Sunday, April 14, 2013

Suasana pilihanraya Umum ke -13 di Sabah kali dijangka akan lebih menarik apabila hasrat pembangkang meletakkan calon satu lawan satu menjadi kenyataan. Namun begitu, ramai penganalisis politik berpendapat hasrat itu tidak akan kesampaian, terutama dengan kehadiran parti-parti pembangkang tempatan seperti STAR, SAPP, X-USNO dan calon-calon BEBAS. Walaupun yang demikain terdapat beberapa kawasan pilihanraya di Sabah yang akan menjadi tumpuan ekoran mungkin berlaku persaingan paling sengit dan tegang dalam sejarah PRU di negeri ini.

Mendahului senarai kawasan paling mendapat tumpuan, pastinya kawasan parlimen Beufort yang sebelum ini diwakili Datuk Lajim Ukin dari UMNO yang kemudiannya mengisytiharkan keluar dari parti itu atas alasan hilang kepercayaan kepada pimpinan UMNO negeri, walaupun ada khabar yang boleh dipertimbangkan, iaitu Datuk Lajim mendapat khabar beliau bakal digugurkan pada PRU 13. Parlimen Beufort ini akan menyaksikan paling tidak 3 penjuru atau lebih. Antara yang dikatakan akan mencabar Datuk Lajim ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd. Dun. sebelum ini angin politik UMNO Beufort pernah dilanda badai apabila Datuk Azizah bertindak menentang Datuk Lajim dalam perebutan ketua Bahagian UMNO Beufort tetapi Gagal mengalahkan pemimpin "Janang gayuh" suku Bisaya itu.

DUN KLIAS yang juga diwakili oleh Datuk Lajim sebelum ini akan berdepan dengan timbalannya ketika menjawat ketua Bahagian UMNO iaitu Isnin Ali Asneh.

Begitu juga kawasan Parlimen Semporna yang diwakili oleh Datuk Shafie Apdal, menteri kemajuan wilayah dan Luar Bandar. dilihat menjadi tumpuan apabila, desakan beberapa ahli X-USNO yang meminta supaya Datu Badaruddin Tun Mustapha bertanding di kawasan itu. Jika ini menjadi kenyataan, kawasan parlimen Semporna ini akan lebih menarik dibicarakan, kerana aura pemimpin agung USNO Allahyarham Tun Mustapha dikatakan masih sebati dalam jiwa pemimpin bajausuluk di daerah itu. Pada waktu yang sama calon PKR yang disebut-sebut adalah ketua cabang wanita Nazmawati Walli.

DUN kuala Penyu juga dilihat akan menarik, apabila bekas ADUN kawasan berkenaan yang pernah mencipta sejarah apabila menang sebagai calon bebas iaitu Datuk John Ghani akan bertanding sebagai calon PKR melawan penyandang pada PRU 2008 dari UPKO, datuk John Teo. PKR atas kertas mempunyai keyakinan 99% untuk menawan DUN berkenaan atas keyakinan pada ketokohan Datuk John Ghani di kawasan berkenaan.

Kawasan Parlimen Tuaran juga menarik unutk diperkatakan apabila penyandang asalnya Datuk Welfred Bumburing yang meninggalkan BN bertindak mempertahankan kawasan berkenaan. Beliau yang mengetahui APS, menaruh harapan, gerakan perubahan itu akan diterima rakyat di kawasan berkenaan. Kawasan ini juga atas kertas diyakini oleh PR untuk menang.Walaupun BN meletakkan setiausaha UPKO iaitu Datuk Welfred Madius Tanggu.

Kawasan lain adalah seperti Parlimen Tawau yang majoriti adalah pengundi Cina. Sebelum ini adalah wakil dari SAPP.

Begitu juga kawasan Parlimen Kota Belud, dikatakan kawasan panas kerana UMNO masih mencalonkan Datuk Rahman Dahlan. Rahman akan ditentang oleh calon PKR yang disensaikan iaitu pemimpin serikandi Sabah, Munirah majilis yang juga dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Datuk Salleh Tun said.

Kawasan parlimen Keningau juga akan kelihatan lebih tegang jika kedua-dua adik beradik ini dipertemukan semula. Datuk Pairin (PBS) dan Datuk Jeffry (STAR) sebelum ini pernah bertarung pada PRU 2008 dengan menyaksikan Datuk pairin menang dengan majoriti 4 ribu lebih. kali ini jika PR memberi laluan semula kepada Dr Jeffry, tentu kawasan itu akan lebih menarik disaksikan.

Lain-lain kawasan adalah DUN Sibuga di mana ketua menteri Sabah Datuk Musa Aman akan ditentang oleh Ahmad Tamrin jaini.Kawasan Sulaman menyaksikan Datuk Hajiji kemungkinan ditentang oleh Bekas ketua penerangan UMNO Tuaran Haji Ghulabdin Enjih.


16 ulasan :

Anonymous said...

test

Anonymous said...

This is not just a contest.

Anonymous said...

Former chief minister Datuk Salleh Said Keruak makes a comeback to active politics – he was in the UMNO lineup for a state seat

Anonymous said...

Salleh will contest the Usukan seat in place of Japlin Akim who was dropped along with Datuk Karim Bujang (Bongawan), Datuk Harman Mohammad (Sulabayan) and Datuk Surady Kayong (Sugut).

Anonymous said...

Tiada istilah tegang di sini.

Anonymous said...

GE13: The rise of political Sabah

Anonymous said...

Every Sabah elector voting in this coming 13th general election will be subconsciously challenged to decide which to choose to end our agony and struggle for political, economic, and religious autonomy.

Anonymous said...

Every Sabah elector voting in this coming 13th general election will be subconsciously challenged to decide which to choose to end our agony and struggle for political, economic, and religious autonomy.

Anonymous said...

We must put aside prejudice, pity, and anger which are purely rhetorical to our predicaments

Anonymous said...

We must put aside prejudice, pity, and anger which are purely rhetorical to our predicaments

Anonymous said...

The obvious outcome is the likelihood of three or even four-cornered fights in nearly all of the 60 state seats in Sabah.

Anonymous said...

Local political parties in Sabah and Sarawak are convinced

Anonymous said...

Choose the best.

mantera said...

Sebanyak 21 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini dikategorikan sebagai 'kawasan panas' pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

mantera said...

Antara kawasan tersebut ialah lapan kerusi parlimen iaitu Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Tuaran, Penampang, Sepanggar, Beaufort dan Pensiangan.

mantera said...

Manakala 13 kerusi DUN ialah Likas, Luyang, Kepayan, Bingkor, Seri Tanjung, Kuala Penyu, Elopura, Tanjung Papat, Merotai dan Karamunting.