokongan.
Datuk Lajim tahu apa yang patut dia buat. Kalau benar tidak mahu dalam umno terus saja keluar dengan sendiri tidak perlu lagi tunggu ditolak.
Sama ada pandangan positif atau negatif itulah politik. Hanya yang terbabit dalam politik tahu apa yang ada dalam 'kelambu' itu.. cerita sebenar, cerita benar @ apa2 cerita sekalipun.. sbg pemimpin & banyak berjasa & lama berkhidmat saya sanjung & terhutang budi kepada beliau.. tapi dalam perkara2 tertentu yang saya rasa berkaitan rakyat & kemajuan ada yang saya setuju & ada yang tidak. setuju @ tidak itu hanya kita faham jika rajin bersama orang-orang politik & bekerja bersama mereka.. Apa-apapun, yang penting bagi sesetengah ahli politik ialah 'survival'. kerna hanya itu yang ada dlm hidup mereka. bagi sesetengahnya jiwa kepada rakyat lebih penting. Sebenarnya jika PBS masih memerintah Sabah mungkin kemajuannya lain daripada sekarang (sama maju @ mgkin lebih maju). Itulah yang kita semua harapkan sebelum ini iaitu PBS di Sabah. Namun, mungkin keikhlasan BN utk kemajuan Sabah memang terbukti, pemimpin kental seperti HSDS Pairin rela rujuk kepada BN (saya sebut BN, bukan UMNO).. apapun di sini suka saya katakan bhwa Dato' Hjh Azizah Dun adlh seorg pemimpin yg betul2 menunjukkan kpd saya erti kepimpinan sbenar kpd rkyat & beliaulah yg telah mengusik hati saya untuk berkata bhawa masyarakat Beaufort masih ada harapan untuk lebih maju kerana masih ada pemimpin yang mpy jiwa kurg mementingkan untung spt Hjh Azizah. ini bkn saya dengar dari telinga, bkn skdar 'folk' @ kerna bantuan2 kwgn tp prinsip yg dilaksanakan beliau spnjang berkhdmat utk masyrkat. semoga lebih byk pemimpin spt Hjh Azizah, pemimpin pure berjiwa rakyat.
Post a Comment