Sunday, April 21, 2013

Saudara Admin,

Saya merasa terpanggil memberi komentar diruangan Kelapamawar ini megenai PERUBAHAN yang sedang melanda DUN USUKAN. Saya berharapa agar ruangan ini akan menjadi 'meja' perbahasan kemudiannya secara sihat, berhemah dan kritis. Saya juga tidak mengharapkan langsung komentar ini menjadi inti kepada pejuang-pejuang yang membawa aspirasi PERUBAHAN  ini.

saudara admin,

DUN USUKAN adalah kubu kuat tradisi UMNO/BN. Belum berlaku dalam sejarahnya DUN ini jatuh ke tangan pembangkang. Maknanya secara tulus kita boleh katakan DUN USUKAN akan tetap dimenangi oleh Datuk Salleh dari UMNO pada PRU 13 ini. Namun PERUBAHAN boleh berlaku bila-bila masa dari sekarang. kalau bukan pada PRU 13 ini, mungkin PERUBAHAN ini akan berlaku 5 tahun lagi. TETAPI dari pengamatan saya, minda pengundi-pengundi USUKAN mula dilanda perubahan.

Dalam sejarah USUKAN dibawah kuasa BN/UMNO, wakil rakyat saling berganti, namun rakyat dan masyarakat USUKAN masih dibelenggu kemiskinan dan kepapaan. sawah-sawah padang yang terbentang luas menganjur dari Kulambai hingga ke pantai Emas, masih belum ditingkatkan infraztruktur pengairannya meskipun DUN USUKAN ini beberapa kali di wakili oleh BN/ UMNO. Dan buat kesekian kalinya, Datuk Salleh jadi menjadi calon semula. Namun apakah yang pernah dilakukan oleh Datuk Salleh di Usukan? Kami pengundi di Usukan masih berada pada takuk lama. Hidup seperti ini juga, baik Datuk Salleh menang atau kalah, kami tetap begini. Air paip tidak ada, bekalan elektrik, jalan raya, balai raya, masjid dan macam-maca lagi sekadar yang terlarat di sebut, masih tidak ada perubahan juga.

DUN USUKAN adalah kubu kuat keluarag Datuk Salleh, kemenangan beliau di Usukan beberapa kali pada saya bukan atas kerana kepimpinannya tetapi kerana sejumlah wang ringgit yang ditabur mencecah 200 ringgit ketika PRU. Masyarakat Usukan meliaht perkara ini sebagai imbuhan sedangkan itu adalah wang rakyat bukan wang UMNO/BN.

Sekarang sudah sampai masanya DUN USUKAN membuat perubahan kepimpinan. Calon PKR sdr Mustapha Sakmud juah lebih berpendidikan kalau dibandingkan dengan calon-calon lain. Penglibatan beliau dalam politik bukan didorong oleh perebutan jawatan, pangkat dan harta kemewahan seperti calon-calon lain. Beliau low profil tetapi bersikap terbuka dan ingin berkhidmat kepada rakyat. Tidak ada wang yang ditawarkan kepada pengundi. Tetapi khidmat yang diberikan. memberikan peluang bererti akan memberikan pengalaman kepada beliau dan rakyat usukan.

Jangan kerana ketaksubaan kita kepada pemimin hingga membiarkan peluang USUKAN menyaksikan PERUBAHAN kepimpinan besar-besaran akan tergendala 5 tahun lagi dari sekarang.
jangnalha takut membuat perubahan kepada keadaan yang lebih baik keran itu adalah hak kita selaku masyarakat Usukan.

Sekian sahaja.

pengundi tegar usukan.

6 ulasan :

Anonymous said...

saya kenal calun PKR ini sebab tuan haji ini ada jurutera di tempat saya berkerja,bukan membodek atau mengagung-agungkan tuan haji ini tapi seperti dalam artikal ini memang ada kebenarannya.jika berkerja tuan haji ini akan siapkan tanpa menunggu hari esok,kalau rakyaat usukan pilih beliau memang ini lah permata yang perlu di beri kan tempat kerana selepas ini rakyaat usukan tidak akan menemuinya lagi

Anonymous said...

Saya anak KB tapi sudah lama bermastautin di Selangor dan mengundi di Selangor. Jangan tanya kenapa saya merantau ke negeri orang kerana saya pasti ramai yang dapat meneka kenapa. Tapi tanyalah kepada rakyat Sabah berapa banyakkah peluang pekerjaan yg di cipta oleh kerajaan BN setelah lama memerintah.

