Saturday, July 21, 2012

Dalam blog Musli Oli " Konspirasi Politik Melayu" membuat pengesahan secara berani bahawa Datuk Lajim yang sebelum ini disebut-sebut akan meninggalkan UMNO Sabah telahpun disahkan menyertai PKR. Musli Oli yang juga sebelum ini telahpun duluan meninggalkan UMNO dan menyertai PKR, kini menyandang Jawatan sebagai setiausaha penerangan PKR negeri Sabah.

Timbalan Menteri Perumahan merangkap AMT Umno, Datuk Seri Lajim Okin hari ini mengesahkan akan menyertai parti pembangkang, PKR, PAS atau DAP.


Sumber mengesahkan Lajim telah mengadakan pertemuan beberapa kali dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada 15 Julai lalu, satu majlis penyertaan Datuk lajim dan Datuk Bumburing sepatutnya diadakan di SMK Kian Kok Kota Kinabalu tetapi majlis itu ditunda atas sebab-sebab yang tidak di ketahui.


Teka-teki itu bagaimanapun telah terjawap dengan kenyataan akhbar Lajim selepas menghadiri satu majlis dengan PKR di rumah Datuk John Ghani seorang Anggota MPN PKR Sabah di Kampong Kallam, Kuala Penyu semalam.


Lajim berkata beliau sedia dipecat UMNO dan sedia menerima kesan tindakannya termasuk kehilangan gaji sebanyak RM20,000 dan segala keistimewaan sebagai seorang menteri.


"Saya tidak takut. Saya hanya takut kepada ayah saya, guru saya dan Tuhan!" Tegas lajim.

10 ulasan :

unknown said...

I think Lajim will soon go.

mantera said...

Lajim jika nak sertai PKR, sertai sajalah. tak perlu tunggu dipecat.

mantera said...

rasanya UMNO tiada masalah jika Lajim nak tinggalkan sertai PKR.

Unknown said...

Nampaknya khabar angin yang bertiup kencang kebelakangan ni memang ada kebenarannya.ternyata Lajim sudah memilih untuk menyertai PKR. tapi entah kenapa sebelum ni beliau asyik menafikannya.

unknown said...

Let him decide whatever he wants.He met Nik Aziz recently.

unknown said...

Let him make the announcement sooner or later. He really plays hike and seek now.

unknown said...

Lajim please state your intention clearly.

unknown said...

Pakatan and PAS , what would he choose?

Hamdan Hadillah said...

Datuk Lajim ada keputusan tersendiri mengenai perkara ini.

Anonymous said...

Mengenai isu Datuk Lajim sebenarnya isu yang hangat dipermainkan oleh pihak pembangkang sekarang ini dan ada yang berminat Datuk Lajim menyertai parti mereka seperti PKR, PAS dan STAR.

Mengenai takut atau tidak, itu cuma perangkap untuk Datuk Lajim menjawabnya dan tercabar dengan perkara tersebut.