Imam daerah Kota belud. Tn Hj. Madli hj.Manshor
Beberapa isu tentang pembinaan baru Masjid pekan Kota Belud sudah mula kedengaran bertiup mengiringi hembusan bayu Ramadhan di pekan koboi itu.Kononnya ADUN Tempasuk, Datuk Musbah Jamli telah melahirkan hasratnya untuk mewakafkan tanah milik peribadinya berdekatan dengan pekan Kota belud untuk tujuan pembinaan Masjid baru berkenaan.
Kelapamawar telah menghubungi Imam Daerah Kota Belud, Tuan Haji Madli Hj Manshor untuk mendapatkan pengesahan berkenaan cadangan pembinaan Masjid Baru itu. Namun menurutnya, pembinaan Masjid Baru Pekan Kota Belud, buat masa ini hanyalah dalam bentuk cadangan awal. itupun belum ada pemakluman secara rasmi. Mungkin ura-ura sahaja katanya.Walaupun begitu beliau dalam responsnya melahirkan harapan agar pembinaan Masjid baru itu menjadi realiti untuk menyelesaikan beberapa isu berbangkit jemaah di Masjid berkenaan termasuk Masjid lama tidak dapat menampung pertambahan bilangan jemaah dalam solat Jumaat dan Hari raya Aidilfitri dan Aidil Adha setiap tahun. Manakala kawasan Masjid lama yang berada di atas bukit pula terhad kerana di bawahnya adalah Jalanraya utama laluan ke Kudat, manakala di bahagian atas pula adalah bukit .
Dalam laman Fcb sdr Razak Rakunman seorang aktivis Sosial juga memaparkan isu berkenaan seperti berikut "
Masjid perkan KB.
Saya difahamkan-ADUN Tempasuk Datuk Haji Musbah Jamli akan mendermakan sebidang tanahnya yang terletak di Pekan Kota Belud untuk dijadikan Tapak Majid Pekan Kota Belud yang baru.
Masjid itu akan berkonsepkan mesra umat, di mana aktiviti seperti kelas pengajian, atau sekolah agama turut disediakan.
Selain itu, perniagaan yang berkonsepkan islam juga turut disediakan bagi memudahkan jemaah masjid dan umat islam mendapatkan keperluan beribadah ataupun keperluan makan minum semasa menghadiri acara-acara masjid.
Saya difahamkan konsep dan tata atur masjid itu dalam proses penyiapan, dan kalau bajet daripada pihak kerajaan atau mana-mana korporat berjaya dikumpulkan, ada kemungkinan besar Masjid baru Pekan Kota Belud akan terealisasi dalam masa setahun.
Masjid Pekan Kota Belud yang ada dibina pada tahun 60-an, disebabkan ruangnya yang terhad, maka tidak mampu lagi menampung jumlah jemaah.
Sumber: FCB sdr Razakrakunman.
6 ulasan :
walaupun ia hnya ura-ura, diharap pembinaan masjid baru pekan KB akan menjadi realiti.
pembinaan masjud baru perlu bagi selesaikan masalah kekurangan tempat untuk penduduk menunaikan solat.
Harap ADUN Musbah Jamli akan menunaikan apa yang sudah beliau rancangkan kerana semua penduduk KB memperkatakan tentang pembinaan masjid itu sekarang.
Mudah-mudahan pembinaan masjid tu akan dimulakan tidak lama lagi dan tahun hadapan mungkin boleh siap.
Semoga Masjid baru untuk KB ini akan menjadi kenyataan. Kita nantikan saja pengumuman mengenai perkara ini.
Berikan peruntukkan kepada penduduk KB untuk merasa perubahan masjid lama mereka kepada masjid baru.
Post a Comment