Kenyataan penulis sangat tepat. It hits the nail right on the head. Walaupun di negeri orang, KB tetap dekat di hati. Bertahun-tahun saya merantau tapi setiap kali balik ke KB masalah kemudahan asas masih belum dapat diselesaikan. Dari Parlimen ke DUN, rakyat Usukan dan KB sudah beri peluang tapi tiada perubahan. Inilah masanya beralih arah. Bukan untuk menghukum tapi berilah peluang kepada perubahan. Yang pasti bukan BN sahaja yang boleh memerintah. Buktinya ada di depan mata saya sendiri di Selangor ini.

Anonymous said...

saya turut menyokong kenyataan penulis ini. Bagi saya, masalah di KB tidak akan selesai jika hanya calon `recycle' yang dicalon, seolah-olah tiada anak Bajau Samah yang layak di KB. Pelbagai jawatan sudah dipegang sebelum ini, KB tetap macam itu, masalah air berlarutan, bukan hanya di kampung malah di pekan juga, jalan raya KB-KK hanya kena tampal2 saja jika ada kerosakan dan baru2 ini dibaiki sepenuhnya kerana mahu dekat PRU. pemimpin mcm ini kah yang kita mahu..? fikir2lah

Anonymous said...

Saya setuju dengan komen-komen saudara.Semalam saya ada membaca aku janji bn di Kelantan dan salah satunya ialah menyelesaikan masalah air di Kelantan.Persoalannya macam mana bn nak selesaikan masalah air di Kelantan?sedangkan di daerah KB yang diperintah bn pun menghadapi masalah air.Di Timbang dayang sahaja sudah bertahun-tahun lamanya masalah air.

Anonymous said...

Semua fakta yg diutarakan oleh tuan2 adalah benar belaka. Namun demikian saranan utk melakukan perubahan kerajaan pada ketika ini bukanlah satu tindakan yg tepat pada hemat saya. Untuk rekod seperti yg umum tahu Kelantan telah dipimpin oleh Mursyidul Pas selama 20 tahun tetapi sehingga kini masalah infrastruktur masih menghantui kehidupan harian penduduk Serambi Mekah tersebut. Mungkin benar seperti pendapat sesetengah ilmuwan bahawa jika seseorang pemimpin telah terlalu lama berada di tampuk kepimpinan haruslah memberi peluang kepada orang lain untuk mengaplikasikan idea2 segar agar pembangunan tidak terhenti disimpang jalan. Oleh itu Kelantan amat memerlukan perubahan kepimpinan berbanding Daerah Kota Belud. Saudara Mustapha pada pandangan saya secara peribadi mungkin mempunyai visi dan misi yang hebat untuk merancang serta merancakkan pembangunan Kota Belud. Tetapi malangnya wadah perjuangan beliau berada dilandasan yang penuh berliku. Alangkah baiknya jika beliau mengintai peluang untuk menyusup masuk ke dalam darah daging UMNO dan berusaha untuk menonjolkan daya kepimpinan beliau melalui wadah perjuangan BN. Dengan cara ini saya pasti beliau boleh menumbangkan Salleh dari tampuk kepimpinan UMNO KB dan seterusnya memperjuang dan menyuntik ekonomi penduduk Kota Belud bukan saja Bajau Sama. Seperkara lagi yang perlu kita fahami bahawa merancang sesuatu adalah jauh lebih mudah daripada melaksanakannya. Kesimpulannya penyelesaian konflik yang didepani oleh rakyat Kota Belud bukanlah dengan cara menumbangkan Salleh dalam PRU 13 kali ini. Salleh bukanlah isu utama kerana sama ada dia mewakili KB atau tidak dalam Dewan Rakyat ianya tidak penting sama sekali. Tetapi ianya lebih terarah bagaimanakah kita dapat membantu dan memainkan peranan dalam kerajaan sedia ada demi kelangsungan hidup penduduk Daerah Kota Belud. Wasalam.

Anonymous said...

Perbezaan antara Kelantan dan Sabah ialah Kerajaan Kelantan dianaktirikan oleh BN sebab diperintah oleh pembangkang. 5% royalti minyak pun tidak dapat direct pada kerajaan negeri untuk pembangunan. Sabah ini pulak memang penyokong tegar BN dari dulu, maka sepatutnya kalau ikut lojik mestilah masalah-masalah kemudahan asas seperti tiada air sudah selesai lama. Saya tidak mahu menuduh tapi cara Tuan ni buat komen saya rasa tiada keihklasan dan bukanlah prihatin dengan kelangsunagn hidup penduduk KB tapi lebih kepada phobia kalau BN kalah.
Sahabat-sahabat saya yang lain jangan terpengaruh dengan komen-komen sebegini.Ingatlah fool me once shame on you, fool me twice shame on me. Kali ini kita tukar habis bukan di KB saja tapi seluruh Sabah & Malaysia.
Saya mohon jutaan maaf kalau komen saya ini mennguris hati Tuan yang post reply ni dan saya doakan kesejahteraan atas Tuan & dibuka hati oleh Allah untuk menyokong perubahan. Amin...